Berdikari atau pentingkan diri?

Di dalam kita mengejar impian dan cita cita, ada kalanya kita sampai pada suatu masa untuk kita membuat satu keputusan yang besar. Satu keputusan yang mungkin akan di bahaskan samada keputusan yang di buat hanya untuk kepentingan diri sendiri atau sebaliknya.

Hari ini secara rasminya JR Seven & Associates berdiri di atas kaki sendiri untuk mengharungi suatu masa yang panjang untuk mengejar cita cita kami. Keputusan untuk berdikari bukan keputusan untuk pentingkan diri semata mata. Terima kasih kepada Khalifah Group yang sebelum ini memang tersangat banyak membantu dalam membangunkan JR Seven & Associates sehingga menjadi seperti apa yang ada sekarang ini. Terima kasih kepada leader leader hebat, agent agent yang superb yang terus membantu dan memberi galakan dan semangat kepada kami.

Keputusan untuk menjadi “Independent agency” adalah dengan tujuan untuk kami “grow” menjadi suatu agency yang hebat, suatu agency yang pada masa akan datang akan membanggakan anda semua. Asas asas yang hebat yang kami dapat sepanjang bersama Khalifah Group akan menjadi asas untuk kami pergi lebih jauh.

Keputusan untuk berdikari ini adalah untuk menjadikan pemangkin untuk kami, JR Seven & Associates menjadi lebih berani lagi di masa masa akan datang, kami percaya untuk menjadi berjaya sebagai suatu agency yang hebat, kami perlu berani. Berani membuat keputusan, dan bertanggungjawab untuk memastikan keputusan itu adalah keputusan yang tepat. Pendekkata, keputusan yang dibuat bukan kerana “pentingkan diri” tetapi lebih kepada untuk berdikari.

Pinjam kata kata orang bijak,

Make a decision and then make it right.

Doakan kami berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s