Achievement & Rewards – WILL UPDATE

CONSTRUCTION – 工事中 due on 1st Aug 2019.

 

Tahun 2014 adalah tahun permulaan bagi JR Seven & Associates untuk di iktirafkan sebagai Million Dollar Agency. Acara penganugerahan itu di adakan dengan gilang gemilang semasa di Mandarin Hotel, Kuala Lumpur pada suatu malam yang di namakan sebagai “National Annual Awards Presentation“.

Sebenarnya , career sebagai agent ini adalah satu career yang penuh dengan “reward”. Di permulaan kerjaya, anda di beri suatu target/ matlamat yang tersangat senang untuk di capai, dengan pencapaian ini, anda akan di beri satu “coaching vacation“, pada tahun ini, “coaching vacation” ini atau nama panggilan di sini di sebut Rookie Camp, suatu percutian 3 hari 2 malam di A Famosa Resort, di samping bercuti anda di isi dengan ilmu ilmu yang akan membantu anda untuk mencapai target seterusnya.

Pencapaian pada tahun 2014, menyaksikan 4 orang agent atau rakan niaga dari JR Seven & Associates mencapai sasaran jualan yang sangat boleh di banggakan sehingga melayakkan mereka mendapat percutian hebat bersama Prudential, percutian ini di namakan sebagai Star Club Trip, percutian ini di taja sepenuhnya oleh Prudential untuk menghargai agent agent atau rakan rakan niaga yang bersungguh sungguh dan komited sehingga berjaya mendapat sasaran jualan yang tinggi. Percutian kami hasil jualan pada tahun 2014, adalah ke Los Angeles, CA & San Diego.

Sebenarnya, bersama sama kami di JR Seven & Associates, dengan mengikuti sistem dan garis panduan yang kami aturkan, kami boleh menjanjikan kepada sesiapa sahaja yang suka untuk melihat dunia luar secara percuma, 2~3 kali setahun. setiap 3 atau 4 bulan sekali anda perlu menggunakan passport antarabangsa anda.

Selain dari “reward” berbentuk percutian, bersama kami , JR Seven & Associates di Prudential, anda yang gemar menukar gadget seperti Iphone , Ipad, Macbook, jam dan sebagainya, semuanya boleh di perolehi dengan percuma.

Tahun 2015, kami JR Seven & Associates mensasarkan jualan mencecah 2 juta untuk di nobatkan sebagai 2 Million Dollar Agency.

 

Advertisements