Tentukan masa dan pendapatan kita

Untitled-AdJika di imbau pada masa lalu, mungkin pada zaman persekolahan, kerjaya #AgentInsurance mungkin tak pernah terlintas langsung untuk di jadikan sebagai cita cita.

Kita sama jika anda juga tak pernah angkat tangan bagitau cikgu, yang cita cita anda nak jadi #AgentInsurance

Pinjam kata kata dari Professor di Raja Ungku Aziz yang di petik dari akhbar Mingguan Malaysia

Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda iaitu industri insurans

Perkongsian tatacara menjadi seorang agent insurans ataupun agent takaful

Terdapat banyak perkongsian di internet bagaimana kerjaya sebagai #AgentInsurance ini menjadi antara kerjaya yang memberi pendapatan yang antara tertinggi di Malaysia.

Kalau ada mana mana kenalan / sahabat / saudara dalam bahagian pungutan cukai, cuba rujuk kepada mereka ini, bukan biasa biasa bayaran cukai agent insurans kena bayar.

JR Seven Group sedia kongsi pengalaman sedekad kami dalam industri ini kepada generasi baru.

Klik dan register untuk kita berkongsi

Kerjaya Masa Kini

Suka kerja waktu yang lain bercuti dan suka cuti waktu yang lain bekerja

Ramai inginkannya, tapi tak ramai yang betul betul usahakan untuk mendapatnya.

2017 sudah sampai ke garis penamatnya, untuk yang hendak berfikir, mungkin boleh gunakan masa masih ada ni untuk melihat kembali apa yang telah kita capai sepanjang tahun 2017, adakah ianya menuju kepada target atau matlamat jangkapanjang kita atau tidak?

Gunakan masa cuti ini untuk muhasabah diri, menilai untung rugi perjalanan kita di sepanjang tahun 2017. Adakah kita masih hendak teruskan perjalanan yang sama, atau kita nak berubah kepada yang lain? Ramai yang tidak mampu berubah.

“Perubahan memang sukar”

Ramai tahu, tanpa perubahan, hasilnya tetap sama.

“Doing the same thing over and over and expecting different result is insanity” – Einstein

tahun demi tahun, buat benda yang sama, bangun pagi, pukul 8, 8 setengah ,9 pagi masuk kerja , pukul 5, pukul 6 balik rumah dan harapkan satu hari nanti dapat “time freedom”, boleh manage “own time”. Tapi apa yang di lakukan adalah sama, tahun demi tahun. anda boleh jangkakan sendiri keputusan akhirnya nanti…kalau anda mengambil formula Eistein ni, jawapannya adalah INSANITY.

Perubahan memang sukar. Nak ubah perlukan satu keazaman yang sangat kuat, dan bukan semua orang boleh berubah, tapi selagi kita belum mencuba dengan sungguh sungguh, selagi itu kita tak tahu. Tak boleh berubah secara keseluruhan, ubah sikit sikit.

“Small Changes BIG EFFECT”

Kadang kadang ada perubahan kita yang sikit, mungkin perubahan yang dulu, sebelum ini, ada orang mengajak menjadi insurans agent, menjadi takaful agent, anda perlekehkan, anda buat endah tak endah, dengar tak dengar, apa kata uabh sikap, dari tak mahu ambil tahu, kepada ambil tahu..daripada tak nak mencuba, kepada nak mencuba, kami JR7 Group tak mengatakan semua orang boleh berjaya dalam kerjaya kami ni, tapi selagi anda tak mencuba, anda tak akan tahu.

Tahun 2018 kami JR7 Group akan memberikan peluang untuk anda ambil tahu kerjaya ini…mana tahu, anda juga boleh bersama kami dan capai matlamat anda.

“Suka kerja waktu yang lain bercuti dan suka cuti waktu yang lain bekerja”

Antara percutian tahun depan, dengan izinNya.

