Kata terakhir…

BEFORE I DIE…..

Jika anda di minta untuk menyambungkan ayat di atas, apa yang anda akan sambungkan.

Selepas di sambungkan, ambil masa 1 minit dari masa anda, renungkan, fikirkan, adakah itu yang anda betul betul mahu? adakah itu yang menjadi taggungjawab anda? adakah itu yang orang di sekeliling anda, terutamanya ibu anda mahu? adakah itu yang boleh menjamin di alam berikutnya? adakah itu yang anda mahu tinggalkan?

Jika itu yang anda betul betul mahu, betul betul tanggungjawab anda, betul betul boleh menjamin kehidupan anda di alam berikutnya, itu yang betul betul anda mahu tinggalkan, persoalannya, adakah anda mampu? bagaimana anda boleh mampu?

img_1069
Before I Die

“Abg boleh rotan saya kalau saya “baloq liat”- la ni dah jadi Manager

Nama penuh saya Ihsansubhi Bin Mohamad Mohsin atau lebih dikenali dengan Baha.

Memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling, dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang.

Mendapat tawaran belajar di Jepun dalam bidang Mechanical Engineering di Tohoku University, dan kemudian melanjutkan ke peringkat ijazah atau Master dalam bidang Quantum Energy Engineering di Tohoku University.

Kembali ke Malaysia pada tahun 2010 dan bekerja sebagai seorang Jurutera di Panasonic Shah Alam.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential?

Pada tahun 2010, saya di perkenalkan oleh rakan tempat kerja saya kepada seorang agent Prudential dan saya mengambil satu policy dengan agent tersebut

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates ?

Selepas saya mengambil policy,  saya telah di jemput oleh agent insurans saya pada waktu itu untuk menghadiri seminar mengenai kerjaya bersama JR Seven & Associates ( pada waktu itu, JR Seven masih bersama Khalifah Group ), saya mengambil keputusan untuk menyertai selepas 3 tahun kerana ingin memulakan business dan mencari pendapatan sampingan.

Kenapa saya memilih kerjaya ini?

Saya memilih karier ini kerana ianya boleh dimulakan dengan kadar segera dan tidak memerlukan modal yang besar.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ?

Cabaran utama yang saya hadapi adalah untuk meyakinkan isteri, ibu dan ayah saya.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini?

Saya berjumpa dengan ramai orang dan sudah pasti orang yang berbeza setiap hari, pada masa yang sama saya mengamalkan “Sistem Referral”

Apa perubahan hidup saya?

Pertamanya dari segi kebergantungan kepada Tuhan Yang Maha memberi Rezeki, dan yang kedua dari segi kewangan dan peningkatan taraf hidup. Yang ketiga dari segi kualiti masa yang saya peruntukkan untuk keluarga saya terutamanya dan masyarakat.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

1, Prudential welath Planner 2013

2. Star Club BArcelona 2013

3. Prudential Wealth Planner 2014

4. Star Club Los Angeles 2014

5. Prudential Wealth Planner 2015

6. Star Club London 2015

7. Promoted to Unit Manager 1 2016

Impian dan perancangan anda selepas ini ?

Saya akan menjadi Agency Manager pada tahun 2019 dan mempunyai satu team di Sungai Petani Kedah.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.

Tahu dan ambil tahu cara menguruskan kewangan dan pengumpulan harta dari awal, jangan terlalu terikut ikut arus semasa.

 

Nasihat dari agent Baha : Buka sayap dan terbang setinggi yang anda mampu.

Kutip seringgit dari 100 orang lebih mudah dan kurang risiko dari kutip seratus ringgit dari sorang…

extra-income-001

Ini cara insurans dan takaful ejen jana pendapatan, mungkin ada ejen berkata, kita share sebab nak tolong orang, nak bantu orang…mungkin betul, tapi antara tujuan lain yang tak boleh semua ejen “deny” , adalah sebab komisen. tak kisah samada ejen baru atau ejen lama, semua tak boleh “deny”, kalau ada yang nak menafikan, tolong letak nombor akaun bank saya dalam borang “autopay agent commission”.

