Tentukan masa dan pendapatan kita

Untitled-AdJika di imbau pada masa lalu, mungkin pada zaman persekolahan, kerjaya #AgentInsurance mungkin tak pernah terlintas langsung untuk di jadikan sebagai cita cita.

Kita sama jika anda juga tak pernah angkat tangan bagitau cikgu, yang cita cita anda nak jadi #AgentInsurance

Pinjam kata kata dari Professor di Raja Ungku Aziz yang di petik dari akhbar Mingguan Malaysia

Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda iaitu industri insurans

Perkongsian tatacara menjadi seorang agent insurans ataupun agent takaful

Terdapat banyak perkongsian di internet bagaimana kerjaya sebagai #AgentInsurance ini menjadi antara kerjaya yang memberi pendapatan yang antara tertinggi di Malaysia.

Kalau ada mana mana kenalan / sahabat / saudara dalam bahagian pungutan cukai, cuba rujuk kepada mereka ini, bukan biasa biasa bayaran cukai agent insurans kena bayar.

JR Seven Group sedia kongsi pengalaman sedekad kami dalam industri ini kepada generasi baru.

Klik dan register untuk kita berkongsi

Kerjaya Masa Kini

Advertisements

Hakikat “Flexible time” dan “time freedom”

flexible-working-time-itce

Walaupun apa namanya, “time freedom”, “flexible time” atau apa saja, selagi kita bergerak secara berkumpulan, selagi itu tiada istilah ini untuk kita. Bergerak secara berkupulan ni mungkin bermakna kita dalam satu organisasi, kita mungkin dalam satu jabatan. “Freedom of Time” hanya terjadi jika anda “sendiri” an di muka bumi ini atau anda seorang yang tak berkawan, tak mahu mempunyai kawan dalam hidup anda.

Walaupun kebanyakan agent “claim” time freedom, tapi pendapat saya, selagi kita bergerak secara berkumpulan, kita masih juga perlu mengikat/ mengikut masa yang ramai setuju, atau masa yang telah di persetuju..itu baru bermakna kita berada dalam kumpulan tu…

IMG_2122

Saya ambil contoh, JR Seven Group, kami merancang beberapa pembaharuan pada tahun ni, seperti masa untuk “hiking” / masa beriadah kami secara berkumpulan yang kami tetapkan pada setiap hari rabu pagi. Secara tak langsung, walaupun agent seperti saya mengatakan “time freedom” , sebenarnya itu susah nak berlaku. Satunya kerana, kami ramai ramai dah setuju, nak buat “hiking” ni, yang kami namakan #hikingberjemaah”, dan kami juga dah setuju untuk lakukan pada hari rabu…so, sebagai agent yang penuh dedikasi seperti saya, pastinya saya akan aturkan juga masa saya supaya boleh ikut “time table” ni. Bagi saya, masa yang agent katakan “time freedom” ni tidak akan wujud selagi kita berada dalam sesuatu organisasi.

Yang mungkin wujud adalah “time flexible”. Sedikit sharing jadual waktu agency kami.

time table

Ada “column” kosong yang kami boleh isi dalam jadual mingguan kami sebagai agent di JR Seven Group, antara time kosong pada pagi rabu, itu sebab kami isikan dengan #hikingberjemaah dengan tujuan untuk cuba dapatkan keseimbangan antara kerja dan masa riadah. “Column” kosong lain, dalam masa “flexible” untuk agent agent isi dengan kerja mingguan mereka yang lain, jumpa dengan rakan rakan baru, “servicing client” lama, kerja kerja admin yang lain, aktiviti persatuan yang lain dan juga masa bersama keluarga. Pilih masa, tulis dan buat. Insyaallah jika anda mampu buat seperti apa yang anda tulis (dengan guidance dari #JR7G), kami jamin kejayaan anda sebagai agent bersama kami.

Event = Outcome ???

IMG_5556

Formula yang kebanyakan orang sudah tahu, cuma tak tahu/ tak mahu mengaplikasikanya kearah yang di kehendaki.

E : Event ataupun takdir kejadian yang memang sesuatu yang kita tak boleh nak pilih, yang mungkin dah ditulis untuk terjadi kepada kita.

