Perubahan 5 tahun

Setiap tahun lebih 200ribu tenaga kerja baru yang kebanyakkannya lepasan universiti akan memasuki alam pekerjaan. ( sumber berita semasa ) Bagi anda yang telah berkhidmat lama dengan sesebuah syarikat, secara sedar atau tidak ini adalah satu lagi persaingan kepada anda untuk anda mendapatkan gaji yang lebih baik.

Cuba anda bayangkan anda mempunyai suatu syarikat yang besar, dan rata rata pekerja anda adalah pekerja yang lama berkhidmat, dan tentunya mereka ini anda TERPAKSA memberi kenaikan gaji, walaupun tidak memberi kenaikan pangkat, tetapi jika anda mempunyai sumber tenaga kerja baru, apa yang anda buat?

Tenaga kerja baru, gajinya murah…tenaga kerja sedia ada gaji dah mahal? Anda sebagai Pemunya Syarikat, apa yang anda akan buat?

Saya menulis daripada pengalaman saya bekerja hampir sebelas tahun, gaji permulaan sewaktu saya bekerja dulu, pada tahun 1998, gaji seorang yang “graduated dari oversea” berjumlah 2000, dan sekarang rata rata adik adik kita mendapat pendapatan yang serupa walaupun dah berbelas tahun. Ini kerana, sumber pekerja yang ramai di bandingkan dengan kekosongan kerja yang ada. Dan jika anda sebagai Pemunya Syarikat, tidak salah anda mengambil sumber pekerja yang gajinya murah, sebab anda membuka syarikat dengan tujuan untuk mendapat untung, bukan untuk menjadi badan kebajikan.

Apa yang saya cuba sampaikan, katakanlah dari dulu, setiap tahun 200ribu orang memulakan kerjaya, dan 200ribu orang ini, masing masing mempunyai impian untuk menjadi orang yang mendapat gaji yang paling tinggi, jawatan yang paling besar, agak agak berapa orang yang akan dapat jawatan, gaji itu sebelum mereka bersara?

perubahan.001

Bersempena dengan pengakhiran tahun 2017, yang sudah tak lama lagi (tinggal 31 hari saja lagi), mungkin ini masa yang terbaik untuk kita sama sama bermuhasabah, berlapang dada, menilai apa yang kita lakukan selama ini? dalam fasa 5 tahun mana kita berada? Tidak ada istilah ” aku dah terlambat untuk nak ubah? “, tiada istilah dan kata kata ” kau boleh la, aku susah “, tiada juga istilah, ” dah tua, ada peluang ka lagi ? ”

Selagi mana kita masih ada niat nak berubah, selagi itu akan ada peluang, selagi itu akan ada masa untuk kita belajar dari pengalaman orang yang sudah berjaya berubah.

 

 

Berdikari atau pentingkan diri?

Di dalam kita mengejar impian dan cita cita, ada kalanya kita sampai pada suatu masa untuk kita membuat satu keputusan yang besar. Satu keputusan yang mungkin akan di bahaskan samada keputusan yang di buat hanya untuk kepentingan diri sendiri atau sebaliknya.

Hari ini secara rasminya JR Seven & Associates berdiri di atas kaki sendiri untuk mengharungi suatu masa yang panjang untuk mengejar cita cita kami. Keputusan untuk berdikari bukan keputusan untuk pentingkan diri semata mata. Terima kasih kepada Khalifah Group yang sebelum ini memang tersangat banyak membantu dalam membangunkan JR Seven & Associates sehingga menjadi seperti apa yang ada sekarang ini. Terima kasih kepada leader leader hebat, agent agent yang superb yang terus membantu dan memberi galakan dan semangat kepada kami.

Keputusan untuk menjadi “Independent agency” adalah dengan tujuan untuk kami “grow” menjadi suatu agency yang hebat, suatu agency yang pada masa akan datang akan membanggakan anda semua. Asas asas yang hebat yang kami dapat sepanjang bersama Khalifah Group akan menjadi asas untuk kami pergi lebih jauh.

Keputusan untuk berdikari ini adalah untuk menjadikan pemangkin untuk kami, JR Seven & Associates menjadi lebih berani lagi di masa masa akan datang, kami percaya untuk menjadi berjaya sebagai suatu agency yang hebat, kami perlu berani. Berani membuat keputusan, dan bertanggungjawab untuk memastikan keputusan itu adalah keputusan yang tepat. Pendekkata, keputusan yang dibuat bukan kerana “pentingkan diri” tetapi lebih kepada untuk berdikari.

Pinjam kata kata orang bijak,

Make a decision and then make it right.

Doakan kami berjaya.

Jangan lemah pada diri

Pada saat kita merasakan tiada masa, cuba renungkan cerita ini.

