Dari servis motor timbul minat…

945274_505682779485333_668028170_nNama penuh saya Mohamad Redzuan Bin Ramli.  Alam persekolahan menengah saya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane. Memulakan alam pekerjaan saya di Bangi sebagai jurutera kilang Sony. Saya meniti alam pekerjaan bermula selepas saya mendapat ijazah di salah satu universiti di Malaysia. Selama 2 tahun saya berkhidmat di kilang tersebut sebelum saya memutuskan untuk menjadi agent prudential secara sepenuh masa.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential? Saya tidak pernah tahu atau percayakan insurans, sehinggalah saya bertemu abang Hisyam ( Leader saya ) di sebuat kedai servis motor di Subang Permai. Dari pertemuan pertama, leader saya meneruskan follow up untuk berjumpa untuk kali kedua, dan di pertemuan kedua ini saya mengetahui mengenai Prudential dan karier yang terdapat di dalam industri ini bersama Prudential. Beliau lah yang mendidik saya mengenai Prudential.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates? Saya ingat lagi sewaktu makan malam bersama suatu grup di Pak Usu Steambot Shah Alam. Di sini lah bermula pengenalan saya dengan JR Seven & Associates. Adib, Baha, Harith, Hanifah dan juga Pak Non.

Kenapa saya memilih kerjaya ini? Sebab bosan dengan kerjaya kilang. Bab gaji lagi la. Dengan menukar kerjaya saya dapat mengoptimumkan pendapatan saya. Saya suka bekerja dalam suatu kumpulan. Tempat lama yang saya kerja dulu banyak yang selfish.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ? Pergh. payah soklan ni. sebenarnye halangan tu xde. cuma mak ayah risaukan anak die je. anak sulong la katakan.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini? Strategi mudah je. See people! See People! See people! lagi banyak orang yang kite tegur, insha Allah lagi banyak client kite dan bakal ejen kita akan dapat.

Apa perubahan hidup saya? Secara jujurnya saya ingin mencuba bidang ini kerana , dari pengalaman kerja saya selama 2 tahun, kenaikkan gaji saya terhad walaupun saya bekerja keras sementara bidang baru ini boleh memberi kenaikkan gaji atau pendapatan tanpa limit jika saya bekerja keras.Ameen.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. RM 1000 every month ( Oktober, November, December)
  2. PruStarter
  3. Hong kong incentive trip Qualifier
  4. MacBook Air Qualifier
  5. Go Pro Hero 3+ Silver Edition
  6. Tasik Banding Qualifier
  7. Star Club Los Angeles
  8. Prudential Wealth Planner 2014
  9. Ipad Air 2
  10. Prudential Wealth Planner 2015

Impian dan perancangan anda selepas ini ? Impian saya hendak menjadikan agent agent di bawah bimbingan saya lebih berjaya daripada saya dunia dan akhirat. Saya akan mula membina agency saya sendiri pada tahun 2018 dengan kapasiti melakukan 2 Million Sales dan 4 orang daripada agent daripada agency saya mendapat status “Star Club Qualifier”, dengan tujuan menjadikan agency saya agency yang di kenali kerana melahirkan agent agent yang berkualiti.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.  Pada usia yang muda jika mendapat peluang begini, rebutlah peluang ini kerana dengan pengalaman yang saya lalui sepanjang bekerja makan gaji selama 2 tahun, “jika ada peluang berniaga, lebih baik berniaga” kerana daripada pengalaman saya,  berniaga itu lebih baik daripada makan gaji.

9/10 punca rezeki datangnya daripada berniaga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s