Sememangnya, ramai kita termasuk juga saya, dalam keadaan tertentu, bila terjadi sesuatu kejadian yang tidak dikehendaki, ataupu takdir kurang baik yang “cuba” menghalang kita daripada mendapat sesuatu yang kita kehendaki, selalunya begitu mudah kita cuba mencari salah siapa? Bila mula mencari “salah siapa” ni, selalunya, kita mencari salah orang lain, salah pihak lain, salah kejadian itu, itu yang menyebabkan kita tidak boleh mendapat apa yang kita kehendaki.

Teruskan membaca

Suka kerja waktu yang lain bercuti dan suka cuti waktu yang lain bekerja

Ramai inginkannya, tapi tak ramai yang betul betul usahakan untuk mendapatnya.

2017 sudah sampai ke garis penamatnya, untuk yang hendak berfikir, mungkin boleh gunakan masa masih ada ni untuk melihat kembali apa yang telah kita capai sepanjang tahun 2017, adakah ianya menuju kepada target atau matlamat jangkapanjang kita atau tidak?

Gunakan masa cuti ini untuk muhasabah diri, menilai untung rugi perjalanan kita di sepanjang tahun 2017. Adakah kita masih hendak teruskan perjalanan yang sama, atau kita nak berubah kepada yang lain? Ramai yang tidak mampu berubah.

“Perubahan memang sukar”

Ramai tahu, tanpa perubahan, hasilnya tetap sama.

“Doing the same thing over and over and expecting different result is insanity” – Einstein

tahun demi tahun, buat benda yang sama, bangun pagi, pukul 8, 8 setengah ,9 pagi masuk kerja , pukul 5, pukul 6 balik rumah dan harapkan satu hari nanti dapat “time freedom”, boleh manage “own time”. Tapi apa yang di lakukan adalah sama, tahun demi tahun. anda boleh jangkakan sendiri keputusan akhirnya nanti…kalau anda mengambil formula Eistein ni, jawapannya adalah INSANITY.

Perubahan memang sukar. Nak ubah perlukan satu keazaman yang sangat kuat, dan bukan semua orang boleh berubah, tapi selagi kita belum mencuba dengan sungguh sungguh, selagi itu kita tak tahu. Tak boleh berubah secara keseluruhan, ubah sikit sikit.

“Small Changes BIG EFFECT”

Kadang kadang ada perubahan kita yang sikit, mungkin perubahan yang dulu, sebelum ini, ada orang mengajak menjadi insurans agent, menjadi takaful agent, anda perlekehkan, anda buat endah tak endah, dengar tak dengar, apa kata uabh sikap, dari tak mahu ambil tahu, kepada ambil tahu..daripada tak nak mencuba, kepada nak mencuba, kami JR7 Group tak mengatakan semua orang boleh berjaya dalam kerjaya kami ni, tapi selagi anda tak mencuba, anda tak akan tahu.

Tahun 2018 kami JR7 Group akan memberikan peluang untuk anda ambil tahu kerjaya ini…mana tahu, anda juga boleh bersama kami dan capai matlamat anda.

“Suka kerja waktu yang lain bercuti dan suka cuti waktu yang lain bekerja”

Antara percutian tahun depan, dengan izinNya.

28/01~06/02 : Hokkaido

CityPicture_18011__DSC4257

11/02~14/02 : Star Cruise Klang ~ Phuket

09/04~14/04 : Drive of the year , D.O.T.Y

IMG_6063

18/04~05/06 : Star Club Budapest and #7CScJR7G ( Percutian ke 7 negara dengan JR7 Group )

images

July 2018 : JR7G ke Krabi ( Tarikh belum di kenalpasti )

IMG_6062

JR7 Group secara berkumpulan akan merealisasikannya. Jika anda berminat untuk bersama kami, jangan segan, jangan malu, hubungi kami.

 

Apa yang “ex-orang minyak” ni cari???

Nama penuh saya Noor Junaidi Bin Abu Hasan,  mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alor Janggus, meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Dato” Syed Omar Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Petronas. Memulakan kerjaya sebagai seorang juruteknik loji di Asian Bintulu Fertilizer, Sarawak pada tahun 1997.

Tahun 2005, menukar kerjaya menjadi seorang juruteknik operasi di sebuah FPSO ( Floating Production Storage & Off loading )

Tahun 2010, menukar sekali lagi majikan, memilih untuk bersama Newfields Peninsular Incorporated dan bekerja di pelantar minyak ( Platform Belumut Alfa ) sebagai seorang Lead Operation Techinician.