28/01~06/02 : Hokkaido

CityPicture_18011__DSC4257

11/02~14/02 : Star Cruise Klang ~ Phuket

09/04~14/04 : Drive of the year , D.O.T.Y

IMG_6063

18/04~05/06 : Star Club Budapest and #7CScJR7G ( Percutian ke 7 negara dengan JR7 Group )

images

July 2018 : JR7G ke Krabi ( Tarikh belum di kenalpasti )

IMG_6062

JR7 Group secara berkumpulan akan merealisasikannya. Jika anda berminat untuk bersama kami, jangan segan, jangan malu, hubungi kami.

 

Kata terakhir…

BEFORE I DIE…..

Jika anda di minta untuk menyambungkan ayat di atas, apa yang anda akan sambungkan.

Selepas di sambungkan, ambil masa 1 minit dari masa anda, renungkan, fikirkan, adakah itu yang anda betul betul mahu? adakah itu yang menjadi taggungjawab anda? adakah itu yang orang di sekeliling anda, terutamanya ibu anda mahu? adakah itu yang boleh menjamin di alam berikutnya? adakah itu yang anda mahu tinggalkan?

Jika itu yang anda betul betul mahu, betul betul tanggungjawab anda, betul betul boleh menjamin kehidupan anda di alam berikutnya, itu yang betul betul anda mahu tinggalkan, persoalannya, adakah anda mampu? bagaimana anda boleh mampu?

img_1069
Before I Die

Anak doktor belum tentu boleh jadi doktor, tapi macammana anak Agency Manager insurans boleh jadi Agency manager?

Ada dua cara untuk anda yang berminat menjadi ejen insurans berjaya dan mendapat pendapatan yang tinggi, mungkin RM50,000 sebulan bermaksud pendapatan tinggi, mungkin RM100,000 sebulan baru bermaksud pendapatan tinggi, tetapi disini saya maksudkan pendapatan tinggi adalah pendapatan tahunan purata kawan kawan anda menjadi pendapatan bulanan anda…

Anda faham maksud saya? Maksudnya kalau anda bekerjaya sebagai jurutera , rata rata kawan anda juga jurutera, jadi pendapatan tahunan kawan kawan anda itu, kalau anda boleh dapatkan menjadi pendapatan bulanan anda, itu dah di kira anda mempunyai pendapatan tinggi… you are high income earner!

cara pertama, anda menjadi ejen yang dapat membuat jualan baru setiap tahun melebihi RM1,000,000 ( One million sales ), jika anda membuat jualan baru setiap tahun melebihi RM1,000,000 setiap tahun selama 6 tahun, pendapatan bulanan anda boleh mencecah RM90,000 sebulan pada tahun ke tujuh.

cara kedua, anda membahagikan 6 tahun masa anda itu kepada 2 fasa, fasa permulaan ( fasa pertama ) anda gunakan untuk membuat / menambah ” networking” anda, akan ada di antara orang di dalam “networking” anda yang akan mengikut anda menjadi seperti anda, di samping menjadi pelanggan utama anda, buatkan seramai mungkin ” networking” anda. Selepas 3~4 tahun di fasa pertama, dengan berbekalkan “networking” anda itu, anda kan memasuki fasa kedua, dimana anda akan membina empayar perniagaan anda , dan daripada “networking” anda tadi akan terhasil jualan baru tahunan RM4 ke 5 juta setiap tahun. Pada tahun ketujuh anda , pendapatan bulanan anda mencecah 6 digits.

Apabila anda melepasi fasa kedua, dan menjadi Agency Manager, jika anda tiada lagi dapat beroperasi , mungkin kerana “check in” ke alam lain, anak anak anda boleh mengambil tempat anda sebagai Agency Manager.

Macam mana dia boleh ambil tempat bapa dia?

