Kenapa “Piping Engineer” menjadi ejen?

Nama penuh saya Sahimin Basyri Bin Bashiruddin.  Pendidikan menengah saya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah ( 1997 ~ 1999 ), Kolej Islam Sultan Azlan Syah ( 2000 ~ 2001 ). Melanjutkan pelajaran di dalam bidang Computer Engineering Di Case Western Reserve University, Cliveland Ohio. Kerjaya pertama bermula sebagai seorang piping Engineer Di Sime Darby Engineering, Pasir Gudang.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential? Pada tahun 2010, saya ke Shah Alam atas urusan kerja, dan terserempak dengan kawan lama, Ihsansubhi yang hampir 5 tahun tidak berjumpa. Pada masa itu, seorang agent Prudential ( Nor Hisyam Bin Abu Hasan ) tengah membuat satu presentation, kemudian saya tertarik dan memang tengah mencari, dan saya meminta agent tersebut berjumpa dengan saya di Pasir Gudang, disebabkan kesuntukan masa pada masa itu.Sebulan kemudian , saya menerima satu panggilan telefon dari agent tersebut dan saya terus berjumpa dan mengambil satu policy dengan agent tersebut.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates4tahun kemudian saya berpindah ke Shah Alam disebabkan penukaran kerjaya. Setelah setahun bekerja di Tabung Haji Heavy Engineering saya di berhentikan kerja kerana penjimatan kos syarikat ( pekerja kontrak di tamatkan lebih awal ). Saya mula mecari kerjaya baru dan menghadiri pelbagai temuduga dalam bidang Oil & Gas. 2 minggu lepas di berhentikan kerja saya menerima satu sms mengenai kerjaya dan incentive sebagai seorang agent, dan disebabkan saya masih ketiadaan pekerjaan , saya ingin mencuba kerjaya tersebut. Pada 28hb Feb 2015 bermula kerjaya sebagai part time dan masa yang sama saya mendapat pekerjaan baru di Wood Group Mustang di Kuala Lumpur.

Kenapa saya memilih kerjaya ini? Saya menyedari bidang insurans dan takaful sedang berkembang pesat di Malaysia dan kesedaran insurans di Malaysia masih rendah. Ini membuatkan saya tertarik untuk memulakan business ini. Tiada kekangan masa juga membuatkan saya selesa sebagai perunding takaful.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ? Pada ketika saya memulakan kerjaya ini sebagai full time agent, iaitu selepas setahun sebagai part time, ekonomi Malaysia tidak berapa memberangsangkan, ini menyebabkan kenalan ataupun prospek saya memilih untuk tidak menambah perbelanjaan baru isi rumah, kerana pada mereka mengambil insurans atau takaful di anggap sebagai perbelanjaan.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini? Strategi saya adalah untuk membuatkan seramai mungkin orang mengenali saya sebagai seorang agent full time Prudential tanpa saya perlu memperkenalkan diri saya, dengan cara media sosial dan aktiviti persatuan.

Apa perubahan hidup saya? Saya mempunyai masa yang fleksibel bersama keluarga, boleh pulang menziarahi ayah dan bonda yang saya tidak berpeluang melakukannya ketika berkerja sebagai seorang jurutera dahulu.Di samping itu , saya mula aktif di dalam persatuan, saya dapat merapatkan perhubungan antara jiran tetangga, sanak saudara kerana saya mula aktif untuk berjumpa dengan mereka.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Ipad Air 2 , February 2015
  2. Jakarta Trip , Jun 2015
  3. Rookie Star , August 2015
  4. Prudential Wealth Planner 2015
  5. Ferrari Watch , Sept 2015
  6. Consistency Challenges 3-5-8, First & Second quarter 2016

Impian dan perancangan anda selepas ini ? Saya ingin membina agency says sendiri di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman pada tahun 2019. Saya ingin mendapatkat Executive Wealth Planner pada tahun 2017, secara konsisten sebelum saya di naikkan pangkat sebagai Unit Manager, dan mempunyai 20 orang agen pada akhir tahun 2018.

Penyesalan saya selama ini ? Penyesalan saya ialah kerana menolak mentah mentah pelawaan agent saya pada tahun 2010.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.Supaya memiliki insurans pada usia muda dan merancang kewangan dengan betul supaya tidak terjebak dengan bebanan hutang pada masa depan.

Advertisements

Botol, Masa & Kehidupan sempena tahun baru 2016

bottle

Masa itu emas…selalu pepatah ini kita dapat dengar.

Masa adalah suatu ruang yang kita isikan intipatinya.. Kalau dapat kita andaikan masa yang setiap seorang yang kita ada umpama botol, botol yang kosong ini kita andaikan harganya mungkin RM1, kalau kita isikan botol itu dengan air kosong, harganya mungkin hanya RM2, kalau kita isikan pula dengan madu, madu kelulut ataupun madu yang lebih mahal lagi, madu Yaman, harganya mungkin mencecah ratusan ringgit,kalau kita isikan pula dengan minyak minyak wangi , harganya mungkin boleh mencecah ribuan ringgit dan kalau kita isikan pula dengan air longkang ataupun air parit yang kotor, berapa pula harganya? mungkin bukan setakat tidak menjadi harga, malahan botol dan isinya sekali sudah tidak bernilai lagi.

Begitu juga dengan masa di dalam kehidupan kita ini, apa yang kita isikan itulah yang menjadi nilainya. Kalau kitaisikan dengan benda yang baik baik, insyallah kehidupan kita ini akan bernilai.

Saya tidak pasti berapa besar botol saya, begitu juga dengan anda, berapa lama masa yang kita ada, bersempena dengan tahun 2016 yang baru ini, mari kita ubah cara, ubah kepada yang lebih baik, isikan dengan benda yang baik baik, supaya kehidupan kita akan menjadi lebih bernilai.

2016 akan menjadi tahun yang bernilai untuk kita , jika kita isikan dengan nilai nilai yang baik, yang hebat.

Bernilai bukan sahaja kepada kita, malahan kepada orang orang di sekeliling kita. Jika kita isikan dengan baik, waktu tu … pepatah ” Masa itu emas ” boleh kita gunakan.

This Business Is Like A Marathon, Not A Sprint!

Sharing ini adalah dari Tuan Nik Azlan – Top Unit Manager NationWide 2014.

Beliau memulakan kerjaya insurance secara part time selama hampir 6 bulan sahaja pada tahun 2014, walaupun permulaan 2 tahun pertama  beliau hanya sekadar biasa biasa saja ( kata beliau ), tetapi beliau membulatkan tekad, matlamat untuk menjadi yang terbaik pada tahun tahun berikutnya. Dengan semangat yang tinggi, kepercayaan kepada diri sendiri yang kuat, beliau berjaya mencapai taraf MDRT pada tahun 2009, 2010 dan 2011, satu pencapaian yang sangat tinggi bagi seseorang yang bergelar agent insurance.

Ketika menceritakan bagaimana, beliau memasang niat untuk mencapai MDRT, katanya ” I want to be MDRT, because I want to give value to others, give meaning to your life and others ”

Jadi carilah sebab yang kuat, kenapa kita harus berjaya.IMG_3763

Berbaju kuning tu , Tuan Nik Azlan – Top Unit Manager 2014 dengan jualan kumpulan melebihi 5Juta pada tahun 2014.