Bagaimana saya mengenali Prudential?

Pada tahun 2010, saya di paksa membeli insurans, dari itu baru saya mengenali nama Prudential sebagai satu insurans company. Agent saya pada ketika itu adalah abang saya sendiri.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates?

Pada tahun 2013, saya mula rasa tertarik untuk mengenali bidang yang diceburi oleh abang saya, beliau berhenti kerja sebagai seorang pengurus dan menceburi bidang ini secara sepenuh masa. Saya mula berasa seronok untuk menjadi agent kerana melihat keadaan abang saya yang selalu dapat pulang ke kampung, dan melalui beliau saya mula mengenali JR Seven & Associates, satu agency yang sedang berkembang maju.

Kenapa saya memilih kerjaya ini?

Kerana stress dan isu politik di tempat kerja dan juga masa kerja & masa cuti saya di kongkong oleh orang lain. Dengan kerjaya ini saya boleh memilih untuk bekerja dan bercuti mengikut keputusan saya sendiri.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ?

Cabaran untuk membuang ego diri sendiri kerana saya perlu berkomunikasi dengan orang yang saya tak kenali, yang saya tak pernah lakukan sebelum ini.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini?

Strategi saya bermula dengan approach kawan kawan sekeliling saya, meminta referals dari mereka samada mereka mengambil ataupun tidak polisi dengan saya.

Apa perubahan hidup saya?

Saya boleh mengawal masa saya bekerja dan bercuti mengikut masa saya sendiri.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Samsung S5 phone 2014
  2. Ipad mini 2 2014
  3. Ipad Air 2 2014
  4. Macbook Air 2014
  5. Ipad mini 3 12015
  6. Ferrari Watch 2015
  7. Hong Kong Incentive Trip 2014
  8. Star Club Los Angeles & San Diego 2015 (Incentive Trip)
  9. Konnichiwa Osaka – Japan Trip 2015 (Incentive Trip)
  10. Executive Wealth Planner 2014
  11. Executive Wealth Planner 2015
  12. Star Club London 2016 (Incentive Trip)

Impian dan perancangan anda selepas ini ?

Membina agency saya sendiri pada tahun 2017 dengan mempunyai 10 orang direct agent yang mempunyai kapasiti untuk melakukan 1Million new business. 3 daripada agent saya mendapat Star Club dan membina Agency saya di Alor Setar, Kedah, negeri kelahiran saya.

Penyesalan saya selama ini ?

Saya tidak bersungguh sungguh melakukan kerjaya ini pada tahun pertama dan kedua di dalam bidang insurans dan takaful ini.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.

Buka dan lapangkan dada untuk menerima idea perniagaan insurans dan takaful ini kerana dengan modal yang sangat rendah , dapat menghasilkan pulangan yang sangat berbaloi. junaidi-2

“Abg boleh rotan saya kalau saya “baloq liat”- la ni dah jadi Manager

Nama penuh saya Ihsansubhi Bin Mohamad Mohsin atau lebih dikenali dengan Baha.

Memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling, dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang.

Mendapat tawaran belajar di Jepun dalam bidang Mechanical Engineering di Tohoku University, dan kemudian melanjutkan ke peringkat ijazah atau Master dalam bidang Quantum Energy Engineering di Tohoku University.

Kembali ke Malaysia pada tahun 2010 dan bekerja sebagai seorang Jurutera di Panasonic Shah Alam.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential?

Pada tahun 2010, saya di perkenalkan oleh rakan tempat kerja saya kepada seorang agent Prudential dan saya mengambil satu policy dengan agent tersebut

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates ?

Selepas saya mengambil policy,  saya telah di jemput oleh agent insurans saya pada waktu itu untuk menghadiri seminar mengenai kerjaya bersama JR Seven & Associates ( pada waktu itu, JR Seven masih bersama Khalifah Group ), saya mengambil keputusan untuk menyertai selepas 3 tahun kerana ingin memulakan business dan mencari pendapatan sampingan.

Kenapa saya memilih kerjaya ini?

Saya memilih karier ini kerana ianya boleh dimulakan dengan kadar segera dan tidak memerlukan modal yang besar.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ?

Cabaran utama yang saya hadapi adalah untuk meyakinkan isteri, ibu dan ayah saya.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini?