Kerja agent ni berbaloi kalau…

Di awal penglibatan saya dalam bidang insurans ni, waktu saya mula approach kawan kawan saya ni untuk “ambil” insuras dengan saya, ada beberapa orang kawan kawan saya mengatakan

“hang gila ka berhenti kerja, jadi agent”

,siap dia sambung lagi ayat dia,

“dah elok elok jadi manager, pi berhenti buat apa?”

Saya dah maafkan dia, malah saya jadikan kata kata dia tu sebagai satu cabaran untuk saya berjaya dalam bidang ini, kerana saya tahu, saya tak gila. Malah saya tau, kerja agent ni pasti berbaloi.

Setahun kemudian, dia call saya, katanya nak dengar balik pasal insurans yang saya approach dulu, sampai sekarang dia jadi kawan dan antara client setia saya. Terima kasih cochrane. ( kawan satu sekolah mesti kenal ), nama sebenar dirahsiakan.

Kenapa saya kata kerja agent ni berbaloi?

IMG_8487
Agent weekly planning vs actual

Kalau tengok ni, warna hijau dan kuning sebagai masa yang di gunakan untuk bekerja, dan masa warna merah/pink masa diri sendiri. Rata rata agent yang dah lebih dari 6 tahun akan ada masa macam ni. Berapa jam bekerja? berapa harga sejam bekerja sebagai agent? Figure ni biar rahsia di sini, kalau bersungguh nak tau, kena isi form di bawah dan tekan SUBMIT lah ya…

Peniaga yang berjaya lebih yakin dengan rezeki Allah swt

Nak kata semua, mungkin satu pembohongan, tetapi sepanjang saya berada di dalam bidang business ini, saya banyak melihat dan mendengar, kebanyakkan orang orang yang berjaya di dalam perniagaan lebih yakin bahawa rezeki memang dari Allah swt.

Bila kita berniaga, yang saya tahu, berniaga insurans dan takaful, kita hanya boleh buat apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang peniaga atau sebagai agent, berjumpa dengan orang baru atau kenalan baru, ambil tahu cerita kenalan baru kita sambil bercerita tentang kepentingan insurans dan takaful, itu sahaja yang mampu kita lakukan dengan sehabis baik, selebihnya, samada kenalan baru itu nak terima atau tidak adalah dengan kuasa Allah swt. Dia sahaja yang boleh gerakkan hati kenalan baru kita untuk menerima atau menolak.

Jika anda menjadi agent bersama sama kami, kita akan sama sama belajar untuk lebih yakin dengan rezeki Allah swt.

Susun semula untuk kebaikan anda?

Samada anda agent baru atau lama, anda tidak akan dapat lari dari menerima berbagai jenis bantahan atau objection bilamana anda sebagai agent cuba untuk “close”kan seseorang prospek. Antara “objection” yang selalu atau hampir pasti anda akan terima ialah “Saya memang tak mampu nak beli atau “contribute” dalam pelan insurans atau takaful ni?”

Adakalanya kita sebagai agent , bilamana kita menerima “objection” sebegini daripada prospek, kita merasakan memang prospek bercakap benar, dan sememangnya dia tak mampu lagi, lalu kita pun tutup buku dan terus balik.

Apakata, selepas ini, jika kita menerima “objection” sebegini, kita ajak prospek sama sama berfikir untuk susun semula perbelanjaan dia. Jika benar dia bercakap benar, pastinya dia mahu untuk menyusun semula perbelanjaan dia.

Cuba dengan dialog ini,

Agent : ok, aku rasa pun hang memang cakap betoi, tapi boleh atak aku tanya satu soalan kat hang?

Prospek : ok, apa dia?

Agent : hang ada berapa anak la ni?

Prospek : 2 orang.

Agent : Ada tak rasa rasanya hang akan dapat sorang lagi anak?

Prospek : Mungkin.

Agent : katakan macam ni lah, bini hang tengah sarat mengandung, dan memang harap kali ni dapat sorang lagi anak lelaki , menag syukur sangat lah..So , hang pun buat lah persediaan untuk menyambut sorang lagi anak lelaki, tiba hari bini hang nak beranak, tiba tiba hang dapat anak kembar. Selama ni hang hanya buat persediaan untuk seorang anak lelaki saja, apa tindakan hang pada ketika tu?

