Kenapa “Piping Engineer” menjadi ejen?

Nama penuh saya Sahimin Basyri Bin Bashiruddin.  Pendidikan menengah saya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah ( 1997 ~ 1999 ), Kolej Islam Sultan Azlan Syah ( 2000 ~ 2001 ). Melanjutkan pelajaran di dalam bidang Computer Engineering Di Case Western Reserve University, Cliveland Ohio. Kerjaya pertama bermula sebagai seorang piping Engineer Di Sime Darby Engineering, Pasir Gudang.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential? Pada tahun 2010, saya ke Shah Alam atas urusan kerja, dan terserempak dengan kawan lama, Ihsansubhi yang hampir 5 tahun tidak berjumpa. Pada masa itu, seorang agent Prudential ( Nor Hisyam Bin Abu Hasan ) tengah membuat satu presentation, kemudian saya tertarik dan memang tengah mencari, dan saya meminta agent tersebut berjumpa dengan saya di Pasir Gudang, disebabkan kesuntukan masa pada masa itu.Sebulan kemudian , saya menerima satu panggilan telefon dari agent tersebut dan saya terus berjumpa dan mengambil satu policy dengan agent tersebut.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates4tahun kemudian saya berpindah ke Shah Alam disebabkan penukaran kerjaya. Setelah setahun bekerja di Tabung Haji Heavy Engineering saya di berhentikan kerja kerana penjimatan kos syarikat ( pekerja kontrak di tamatkan lebih awal ). Saya mula mecari kerjaya baru dan menghadiri pelbagai temuduga dalam bidang Oil & Gas. 2 minggu lepas di berhentikan kerja saya menerima satu sms mengenai kerjaya dan incentive sebagai seorang agent, dan disebabkan saya masih ketiadaan pekerjaan , saya ingin mencuba kerjaya tersebut. Pada 28hb Feb 2015 bermula kerjaya sebagai part time dan masa yang sama saya mendapat pekerjaan baru di Wood Group Mustang di Kuala Lumpur.

Kenapa saya memilih kerjaya ini? Saya menyedari bidang insurans dan takaful sedang berkembang pesat di Malaysia dan kesedaran insurans di Malaysia masih rendah. Ini membuatkan saya tertarik untuk memulakan business ini. Tiada kekangan masa juga membuatkan saya selesa sebagai perunding takaful.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ? Pada ketika saya memulakan kerjaya ini sebagai full time agent, iaitu selepas setahun sebagai part time, ekonomi Malaysia tidak berapa memberangsangkan, ini menyebabkan kenalan ataupun prospek saya memilih untuk tidak menambah perbelanjaan baru isi rumah, kerana pada mereka mengambil insurans atau takaful di anggap sebagai perbelanjaan.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini? Strategi saya adalah untuk membuatkan seramai mungkin orang mengenali saya sebagai seorang agent full time Prudential tanpa saya perlu memperkenalkan diri saya, dengan cara media sosial dan aktiviti persatuan.

Apa perubahan hidup saya? Saya mempunyai masa yang fleksibel bersama keluarga, boleh pulang menziarahi ayah dan bonda yang saya tidak berpeluang melakukannya ketika berkerja sebagai seorang jurutera dahulu.Di samping itu , saya mula aktif di dalam persatuan, saya dapat merapatkan perhubungan antara jiran tetangga, sanak saudara kerana saya mula aktif untuk berjumpa dengan mereka.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Ipad Air 2 , February 2015
  2. Jakarta Trip , Jun 2015
  3. Rookie Star , August 2015
  4. Prudential Wealth Planner 2015
  5. Ferrari Watch , Sept 2015
  6. Consistency Challenges 3-5-8, First & Second quarter 2016

Impian dan perancangan anda selepas ini ? Saya ingin membina agency says sendiri di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman pada tahun 2019. Saya ingin mendapatkat Executive Wealth Planner pada tahun 2017, secara konsisten sebelum saya di naikkan pangkat sebagai Unit Manager, dan mempunyai 20 orang agen pada akhir tahun 2018.

Penyesalan saya selama ini ? Penyesalan saya ialah kerana menolak mentah mentah pelawaan agent saya pada tahun 2010.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.Supaya memiliki insurans pada usia muda dan merancang kewangan dengan betul supaya tidak terjebak dengan bebanan hutang pada masa depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s