Saya berjumpa dengan ramai orang dan sudah pasti orang yang berbeza setiap hari, pada masa yang sama saya mengamalkan “Sistem Referral”

Apa perubahan hidup saya?

Pertamanya dari segi kebergantungan kepada Tuhan Yang Maha memberi Rezeki, dan yang kedua dari segi kewangan dan peningkatan taraf hidup. Yang ketiga dari segi kualiti masa yang saya peruntukkan untuk keluarga saya terutamanya dan masyarakat.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

1, Prudential welath Planner 2013

2. Star Club BArcelona 2013

3. Prudential Wealth Planner 2014

4. Star Club Los Angeles 2014

5. Prudential Wealth Planner 2015

6. Star Club London 2015

7. Promoted to Unit Manager 1 2016

Impian dan perancangan anda selepas ini ?

Saya akan menjadi Agency Manager pada tahun 2019 dan mempunyai satu team di Sungai Petani Kedah.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.

Tahu dan ambil tahu cara menguruskan kewangan dan pengumpulan harta dari awal, jangan terlalu terikut ikut arus semasa.

 

Nasihat dari agent Baha : Buka sayap dan terbang setinggi yang anda mampu.

Menetapkan sasaran penting kepada semua ejen tapi…

IMG_8638
Best tengok schedule bulan ni, kena ulang lagi.

Ramai orang boleh bercakap kenapa menetapkan sasaran itu penting, tetapi tak ramai yang mengetahui sebab dan bagaimana sasaran itu di buat, insyaAllah dengan ilmu yang Allah kurniakan ini ( terima kasih kepada leader leader terdahulu ), kami di JR Seven & Associates boleh mengajar anda bagaimana menetapkan sesuatu sasaran dan menjadikan “sasaran anda” itu penting bagi anda dan penting juga bagi orang orang disekeliling anda.

Kalau anda perhatikan sukan mana mana pun, kita ambil mudah sukan bolasepak, sasarannya adalah menjaringkan gol ke dalam gol lawan. Cuba bayangkan pemain seperti Cristiano Ronaldo tidak menetapkan sasaran untuk menjaringkan gol, apabila beliau mendapat bola, beliau hanya akan mengelecek di tengah tengah padang sahaja. Apa jadi dengan permainan tersebut? sudah tentu menjadi perlawanan yang teramat membosankan. Tambah buruk lagi kalau kesemua pemain tiada sasaran, apa akan jadi? orang di sekeliling mereka, jurulatih, pengurus malah penonton pun akan kecewa dengan mereka.

Menetapkan sasaran penting untuk setiap kehidupan

Begitu juga dengan ejen, sasaran ejen adalah untuk “close case”. Jika ejen tiada sasaran untuk “close case” , apa perasaan orang di sekeliling anda, anak bini… sama seperti perasaan penonton yang menonton perlawanan bolasepak yang pemainnya tiada sasaran untuk menjaringkan gol… bosan kan??

Jadi pertemuan bulanan kami ini adalah untuk menetapkan sasaran “close case” masing masing.

Bagaimana menetapkan sasaran dan menjadikan sasaran yang di tetapkan itu penting, itu semua kami kongsikan pada setiap pertemuan bulanan kami.

Kami kongsikan semua ini pada setiap Isnin dan Rabu. Kepada yang berminat jangan segan silu, hubungi kami samada secara telefon atau secara email.

 

Kerja agent ni berbaloi kalau…

Di awal penglibatan saya dalam bidang insurans ni, waktu saya mula approach kawan kawan saya ni untuk “ambil” insuras dengan saya, ada beberapa orang kawan kawan saya mengatakan

“hang gila ka berhenti kerja, jadi agent”

,siap dia sambung lagi ayat dia,

“dah elok elok jadi manager, pi berhenti buat apa?”

Saya dah maafkan dia, malah saya jadikan kata kata dia tu sebagai satu cabaran untuk saya berjaya dalam bidang ini, kerana saya tahu, saya tak gila. Malah saya tau, kerja agent ni pasti berbaloi.

Setahun kemudian, dia call saya, katanya nak dengar balik pasal insurans yang saya approach dulu, sampai sekarang dia jadi kawan dan antara client setia saya. Terima kasih cochrane. ( kawan satu sekolah mesti kenal ), nama sebenar dirahsiakan.

Kenapa saya kata kerja agent ni berbaloi?