Agent : Adakah hang akan bagi sorang lagi baby tu kepada orang lain, sebab hang hanya buat persediaan untuk sorang saja, tapi bila bini hang bersalin dapat dua baby. Hang nak bagi pada orang ka? atau hang nak susun semula perbelanjaan hang, dan buat apa yang hang sediakan untuk sorang baby kepada dua.

Agent : Aku pasti, hang mesti akan susun semula, susun semua perbelanjaan hang untuk sesuaikan dengan kehadiran dua baby baru ni kan? Aku bukan nak minta setengah dari gaji hang untuk ambil pelan ni, aku cuma minta hang susun semula perbelanjaan hang, dan hanya letak antara 8~10% untuk pelan ni..Kalau hang tak kisah, jom sama sama kita buat, kita listkan perbelanjaan bulanan hang..

perbelanjaan.002

10% yang anda korbankan untuk pelan ini akan menggantikan 90~100% pendapatan anda bilamana anda tidak mampu lagi menjana pendapatan itu.

Perniagaan ini kalau kata senang adalah menipu, tetapi nak kata mustahil, ada ramai juga yang berjaya, tapi yang pasti, pulangannya sangat berbaloi. Teruskan usaha, “objection” yang sikit tak patut melemahkan semangat kita.

Bila mana kita bertukar tempat.

policy document.001
Salam sejahtera, kisah “saya” sebagai polisi hayat anda.

Tujuan “saya” dan anda pembaca berada di dunia ini adalah sama. Anda mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia, mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, tugas anda sekarang ini adalah menyediakan semua keperluan keluarga bahagia anda, menyediakan tempat tinggal, makanan dan minuman, pakaian dan segala macam yang lain termasuk pelan pendidikan, pelan kesihatan demi mereka yang anda sayangi. Anda seorang yang bijak, walaupun ada ketikanya anda di provok oleh rakan rakan anda kerana turut menyediakan “saya”, polisi hayat anda, untuk berada bersama sama di dalam keluarga bahagia anda.

Ada ketikanya, anda mendengar, rakan rakan anda berkata, “buat apa sediakan polisi hayat, membazir duit sahaja, adalah lebih baik duit itu di gunakan untuk membeli barangan keperluan lain”, tetapi sikap dan cara pemikiran anda yang bijak tidak membenarkan kata kata mereka, anda tetap menjaga “saya”, polisi hayat anda, walaupun anda tahu, “saya” hanya terus “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda.

Di sebabkan sikap anda itu , “saya” mempunyai kepercayaan penuh terhadapa anda, dikala anda kesempitan wang sekalipun, anda tetap menjaga “saya”, polisi hayat anda ini. Anda tetap menggunakan sebahagian wang anda yang mungkin tidak sampai 10% daripada jumlah pendapatan anda untuk menjaga “saya”, dan “saya” terus “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda.

Ketika ini, di kala perjalanan kehidupan anda berjalan lancar, sememangnya, “saya” tiada gunanya untuk anda, “saya” terus “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda, sebagaimana “spare tyre” kereta, yang terus berada di dalam bonet belakang kereta, selagi tiada tayar yang rosak. Tetapi suatu hari nanti hanya Yang Maha Hidup saja mengetahui bila “saya” dan anda akan bertukar tempat.

Ajal maut, sihat sakit anda, hanya Allah mengetahui, di takdirkan anda kembali mengadap Yang Maha Hidup, di ketika itu anak anak anda , isteri anda akan merasai suatu pengalaman yang bukan sahaja sedih tetapi suatu pengalaman yang jika mereka tahu akan berlaku, sudah pastinya mereka akan menyuruh anda meng”duplicate”kan “saya” sebanyak mungkin, tetapi apakan daya, tiada siapa yang boleh tahu.