Cerita tentang seorang lelaki cina yang menjadi model pada umur 79 tahun, Beliau mengatakan apa yang ada pada beliau hari ini adalah usahanya selama 60 tahun dulu, beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada usia 24tahun.

Ketika berusia 44tahun, beliau mula belajar bahasa Inggeris, mula sukan olahraga pada usia 57 tahun, mula memasuki gym pada usia 70tahun, pada usia 79tahun mula ke pentas model, tahun ini beliau berusia 80 tahun. Pada usia 80 tahun ini beliau mengatakan masih ada yang nak di tuju.

Percaya yang potensi kita boleh di bangkitkan, pada saat kita merasakan sudah terlambat, berhati hatilah, mungkin itu hanyalah alasan untuk kita meyerah kalah, tidak ada orang lain yang boleh menghalang potensi sebenar kita kecuali diri kita sendiri.

2016 JR Seven New Life Chapter One.001

Percaya pada diri sendiri, jangan terlalu berlembut dengan diri sendiri. Keluar dan bangkitkan potensi sebenar kita.

Ini yang kami di JR Seven & Associates lakukan, kami bukan berputus asa, kami hanya menyusun untuk bermula semula sebagai Juara. Paksa diri untuk berubah menjadi yang terhebat. Buat rekod yang orang lain tak mampu lakukan.

Kejayaan bukan di tentukan daripada keturunan, tarikh lahir, umur, jantina tetapi oleh sikap , mental dan cara kita berfikir.

13151928_1239889006028969_7023088345221597523_n

 

Perkara penting yang patut seorang agent buat.

gali-kubur-300x216

Semua pekerjaan bermula dari bawah ke atas, bermula dari kecil ke besar, bermula dengan kosong. Hanya penggali kubur sahaja yang kerjanya bermula dari atas. pernah seorang prospek saya bertanya ketika saya nak mula present tentang kerjaya insurans kepada dia, ” kenapa tulis dari bawah?” terima kasih kepada Nali kerana tanya soalan ni, at least ada orang yang memerhati apa yang saya buat. Dan jawapan saya … kalau nak gali kubur , boleh la start dari atas….

Saya hanya “copy paste” ilmu ilmu presentation ni dari leader leader sebelum saya, terima kasih Kamarudin Najri @ bain , Mizi dan lain lain di atas perkongsian ilmu selama ni. Kerja agent ni senang, “copy paste” saja, cuma yang membezakan agent berjaya dengan tidak berjaya, samada dia buat “copy paste” secara konsisten atau tidak. Itu saja. Tiada rahsia dalam business ni. Tak percaya?

Dalam JR Seven & Associates, kami jga telah berjaya melahirkan ramai agent agent hebat, yang boleh buat 200K ke 300K level, agent agent ini juga bermula dari bawah, belajar untuk “copy dan paste” segala ilmu yang di ajar. Dan kami akan memulakan kelas “copy paste” pertama kami pada 24hb ogos ni , jam 8malam di ofis kami., siapa rasa nak kerja mudah, bolehlah datang dengar.

Nak dengar percuma ja, cuma kalau nak “paste” nanti ada sikit bayaran kena buat. apa apa pun anda boleh daftar dulu kat bawah ni.

Anda tak akan malu jadi agent jika…

Antara halangan besar yang selalu saya dapat ketika mengajak seseorang jadi agent:

  1. malulah jadi agent, kena jumpa dengan orang.

  2. Kalau nak jawab secara negatif, ni yang hang jumpa aku ni tak malu pulak? aku bukan orang ka? hang bagitau aku mana satu barang yang hang rasa hang boleh jual kat binatang, jual barang mesti kat orang bro… Tapi kalau cuba untuk jawab secara positif dan ayat membina, biasalah, mula mula memang malu, benda baru. Waktu kahwin nak tidur sebelah bini pun malu bro..ni lah yat paling positif yang aku cuba jawab.

Kali ni saya teringat satu post dalam Fb yang di tulis oleh salah sorang agent dari JR Seven & Associates, Sahimin Basyri, bagaimana dia nak hilangkan rasa malu.

Nak hilangkan rasa malu tak bertempat atau segan berjumpa orang ,saya amalkan beberapa perkara masa mula-mula jadi ejen.

+ selalu tegur orang dalam lif. Tak kisah bangsa apa. Nepal pun kita sembang.

+ tegur orang sebelah dekat hospital ke, klinik ke time tunggu giliran .

+ pegi masjid solat jemaah/jumaat sentiasa hulurkan tangan dengan orang sebelah.

+ join group sukan stranger. Futsal , bola, basketball etc. Kemudian start tegur, tegur sebab mintak pass bola. Lama-lama tak segan.