IMG_8487
Agent weekly planning vs actual

Kalau tengok ni, warna hijau dan kuning sebagai masa yang di gunakan untuk bekerja, dan masa warna merah/pink masa diri sendiri. Rata rata agent yang dah lebih dari 6 tahun akan ada masa macam ni. Berapa jam bekerja? berapa harga sejam bekerja sebagai agent? Figure ni biar rahsia di sini, kalau bersungguh nak tau, kena isi form di bawah dan tekan SUBMIT lah ya…

Peniaga yang berjaya lebih yakin dengan rezeki Allah swt

Nak kata semua, mungkin satu pembohongan, tetapi sepanjang saya berada di dalam bidang business ini, saya banyak melihat dan mendengar, kebanyakkan orang orang yang berjaya di dalam perniagaan lebih yakin bahawa rezeki memang dari Allah swt.

Bila kita berniaga, yang saya tahu, berniaga insurans dan takaful, kita hanya boleh buat apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang peniaga atau sebagai agent, berjumpa dengan orang baru atau kenalan baru, ambil tahu cerita kenalan baru kita sambil bercerita tentang kepentingan insurans dan takaful, itu sahaja yang mampu kita lakukan dengan sehabis baik, selebihnya, samada kenalan baru itu nak terima atau tidak adalah dengan kuasa Allah swt. Dia sahaja yang boleh gerakkan hati kenalan baru kita untuk menerima atau menolak.

Jika anda menjadi agent bersama sama kami, kita akan sama sama belajar untuk lebih yakin dengan rezeki Allah swt.

“family” bukan hanya berkaitan pertalian “darah” semata mata…

Ramai orang mengetahui kata kata ini,

9 dari 10 punca rezeki datangnya dari berniaga.

Ramai orang yang sedang mencuba, pernah mencuba, serik mencuba dan mungkin juga memang tak mahu mencuba, walaupun mengetahui tentang kata kata tadi dan kebenarannya.

Bila kita bincangkan tentang perniagaan, sudah tentu ianya akan melibatkan produk dan perkhidmatan, dan yang paling tidak boleh lari adalah urusan “jual dan beli” atau “terima atau tidak”. Rata rata orang yang mula berniaga akan mula berurusan dengan orang orang di sekelilingnya yang paling rapat dahulu, ini adalah perkara normal, dan mengharapkan orang orang di sekelilingnya akan membantunya memulakan perniagaannya.

Samada betul atau tidak, hanya kita sendiri sahaja yang tahu, apabila anda menjual kepada   kawan rapat atau kepada keluarga anda, tidak kisah berapa, dan apa yang ada jualkan, mereka selalu akan terfikir “berapa banyak keuntungan hasil jualan anda kepada mereka yang masuk ke dalam poket anda?” , tidak kira berapa murah anda menjual kepada mereka, mereka masih belum boleh dapat menghargainya.

Sentiasa akan ada golongan yang tidak kisah tentang masa, kos dan usaha anda, mereka lebih “rela” membiarkan orang lain “mengambil keuntungan” atas mereka daripada membiarkan anda (samada sebagai kawan rapat atau ahli keluarga mereka) mengambil keuntungan daripada mereka, di sebabkan di dalam hati dan fikiran mereka akan sentiasa ada

“berapa banyak keuntungan yang dia dapat daripada belian aku tadi?”

,tidak pula golongan ini cuba untuk berfikir yang sebaliknya,

“berapa banyak telah anda bantu mereka berjimat?”

Ini adalah contoh klasik mentaliti “orang miskin”.

family.001Macamana orang kaya menjadi kaya? satu sebab utama adalah mereka sentiasa bersedia membantu perniagaan kawan rapat dan keluarga mereka, menjaga satu sama lain, kerana mereka sentiasa percaya

“Lagi banyak mereka memberi, lagi banyak mereka akan dapat – Apa yang mereka beri , itulah yang akan mereka dapat”

jikalau mereka selalu memberi bantuan kepada perniagaan kawan rapat ataupun ahli keluarga mereka, suatu hari, di saat mereka memrlukan pertolongan, mereka juga akan mendapat bantuan itu.

Anda akan mula menjadi kaya, apabila anda mula memahami kata kata ini.

** Sebagai agent baru yang mula berjinak jinak dengan perniagaan ini, adakalanya anda akan berdepan situasi begini, lapangkan dada anda, fahami betul betul entri di atas, ianya adalah normal.