Di ketika anda di semadikan, “saya”, polisi hayat anda yang selama ini “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda akan “bangkit” dengan pantas untuk menyumbang dan melaksanakan tugas yang telah anda mulakan, “saya” polisi hayat anda akan menyambung kerja kerja anda untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan anak anda, dan keperluan lain keluarga yang anda sayangi.

Kebajikan keluarga anda tidak akan terhenti secara tiba tiba walaupun anda telah disemadikan, di ketika itulah “saya”, polisi hayat dan anda telah bertukar tempat.

Apabila tugas anda selesai ( anda disemadikan ), tugas “saya” akan bermula. Melalui “saya” anda boleh terus berbakti dan melalui “saya” juga cinta anda terhadap keluarga yang anda sayangi, akan terus menyerlah.

Setiap kali anda merasakan harga atau wang yang anda gunakan untuk membuatkan “saya”, polisi hayat anda terus bersama keluarga anda sesuatu yang membazir, cubalah ingat, bahawa “saya” akan melakukan lebih baik untuk keluarga anda di ketika mana anda sudah tidak mampu melakukannya lagi.

Jika anda melaksanakan tugas anda terhadap “saya” , pastinya “saya” akan melaksanakan tanggungjawab “saya”.

Ingatlah,

bilamana tugas anda telah selesai atau di percepatkan untuk selesai, di ketika itu tugas “saya” akan bermula.

Idea asal dari bacaan buku Dr Rizal Naidu.

“family” bukan hanya berkaitan pertalian “darah” semata mata…

Ramai orang mengetahui kata kata ini,

9 dari 10 punca rezeki datangnya dari berniaga.

Ramai orang yang sedang mencuba, pernah mencuba, serik mencuba dan mungkin juga memang tak mahu mencuba, walaupun mengetahui tentang kata kata tadi dan kebenarannya.

Bila kita bincangkan tentang perniagaan, sudah tentu ianya akan melibatkan produk dan perkhidmatan, dan yang paling tidak boleh lari adalah urusan “jual dan beli” atau “terima atau tidak”. Rata rata orang yang mula berniaga akan mula berurusan dengan orang orang di sekelilingnya yang paling rapat dahulu, ini adalah perkara normal, dan mengharapkan orang orang di sekelilingnya akan membantunya memulakan perniagaannya.

Samada betul atau tidak, hanya kita sendiri sahaja yang tahu, apabila anda menjual kepada   kawan rapat atau kepada keluarga anda, tidak kisah berapa, dan apa yang ada jualkan, mereka selalu akan terfikir “berapa banyak keuntungan hasil jualan anda kepada mereka yang masuk ke dalam poket anda?” , tidak kira berapa murah anda menjual kepada mereka, mereka masih belum boleh dapat menghargainya.

Sentiasa akan ada golongan yang tidak kisah tentang masa, kos dan usaha anda, mereka lebih “rela” membiarkan orang lain “mengambil keuntungan” atas mereka daripada membiarkan anda (samada sebagai kawan rapat atau ahli keluarga mereka) mengambil keuntungan daripada mereka, di sebabkan di dalam hati dan fikiran mereka akan sentiasa ada

“berapa banyak keuntungan yang dia dapat daripada belian aku tadi?”

,tidak pula golongan ini cuba untuk berfikir yang sebaliknya,

“berapa banyak telah anda bantu mereka berjimat?”

Ini adalah contoh klasik mentaliti “orang miskin”.

family.001Macamana orang kaya menjadi kaya? satu sebab utama adalah mereka sentiasa bersedia membantu perniagaan kawan rapat dan keluarga mereka, menjaga satu sama lain, kerana mereka sentiasa percaya

“Lagi banyak mereka memberi, lagi banyak mereka akan dapat – Apa yang mereka beri , itulah yang akan mereka dapat”

jikalau mereka selalu memberi bantuan kepada perniagaan kawan rapat ataupun ahli keluarga mereka, suatu hari, di saat mereka memrlukan pertolongan, mereka juga akan mendapat bantuan itu.