Komisen ejen insurans & takaful tak sebanyak komisen ejen lain…kalau dengan market biasa biasa macam saya, mungkin dalam range 25 ke 50 saja untuk setiap “deal yang saya dapat closed”. Cuma yang berbaloinya ia lebih konsisten kalau di bandingkan dengan industri lain…kami dapat sikit sikit saja. Setiap tambahan “closed deal” yang kami dapat buat, akan ada sikit tambahan pendapatan untuk kami.

Itu sebab kalau nak buat “loan” dengan bank, ada setengah pegawai bank nak reject permohonan dari ejen insurans, sebab katanya, komisen ejen tak tetap…memang betul apa yang sesetengah pegawai bank cakap, komisen ejen insurans tak tetap, sebab dia akan meningkat setiap bulan. Kalau nak tetap, itu namanya gaji.

Sapa yang terasa lama menunggu “salary increment” , kena tunggu setahun sekali, mungkin ini cara anda untuk atasi tempoh lama menunggu tu…jadi ejen insurans, dan NIKMATI tambahan pendapatan setiap bulan.

Sesuai dengan budget 2017 ( akan dibentangkan pada 21Oktober nanti ), anda pun pasti nak buat budget baru anda atau keluarga anda untuk tahun depan,nak buat budget mesti ada FUND, ni cara tambah FUND anda. Mungkin satu hari nanti anda boleh jadi seperti kebanyakkan ejen kami, dari mula sebagai “INCOME tambahan” dah jadi “INCOME UTAMA”.

Tak cuba tak tahu. tak salah untuk mencuba. Anda tidak akan GAGAL selagi anda tidak berhenti mencuba.

745bf7586a295bf9114eb70f12b3c4eb

Anak doktor belum tentu boleh jadi doktor, tapi macammana anak Agency Manager insurans boleh jadi Agency manager?

Ada dua cara untuk anda yang berminat menjadi ejen insurans berjaya dan mendapat pendapatan yang tinggi, mungkin RM50,000 sebulan bermaksud pendapatan tinggi, mungkin RM100,000 sebulan baru bermaksud pendapatan tinggi, tetapi disini saya maksudkan pendapatan tinggi adalah pendapatan tahunan purata kawan kawan anda menjadi pendapatan bulanan anda…

Anda faham maksud saya? Maksudnya kalau anda bekerjaya sebagai jurutera , rata rata kawan anda juga jurutera, jadi pendapatan tahunan kawan kawan anda itu, kalau anda boleh dapatkan menjadi pendapatan bulanan anda, itu dah di kira anda mempunyai pendapatan tinggi… you are high income earner!

cara pertama, anda menjadi ejen yang dapat membuat jualan baru setiap tahun melebihi RM1,000,000 ( One million sales ), jika anda membuat jualan baru setiap tahun melebihi RM1,000,000 setiap tahun selama 6 tahun, pendapatan bulanan anda boleh mencecah RM90,000 sebulan pada tahun ke tujuh.

cara kedua, anda membahagikan 6 tahun masa anda itu kepada 2 fasa, fasa permulaan ( fasa pertama ) anda gunakan untuk membuat / menambah ” networking” anda, akan ada di antara orang di dalam “networking” anda yang akan mengikut anda menjadi seperti anda, di samping menjadi pelanggan utama anda, buatkan seramai mungkin ” networking” anda. Selepas 3~4 tahun di fasa pertama, dengan berbekalkan “networking” anda itu, anda kan memasuki fasa kedua, dimana anda akan membina empayar perniagaan anda , dan daripada “networking” anda tadi akan terhasil jualan baru tahunan RM4 ke 5 juta setiap tahun. Pada tahun ketujuh anda , pendapatan bulanan anda mencecah 6 digits.

Apabila anda melepasi fasa kedua, dan menjadi Agency Manager, jika anda tiada lagi dapat beroperasi , mungkin kerana “check in” ke alam lain, anak anak anda boleh mengambil tempat anda sebagai Agency Manager.

Macam mana dia boleh ambil tempat bapa dia?

