About Us

UIYd6H02ZT3o0nV

JR Seven Group merupakan satu agensi elit di dalam Prudential Assurance (M) Berhad, mulai Ogos, 2016 secara rasminya kami bergerak di bawah nama JR Seven Group. Sehingga kini, JR Seven Group terdiri daripada associates associates dari JR Seven & Associates, FAA Kizuna dan R7 Amazing. Sehingga kini juga, kami beroperasi di Damansara Intan dan Pasir Gudang, Johor.

JR Seven & Associates telah di tubuhkan pada Januari 2013, setelah pengasasnya, Nor Hisyam Abu Hasan menjalani satu program yang di namakan sebagai “Entrepreneurs Program” selama 3 tahun bersama Prudential.

Nor Hisyam Abu Hasan merupakan seorang bekas jurutera di sebuah syarikat multinasional di seksyen 16, Shah Alam. Beliau yang menamatkan pendidikan peringkat ijazah dari Niigata Universiti, Japan telah berkhidmat selamat 10 tahun di syarikat tersebut. Setelah menjalani Entrepreneurs Program secara part time selama 3 bulan, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengurus untuk memberi tumpuan sepenuhnya di dalam program tersebut pada tahun 2009.

Bermula dari itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan dengan izin Allah swt, sokongan daripada keluarga terutamanya isteri dan anak anak,  usaha yang bersungguh sungguh dan bantuan daripada mentor mentor dan leader leader di Khalifah Group khususnya dan ramai lagi yang lain amnya, akhirnya pada tahun 2013 beliau berjaya menubuhkan JR Seven & Associates dan menjadi salah satu agensi elit di dalam Prudential.

Bermula pada tahu 2013, JR Seven & Associates berkembang dengan jayanya. Dengan memberi tumpuan kualiti berbanding dengan kuantiti, JR Seven & Associates berjaya melahirkan associates/rakan niaga yang berkualiti. Secara puratanya, bersama dengan JR Seven & Associates, rakan niaga kami memperolehi peningkatan pendapatan tahunan sebanyak RM2,000 bagi setiap rakan niaga yang bernaung di bawah JR Seven & Associates, yang beliau rasakan sangat berbaloi jika di bandingkan dengan sewaktu beliau bekerja dulu, secara purata, hanya memperolehi peningkatan pendapatan sekitar 5% ke 10% daripada pendapatan bulanan ketika itu.

Secara purata juga, dengan teknik dan jati diri kuat yang di sematkan pada setiap rakan niaga di dalam JR Seven & Associates, hasil jualan kami secara berkumpulan meningkat hampir 100% pada tahun 2014 dan 2015, di bandingkan dengan hasil jualan pada tahun 2013.

JR Seven & Associates mengamalkan Plan Triple Three untuk sesiapa yang ingin menyertai Entrepreneurs Program bersama kami.

Kami sentiasa membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk bersama sama dengan kami untuk mencapai impian masing masing dengan Plan Triple Three kami. Kami mengamalkan dasar bukan mengajak anda menyertai kami untuk bekerja dengan kami, tapi untuk menjadi rakan niaga kami. Pada tahun 2016 nanti, kami akan membuka peluang kepada 25 orang peserta yang pertama mendaftar untuk menjalani Entrepreneurs Program bersama JR Seven & Associates.

Dengan tagline JR Seven Home Of Champion, kami yakin anda yang terpilih mampu menjadi seorang juara juga. Kami telah membuktikannya pada tahun 2014 dan 2015. Pada tahun hadapan, mungkin anda salah seorang juara bersama kami.

Penghargaan & Terima kasih kepada leader leader hebat seperti Kamarudin Najri, Fakhrul Anwar, Hamizi Mohd Noor, Mohd Zakaria, Abd Rahim Che Ani, Saiful Azmi, Burhanuddin, Syed Mukhriz, Sukri, Irene, Hamdi, Hishamoto, Ahmad Ridzuan dan banyak lagi nama nama hebat yang tidak mampu kami sebut satu persatu.
Advertisements