Event = Outcome ???

IMG_5556

Formula yang kebanyakan orang sudah tahu, cuma tak tahu/ tak mahu mengaplikasikanya kearah yang di kehendaki.

E : Event ataupun takdir kejadian yang memang sesuatu yang kita tak boleh nak pilih, yang mungkin dah ditulis untuk terjadi kepada kita.

Sememangnya, ramai kita termasuk juga saya, dalam keadaan tertentu, bila terjadi sesuatu kejadian yang tidak dikehendaki, ataupu takdir kurang baik yang “cuba” menghalang kita daripada mendapat sesuatu yang kita kehendaki, selalunya begitu mudah kita cuba mencari salah siapa? Bila mula mencari “salah siapa” ni, selalunya, kita mencari salah orang lain, salah pihak lain, salah kejadian itu, itu yang menyebabkan kita tidak boleh mendapat apa yang kita kehendaki.

Saya cuba mengaplikasi formula ini dengan melancarkan #AgentSixpax video, ini adalah satu percubaan untuk saya mengaplikasi formula ini , dan cuba beristiqamah dalam melakukannya selama 40hari. Outcome yang saya kehendaki adalah “attitude” untuk istiqamah untuk melakukan work out selama 40 hari, walauapapun kejadian / “Event” yang berlaku dan bakal berlaku dalam tempoh masa 40 hari ni.

E tidak sama dengan O, Event yang berlaku, tidak semuanya mempengaruhi O iaitu Outcome yang kita kehendaki.

Sebenarnya “Event” yang berlaku hanya mempengaruhi 10% saja “Outcome” yang kita dapat, 90% lagi di tentukan oleh R, iaitu “Reaction” kita terhadap sesuatu “Event” yang berlaku itu.

Sebab tu, E (Event) + R(Reaction) = O(Outcome)

Sebagai contoh, dalam kejadian saya untuk melakukan project #AgentSixPax, kejadian yang berlaku pada setiap hari sebenarnya memang sedikit sebanyak cuba mempengaruhi “Outcome” pada hari tersebut, ada hari kita sibuk, dari pagi sampai ke petang, ada hari hujan, rasa sejuk, ada hari yang isteri ajak keluar, ada hari nak ambil anak dari asrama, ada hari yang kejadiannya kalau kita salah “Re-act” terhadap kejadian itu, akan menyebabkan saya mendapat “outcome” yang saya tak kehendaki. Menyebabkan saya tidak istiqamah, yang menetukan Outcome saya sebenarnya adalah cara saya “Re-act” terhadap kejadian itu.

Jadi dalam apa kejadian pun, sekiranya kita menghendaki “Outcome” yang baik, “Outcome” yang positive, itu semua hanya bergantung kepada cara bagaimana kita buat “Reaction” kita.

E + R = O cuba fahami, cuba fikir, setiap kejadian adalah ujian.

Dalam kerjaya agent insurance, setiap awal tahun rata rata, semua orang buat APW (Annual Planning Workshop ) , semua yang pergi mesti buat satu azam, satu matlamat nak berjaya, ada yang nak Qualifiy sebagai Star Club, ada yang nak Qualify sebagai MDRT, ada yang nak tambah “increment bulanan” naik seribu ringgit setiap bulan, bermacam macam matlamat kita buat. itu semua adalah “Outcome” yang agent kehendaki. Dalam mengejar matlamat ini, mengharapkan “Outcome” ini terjadi, di sepanjang tempoh ni, pasti ada kejadian “Event” yang akan berlaku, sebagai contoh :

  1. “Agency Structured” menghendaki datang setiap pagi Isnin, pukul 8:30pagi ke ofis untuk share energy &  review last performance, mungkin ada “Event” yang sebegini akan berlaku, isteri suruh datang hantar pergi kerja, menyebabkan tak dapat datang “On time”, mungkin ada yang tengah jalan, hujan dan jalan jadi jem, akan menyebabkan tak datang atau datang tak “on-time”… ini antara event yang berlaku, tapi bagaimana kita “react” yang akan menentukan kita dapat “outcome” yang terbaik. Contoh, waktu sama sama kerja makan gaji, pandai ja isteri drive sendiri ke tempat kerja…bila jadi agent, nak kena hantar…contohnya ja ni…mungkin berlaku mungkin tidak..

IMG_5557

So, sebelum kita bertidakbalas terhadap sesuatu event yang berlaku, fikir dalam dalam , adakah reaction ini akan menyebabkan outcome yang kita kehendaki atau sebaliknya.

When I Think Positive, I become positive

When I think big, I become big

Alhamdulillah , pada hari ini 02.01.2018, Outcome yang saya kehendaki menjadi kenyataan.

40 days continue work out. #AgentSixPax #JR7G

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s