Dari servis motor timbul minat…

945274_505682779485333_668028170_nNama penuh saya Mohamad Redzuan Bin Ramli.  Alam persekolahan menengah saya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane. Memulakan alam pekerjaan saya di Bangi sebagai jurutera kilang Sony. Saya meniti alam pekerjaan bermula selepas saya mendapat ijazah di salah satu universiti di Malaysia. Selama 2 tahun saya berkhidmat di kilang tersebut sebelum saya memutuskan untuk menjadi agent prudential secara sepenuh masa.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential? Saya tidak pernah tahu atau percayakan insurans, sehinggalah saya bertemu abang Hisyam ( Leader saya ) di sebuat kedai servis motor di Subang Permai. Dari pertemuan pertama, leader saya meneruskan follow up untuk berjumpa untuk kali kedua, dan di pertemuan kedua ini saya mengetahui mengenai Prudential dan karier yang terdapat di dalam industri ini bersama Prudential. Beliau lah yang mendidik saya mengenai Prudential.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates? Saya ingat lagi sewaktu makan malam bersama suatu grup di Pak Usu Steambot Shah Alam. Di sini lah bermula pengenalan saya dengan JR Seven & Associates. Adib, Baha, Harith, Hanifah dan juga Pak Non.

Kenapa saya memilih kerjaya ini? Sebab bosan dengan kerjaya kilang. Bab gaji lagi la. Dengan menukar kerjaya saya dapat mengoptimumkan pendapatan saya. Saya suka bekerja dalam suatu kumpulan. Tempat lama yang saya kerja dulu banyak yang selfish.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ? Pergh. payah soklan ni. sebenarnye halangan tu xde. cuma mak ayah risaukan anak die je. anak sulong la katakan.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini? Strategi mudah je. See people! See People! See people! lagi banyak orang yang kite tegur, insha Allah lagi banyak client kite dan bakal ejen kita akan dapat.

Apa perubahan hidup saya? Secara jujurnya saya ingin mencuba bidang ini kerana , dari pengalaman kerja saya selama 2 tahun, kenaikkan gaji saya terhad walaupun saya bekerja keras sementara bidang baru ini boleh memberi kenaikkan gaji atau pendapatan tanpa limit jika saya bekerja keras.Ameen.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. RM 1000 every month ( Oktober, November, December)
  2. PruStarter
  3. Hong kong incentive trip Qualifier
  4. MacBook Air Qualifier
  5. Go Pro Hero 3+ Silver Edition
  6. Tasik Banding Qualifier
  7. Star Club Los Angeles
  8. Prudential Wealth Planner 2014
  9. Ipad Air 2
  10. Prudential Wealth Planner 2015

Impian dan perancangan anda selepas ini ? Impian saya hendak menjadikan agent agent di bawah bimbingan saya lebih berjaya daripada saya dunia dan akhirat. Saya akan mula membina agency saya sendiri pada tahun 2018 dengan kapasiti melakukan 2 Million Sales dan 4 orang daripada agent daripada agency saya mendapat status “Star Club Qualifier”, dengan tujuan menjadikan agency saya agency yang di kenali kerana melahirkan agent agent yang berkualiti.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.  Pada usia yang muda jika mendapat peluang begini, rebutlah peluang ini kerana dengan pengalaman yang saya lalui sepanjang bekerja makan gaji selama 2 tahun, “jika ada peluang berniaga, lebih baik berniaga” kerana daripada pengalaman saya,  berniaga itu lebih baik daripada makan gaji.

9/10 punca rezeki datangnya daripada berniaga.

Kenapa “Piping Engineer” menjadi ejen?

Nama penuh saya Sahimin Basyri Bin Bashiruddin.  Pendidikan menengah saya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah ( 1997 ~ 1999 ), Kolej Islam Sultan Azlan Syah ( 2000 ~ 2001 ). Melanjutkan pelajaran di dalam bidang Computer Engineering Di Case Western Reserve University, Cliveland Ohio. Kerjaya pertama bermula sebagai seorang piping Engineer Di Sime Darby Engineering, Pasir Gudang.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential? Pada tahun 2010, saya ke Shah Alam atas urusan kerja, dan terserempak dengan kawan lama, Ihsansubhi yang hampir 5 tahun tidak berjumpa. Pada masa itu, seorang agent Prudential ( Nor Hisyam Bin Abu Hasan ) tengah membuat satu presentation, kemudian saya tertarik dan memang tengah mencari, dan saya meminta agent tersebut berjumpa dengan saya di Pasir Gudang, disebabkan kesuntukan masa pada masa itu.Sebulan kemudian , saya menerima satu panggilan telefon dari agent tersebut dan saya terus berjumpa dan mengambil satu policy dengan agent tersebut.

