Perubahan 5 tahun

Setiap tahun lebih 200ribu tenaga kerja baru yang kebanyakkannya lepasan universiti akan memasuki alam pekerjaan. ( sumber berita semasa ) Bagi anda yang telah berkhidmat lama dengan sesebuah syarikat, secara sedar atau tidak ini adalah satu lagi persaingan kepada anda untuk anda mendapatkan gaji yang lebih baik.

Cuba anda bayangkan anda mempunyai suatu syarikat yang besar, dan rata rata pekerja anda adalah pekerja yang lama berkhidmat, dan tentunya mereka ini anda TERPAKSA memberi kenaikan gaji, walaupun tidak memberi kenaikan pangkat, tetapi jika anda mempunyai sumber tenaga kerja baru, apa yang anda buat?

Tenaga kerja baru, gajinya murah…tenaga kerja sedia ada gaji dah mahal? Anda sebagai Pemunya Syarikat, apa yang anda akan buat?

Saya menulis daripada pengalaman saya bekerja hampir sebelas tahun, gaji permulaan sewaktu saya bekerja dulu, pada tahun 1998, gaji seorang yang “graduated dari oversea” berjumlah 2000, dan sekarang rata rata adik adik kita mendapat pendapatan yang serupa walaupun dah berbelas tahun. Ini kerana, sumber pekerja yang ramai di bandingkan dengan kekosongan kerja yang ada. Dan jika anda sebagai Pemunya Syarikat, tidak salah anda mengambil sumber pekerja yang gajinya murah, sebab anda membuka syarikat dengan tujuan untuk mendapat untung, bukan untuk menjadi badan kebajikan.

Apa yang saya cuba sampaikan, katakanlah dari dulu, setiap tahun 200ribu orang memulakan kerjaya, dan 200ribu orang ini, masing masing mempunyai impian untuk menjadi orang yang mendapat gaji yang paling tinggi, jawatan yang paling besar, agak agak berapa orang yang akan dapat jawatan, gaji itu sebelum mereka bersara?

perubahan.001

Bersempena dengan pengakhiran tahun 2017, yang sudah tak lama lagi (tinggal 31 hari saja lagi), mungkin ini masa yang terbaik untuk kita sama sama bermuhasabah, berlapang dada, menilai apa yang kita lakukan selama ini? dalam fasa 5 tahun mana kita berada? Tidak ada istilah ” aku dah terlambat untuk nak ubah? “, tiada istilah dan kata kata ” kau boleh la, aku susah “, tiada juga istilah, ” dah tua, ada peluang ka lagi ? ”

Selagi mana kita masih ada niat nak berubah, selagi itu akan ada peluang, selagi itu akan ada masa untuk kita belajar dari pengalaman orang yang sudah berjaya berubah.

 

 

Advertisements