Anda akan mula menjadi kaya, apabila anda mula memahami kata kata ini.

** Sebagai agent baru yang mula berjinak jinak dengan perniagaan ini, adakalanya anda akan berdepan situasi begini, lapangkan dada anda, fahami betul betul entri di atas, ianya adalah normal.

Insurans dan takaful adalah “family busines”

22718 adalah satu kombinasi nombor yang menyatakan impian Prudential dalam masa terdekat ini, yang membawa erti Prudential ingin mencapai jualan 2 Bilion ringgit, dengan 27 ribu orang agent pada tahun 2018. Azam dan semangat ini boleh di katakan telah merebak dengan cepat di kebanyakan agensi di dalam Prudential, dan tidak mustahil anda yang membaca ini, mungkin telah di “approach” oleh mana mana agent dari mana mana agensi di dalam Prudential.

Jika peluang ini datang kepada anda, dengan penerangan yang jelas dan betul, saya tidak rasa akan mampu menolaknya. Peluang yang  di ceritakan kepada anda bukan hanya mensasarkan kepada keuntungan wang ringgit semata mata, tetapi adalah satu peluang untuk mendapatkan apa yang kebanyakan orang yang bekerja ingin capai , yang kalau di dalam agensi kami di panggil sebagai TIPS ( Time , Income, Position dan Satisfaction ). Peluang ini bukan cerita kosong tetapi adalah benar, inilah yang akan anda dapat sekiranya anda mengambil peluang yang di tawarkan dan mengikut sistem, cara dan orang yang betul.

to be a good leader be a good follower

Anda boleh mengambil peluang dan cerita ini, dan jikalau anda mengetahui ada di kalangan ahli keluarga anda juga terlibat di dalam industri ini, adalah lebih baik ada merujuk kepada ahli keluarga terdekat anda ( abang, adik, kakak, ayah dan ibu ). Ini adalah kerana, peluang yang datang kepada anda itu, bukan hanya sebagai peluang seperti kerjaya kerjaya lain, yang mana anda boleh “lompat company” sesuka hati anda sahaja, tetapi peluang yang datang ini beserta satu kontrak yang mana selepas anda menandatangani kontrak dengan sesuatu agensi, anda tidak lagi boleh melompat ke agensi agensi lain. Jadi jika anda mengetahui yang anda mempunyai ahli keluarga yang terlibat sama di dalam industri yang sama, adalah lebih baik anda menyertai ahli keluarga terdekat anda. Peluang ini bukan hanya setakat kerjaya, ia dalah peluang untuk membina satu empayar perniagaan yang besar, ia adalah Family Business.

Sebagai “family business” anda akan senang untuk mengatur perjalanan kehidupan keluarga anda, kerana antara imbuhan menarik yang terdapat di dalam kerjaya ini adalah peluang untuk bercuti, jadi dengan senang anda dapat mengatur, peluang bercuti satu family yang besar secara percuma.

Jika anda mempunyai ahli keluarga di dalam group kami, anda di jemput untuk menghadiri sesi penerangan berkenaan kerjaya ini. Bagaimana membina empayar perniagaan.

Click di sini https://jr7groups.com/contacts-us/ untuk memeriksa samada anda mempunyai ahli keluarga di agensi kami.

Jika ada, pastikan anda menghubunginya, jika tidak, pastikan anda menjadi orang pertama di dalam keluarga anda membuka jalan kepada ahli keluarga anda yang lain untuk bertapak di industri ini.

Jika anda tidak menghadiri sesi penerangan daripada agensi di mana keluarga anda lakukan, saya hampir pasti anda akan menghadiri sesi yang lain (yang bukan dari kalangan ahli keluarga anda), kerana anda pasti serupa dengan saya, anda juga mencari TIPS.