Apa yang “ex-orang minyak” ni cari???

Nama penuh saya Noor Junaidi Bin Abu Hasan,  mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alor Janggus, meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Dato” Syed Omar Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Petronas. Memulakan kerjaya sebagai seorang juruteknik loji di Asian Bintulu Fertilizer, Sarawak pada tahun 1997.

Tahun 2005, menukar kerjaya menjadi seorang juruteknik operasi di sebuah FPSO ( Floating Production Storage & Off loading )

Tahun 2010, menukar sekali lagi majikan, memilih untuk bersama Newfields Peninsular Incorporated dan bekerja di pelantar minyak ( Platform Belumut Alfa ) sebagai seorang Lead Operation Techinician.

Bagaimana saya mengenali Prudential?

Pada tahun 2010, saya di paksa membeli insurans, dari itu baru saya mengenali nama Prudential sebagai satu insurans company. Agent saya pada ketika itu adalah abang saya sendiri.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates?

Pada tahun 2013, saya mula rasa tertarik untuk mengenali bidang yang diceburi oleh abang saya, beliau berhenti kerja sebagai seorang pengurus dan menceburi bidang ini secara sepenuh masa. Saya mula berasa seronok untuk menjadi agent kerana melihat keadaan abang saya yang selalu dapat pulang ke kampung, dan melalui beliau saya mula mengenali JR Seven & Associates, satu agency yang sedang berkembang maju.

Kenapa saya memilih kerjaya ini?

Kerana stress dan isu politik di tempat kerja dan juga masa kerja & masa cuti saya di kongkong oleh orang lain. Dengan kerjaya ini saya boleh memilih untuk bekerja dan bercuti mengikut keputusan saya sendiri.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ?

Cabaran untuk membuang ego diri sendiri kerana saya perlu berkomunikasi dengan orang yang saya tak kenali, yang saya tak pernah lakukan sebelum ini.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini?

Strategi saya bermula dengan approach kawan kawan sekeliling saya, meminta referals dari mereka samada mereka mengambil ataupun tidak polisi dengan saya.

Apa perubahan hidup saya?

Saya boleh mengawal masa saya bekerja dan bercuti mengikut masa saya sendiri.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Samsung S5 phone 2014
  2. Ipad mini 2 2014
  3. Ipad Air 2 2014
  4. Macbook Air 2014
  5. Ipad mini 3 12015
  6. Ferrari Watch 2015
  7. Hong Kong Incentive Trip 2014
  8. Star Club Los Angeles & San Diego 2015 (Incentive Trip)
  9. Konnichiwa Osaka – Japan Trip 2015 (Incentive Trip)
  10. Executive Wealth Planner 2014
  11. Executive Wealth Planner 2015
  12. Star Club London 2016 (Incentive Trip)

Impian dan perancangan anda selepas ini ?

Membina agency saya sendiri pada tahun 2017 dengan mempunyai 10 orang direct agent yang mempunyai kapasiti untuk melakukan 1Million new business. 3 daripada agent saya mendapat Star Club dan membina Agency saya di Alor Setar, Kedah, negeri kelahiran saya.

Penyesalan saya selama ini ?

Saya tidak bersungguh sungguh melakukan kerjaya ini pada tahun pertama dan kedua di dalam bidang insurans dan takaful ini.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.

Buka dan lapangkan dada untuk menerima idea perniagaan insurans dan takaful ini kerana dengan modal yang sangat rendah , dapat menghasilkan pulangan yang sangat berbaloi. junaidi-2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s