+ join group makanan, bisnes,komuniti , telefon orang buat bisnes makanan. order je apa-apa, popiah ke, ayam goreng, nasi kerabu . Dah deliver , ajak sembang. Lama-lama seronok. Dapat contact makanan sedap plak tu.

+ jual apa-apa barang yang tak diperlukan lagi (mainan anak, alat sukan, camera , kereta, rumah etc) dekat group,mudah dan sebagainya. Jumpa buyer, sembang lagi, lama-lama tak segan.

+ ringankan mulut ucap terima kasih kepada waiter antar air/makanan setiap masa.

+ call customer service , tanya je info apa-apa.

11539761_10205282798368204_8769251670688799045_n

Sebenarnya kalau anda tak akan malu jadi agent jika anda buat betul betul , bina empayar perniagaan yang sebesar besarnya dalam bidang ini.

Saya bangga untuk bagitau anda semua, saya adalah agent insurans dan takaful. Kerana dengan cara ini saya mendapat TIPS yang rata rata orang nak. TIPS saya adalah

T … time, I … Income, P … Position, S … Satisfaction.

Kalau dah dapat TIPS ni, dah tak malu dah… nak belajar cara dapatkan TIPS, isi form bawah ni dan tekan SUBMIT ya.

Memberi untuk menerima

Walau sehebat mana kita sekalipun, ada masanya kita akan merasa “down”. Itu adalah perkara normal, tiada yang pelik. tapi untuk berjaya kita kena cari jalan untuk kembali lebih bertenaga. di dalam kumpulan kami, JR Seven Group, kami insyaallah akan sentiasa berISTIQAMAH berpegang kepada Golden Rules yang menjadi amalan kami “Encourage & willing to help new agents to get started in this business” – Khalifah Group Golden Rules. Benda baik kena teruskan.

Untitled 2.001

Santai santai training pun kadang kadang bagus juga, kalau kita tahu limitnya. terima kasih Aspiring Unit Manager Syahnon dan Korea Annyonghaseyo Qualifier Shahfri MT tolong bagi “energy”, tip tips sharing kepada New Iron Lady JR Seven Azian Neutron

The more you give the more you get

Boss anda tak bagi jawapan untuk soalan berikut.

# Adakah anda berpuashati dengan kerjaya anda sekarang?

# Adakah anda bekerja kuat untuk mendapatkan pendapatan bulanan anda, dan kehilangan “life balance”, terutamanya masa bersama keluarga dan orang yang sayangi?

# Adakah anda rasa tertekan setiap kali bangun, memikirkan anda terpaksa pergi ke tempat kerja anda?

# Adakah anda berpuas hati dengan pendapatan anda? Apakah pendapatan SEBENAR yang anda inginkan?

# Adakah yang menghalang anda daripada meletak jawatan di tempat kerja  anda sekarang, adakah berkaitan dengan benefit yang anda terima?

# Adakah pendapatan anda sekarang penting atau sangat penting?

ADAKAH ANDA BERHARAP MEMPUNYAI CARA LAIN UNTUK MENDAPATKAN PENDAPATAN ANDA?

Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan pendapatan anda. Mungkin anda “berasa” anda pernah mendengar, tapi tak pernah mencuba, mungkin juga anda “berasa” anda tahu, kerana pernah melihat, mungkin juga anda “berasa” anda tak yakin disebabkan kawan anda pernah mencuba dan gagal.

Kami mempunyai “real proven system” untuk berjaya. Boleh rujuk https://jr7groups.com/category/agent-bank-profile/

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Jika anda merasakan “tak ada yang datang dengan MUDAH”, Ya anda betul. Sangat betul. Anda perlu berusaha, tapi saya janjikan dengan system yang kami ada, anda boleh berjaya.

Cukuplah berangan untuk mendapatkan #lifebalance , #betterlife . Ambil TINDAKAN sekarang.

Wishing a different result by doing the same thing over and over again is INSANITY – Albert Einstein

The worst people to serve are the poor people – Jack Ma, Founder of  Ali Baba

7 perkara orang kaya lakukan

Semalam kita bercerita mengenai kaya dan mengapa perlu menjadi kaya. jom periksa apa orang kaya lakukan untuk mereka menjadi kaya.

