#MatRempitBerinsuran & #DiKalaHariHujan antara hatchtag yang dia suka.

Nama penuh saya Mohamed Zaki Bin Mohamed Zakariah. Memulakan pendidikan menengah di MRSM Muadzam Shah Pahang pada tahun 2003~2004. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor di dalam bidang Kejuruteraan Kimia – Gas pada tahun 2006 ~ 2010. Memulakan pekerjaan sebagai seorang jurutera di Seagate Senai pada tahun 2010 sehingga 2013.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential?

Pada tahun 2014, saya menyertai satu Superbike Convoy dari Johor ke Melaka, dan pada event tersebut saya berjumpa dengan Junaidi seorang agent insurance di Prudential. Secara tidak sengaja, saya berjumpa sekali lagi dgn Junaidi di hospital ketika melawat sahabat yg terlibat kemalangan. Bermula dari situ junaidi telah bercerita ttg kesedaran thadap kepentingan insuran. Sy sedar tentang perkara tersebut dan bersetuju utk mengambil satu polisi insuran dgnnya.

Bagaimana saya mengenali JR Seven Groups?

Semasa perkongsian mengenai kepentingan insurans oleh Junaidi, dia juga bercerita mengenai peluang untuk menjana pendapatan dengan cara menjadi seorang agent di Prudential. Dari siti saya mula mengenali JR Seven Groups dan mula sebagai agent part time.

Kenapa saya memilih kerjaya ini?

Saya mula menyedari potensi pendapatan yang saya akan perolehi di dalam bidang ini setelah melihat hasil yang saya lakukan dalam masa 6 bulan sebagai part time agent, dan saya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai jurutera dan melakukan kerjaya ini secara Full time dengan target untuk mendapat penambahan tambahan RM2,000 setahun, dan alhamdulillah saya mendapat seperti apa yang saya jangkakan.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ?

Sepanjang pembabitan saya dalam bidang, sehingga ke hari ini tiada halangan yang besar yang saya tempuhi, cuma pada waktu awal awal pembabitan saya, saya terpaksa “menahan telinga” dengan cakap cakap yang berbunyi “dah belajar sampai boleh jadi engineer, berhenti pulak”.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini?

Apa sekalipun bidang yang di ceburi , ianya memerlukan strategi, dan saya mengetahui strategi yang perlu di buat untuk berjaya dalam karier ini, saya bukannya akan menjadi agent insurans sampai bila bila, saya sebenarnya perlu membina empayar saya sendiri melalui “networking” saya.

Apa perubahan hidup saya?

Perubahan yang pertama, industri ini mengajar saya untuk lebih positif terhadap rezeki, kadang kala kita dah berusaha, tapi kalau belum di tentukan rezeki untuk kita, tak menjadi juga, tapi kadang kala rezeki datang tanpa di duga, ada juga mesej yang masuk nak tahu berkenaan insurans.

Yang kedua saya dapat menambah kawan saya. Dengan cara “branding” yang saya lakukan di media sosial serta sokongan rakan rakan sedia ada, saya dapat menambah “networking” saya. Saya menjadi tempat rujukan apa saja berkaitan insurans dan takaful.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Ipad Air , Ipad Air 2 & Ipad mini 4 ( 2014 & 2015 )
  2. Beijing Trip , Jan 2016
  3. Rookie Star , Disember 2014
  4. Prudential Wealth Planner 2015
  5. Ferrari Watch , Sept 2015
  6. Consistency Challenges 3-5-8, First & Second quarter 2016
  7. Experience Star Club Taiwan 2016 ( Incentive Trip )

Impian dan perancangan anda selepas ini ?

Saya bercita cita iuntuk mendapat gelaran “Executive Wealth Planner” serta layak mencapai “Star Club pada tahun 2017. Seterusnya saya menjadi Unit Manager 1 pada tahun 2018 dan mendapat pengiktirafan sebagai Million Dollar Agency (MDA) dengan 8 orang “direct agent” saya dan saya akan mempunyai seorang Unit Manager dari kalangaan direct agent saya pada tahun 2019, seterusnya mencapai cita cita untuk menjadi Agency Manager pada usia saya 34tahun.

Penyesalan saya selama ini ?

Saya tak pernah berjumpa dengan agent insurans sebelum Junaidi, dan tidak pernah tahu tentang industri insurans dan takaful.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.

15747842_10154029194846861_6358308884173263665_nSupaya memiliki insurans pada usia muda dan merancang kewangan dengan betul supaya tidak terjebak dengan bebanan hutang pada masa depan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s