#1 Orang kaya langgar peraturan – peraturan di buat oleh manusia berdasarkan kesesuaian masa dan kehendak ketika peraturan itu dibuat. ada masanya peraturan / aturan cara yang di buat dulu tidak sesuai lagi pada masa kini. Orang kaya sentiasa mempunyai / mencari cara baru dalam melakukan sesuatu, orang kaya sentiasa kreatif / mencari jalan yang lebih kreatif untuk melakukan sesuatu. Ini di panggil

Continuous And Never ending Improvement Individual – CANii

#2 Orang kaya mencari persamaanorang kaya atau orang bersumber mengetahui yang mereka perlukan bantuan. Untuk mendapatkan bantuan, orang kaya juga mengetahui yang orang yang tidak kaya tidak dapat membantu mereka, jadi orang kaya sentiasa mencari persamaan untuk bersama dengan orang kaya yang lain untuk mendapatkan bantuan. Agak kucar kacir “statement” ini bukan? tapi saya rasakan anda boleh faham juga selepas anda membaca 7 kali.

looks for the common goods

#3 Orang kaya tidak meminta maaf terhadap perkara yang tidak patutorang kaya memang bersedia untuk melanggar peraturan, dan sudah menjadi biasa bagi orang kaya melanggar peraturan. Orang kaya hanya meminta maaf pada perkara yang betul betul salah, dan tidak akan meminta maaf atas kejayaan mereka.

Easier to ask for forgiveness than permission

#4 Orang kaya sentiasa terdesakOrang kaya sentiasa jadikan mereka berada di dalam keadaan terdesak, seumpama tiada lagi PLAN B, yang ada hanyalah satu PLAN sahaja iaitu PLAN A. Apa pun yang orang kaya buat, mereka akan memastikan PLAN A mereka berjalan seperti yang mereka rancang. Orang kaya akan buat PLAN A mereka sehingga berjaya.

RICH people burns their ship

#5 Orang kaya guna cara murah – Orang kaya sentiasa menerima dan menggunakan pengalaman orang lain untuk menjadikan mereka orang kaya. Mereka tahu pengalaman adalah mahal jika mereka merasainya sendiri. Pengalaman bagaimana orang lain mendapat dan menghadapi cabaran.

RICH people turn challenges into advantages

#6 Orang kaya bermain lebih dari 2 tanganOrang kaya sentiasa mempunyai peta lengkap ke destinasi yang mereka hendak pergi. Orang kaya akan mempunyai lebih dari dua plan untuk sampai ke destinasi yang mereka hendak pergi.

RICH people working on multiple plans

#7 Orang kaya selalu meminta – Ini tips paling senang untuk di lakukan, tetapi hanya orang kaya yang selalu melakukannya. Orang kaya akan “buka mulut” dan minta apa yang mereka perlukan. Dengan meminta tersebut, walaupun ada masanya mereka orang kaya tidak mendapat apa yang mereka kehendaki, tapi akan membuka peluang yang baru untuk mereka mendapat sesuatu yang lain.

if the road doesn’t take you exactly where you plan to, it can often lead to other great places

Saya adalah orang kaya.

Rakan Niaga JR Seven adalah orang kaya.

IMG_3771

 

Mencipta Rangkaian Perniagaan Besar

IMG_4336Semua mengetahui, peluang untuk mendapatkan segala yang kita impikan adalah melalui perniagaan, peluang mendapat pendapatan yang banyak ( melebihi RM500ribu setahun ), masa yang fleksibel, kepuasan ( tanpa rungutan dan umpatan kepada orang atasan ) bekerja.

Semua mengetahui, tetapi tidak semua yang dapat, bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana tidak buat. Tahu sahaj , tidak mencukupi, kita perlu tahu dan yang paling penting kita buat. Ada orang pernah berkongsi idea dengan saya, katanya : KNOWLEDGE is not enough, KNOWLEDGE + ACTion = POWER ”

Jadi , peluang ini akan hadir sekali lagi pada bulan ini, di bawakan khas oleh Khalifah Group bersempena dengan hari cuti tahun baru cina nanti, pada 6hb Feb 2016, bertempat di Prudential Training Academy, Ukay Perdana, jam 9.30 pagi sehingga 12tgh, rajinkan diri anda untuk mendengar intipati peluang ini, yang akan di sampaikan oleh seorang yang saya sangat hormati, En Zakaria Idris, Agency Manager yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun di dalam industri ini. Dengar bagaimana dia bermula dan membina rangkaian besar perniagaan beliau.

testimoninya pula daripada seorang yang bergelar pensyarah daripada Unisel, En Zaidi. Dengar dan lihat perkongsian beliau, bagaimana mengatasi halangan halangan di tahun awal penglibatan beliau.

IMG_4335

Saya melakukannya pada 23hb Januari yang lepas, mungkin 6hb Feb 2016 nanti adalah peluang untuk anda pula.

Pastikan :

  1. Tenangkan diri
  2. Beri peluang kepada diri
  3. Hadirkan diri untuk mendengar
  4. Jangan tolak mentah mentah
  5. Jangan terima bulat bulat
  6. Fikirkan samada ianya memberi manfaat kepada anda atau tidak
  7. Buat keputusan, ya atau tidak