Bagaimana saya mengenali JR Seven & Associates4tahun kemudian saya berpindah ke Shah Alam disebabkan penukaran kerjaya. Setelah setahun bekerja di Tabung Haji Heavy Engineering saya di berhentikan kerja kerana penjimatan kos syarikat ( pekerja kontrak di tamatkan lebih awal ). Saya mula mecari kerjaya baru dan menghadiri pelbagai temuduga dalam bidang Oil & Gas. 2 minggu lepas di berhentikan kerja saya menerima satu sms mengenai kerjaya dan incentive sebagai seorang agent, dan disebabkan saya masih ketiadaan pekerjaan , saya ingin mencuba kerjaya tersebut. Pada 28hb Feb 2015 bermula kerjaya sebagai part time dan masa yang sama saya mendapat pekerjaan baru di Wood Group Mustang di Kuala Lumpur.

Kenapa saya memilih kerjaya ini? Saya menyedari bidang insurans dan takaful sedang berkembang pesat di Malaysia dan kesedaran insurans di Malaysia masih rendah. Ini membuatkan saya tertarik untuk memulakan business ini. Tiada kekangan masa juga membuatkan saya selesa sebagai perunding takaful.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ? Pada ketika saya memulakan kerjaya ini sebagai full time agent, iaitu selepas setahun sebagai part time, ekonomi Malaysia tidak berapa memberangsangkan, ini menyebabkan kenalan ataupun prospek saya memilih untuk tidak menambah perbelanjaan baru isi rumah, kerana pada mereka mengambil insurans atau takaful di anggap sebagai perbelanjaan.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini? Strategi saya adalah untuk membuatkan seramai mungkin orang mengenali saya sebagai seorang agent full time Prudential tanpa saya perlu memperkenalkan diri saya, dengan cara media sosial dan aktiviti persatuan.

Apa perubahan hidup saya? Saya mempunyai masa yang fleksibel bersama keluarga, boleh pulang menziarahi ayah dan bonda yang saya tidak berpeluang melakukannya ketika berkerja sebagai seorang jurutera dahulu.Di samping itu , saya mula aktif di dalam persatuan, saya dapat merapatkan perhubungan antara jiran tetangga, sanak saudara kerana saya mula aktif untuk berjumpa dengan mereka.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Ipad Air 2 , February 2015
  2. Jakarta Trip , Jun 2015
  3. Rookie Star , August 2015
  4. Prudential Wealth Planner 2015
  5. Ferrari Watch , Sept 2015
  6. Consistency Challenges 3-5-8, First & Second quarter 2016

Impian dan perancangan anda selepas ini ? Saya ingin membina agency says sendiri di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman pada tahun 2019. Saya ingin mendapatkat Executive Wealth Planner pada tahun 2017, secara konsisten sebelum saya di naikkan pangkat sebagai Unit Manager, dan mempunyai 20 orang agen pada akhir tahun 2018.

Penyesalan saya selama ini ? Penyesalan saya ialah kerana menolak mentah mentah pelawaan agent saya pada tahun 2010.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.Supaya memiliki insurans pada usia muda dan merancang kewangan dengan betul supaya tidak terjebak dengan bebanan hutang pada masa depan.

Menetapkan sasaran penting kepada semua ejen tapi…

IMG_8638
Best tengok schedule bulan ni, kena ulang lagi.

Ramai orang boleh bercakap kenapa menetapkan sasaran itu penting, tetapi tak ramai yang mengetahui sebab dan bagaimana sasaran itu di buat, insyaAllah dengan ilmu yang Allah kurniakan ini ( terima kasih kepada leader leader terdahulu ), kami di JR Seven & Associates boleh mengajar anda bagaimana menetapkan sesuatu sasaran dan menjadikan “sasaran anda” itu penting bagi anda dan penting juga bagi orang orang disekeliling anda.

Kalau anda perhatikan sukan mana mana pun, kita ambil mudah sukan bolasepak, sasarannya adalah menjaringkan gol ke dalam gol lawan. Cuba bayangkan pemain seperti Cristiano Ronaldo tidak menetapkan sasaran untuk menjaringkan gol, apabila beliau mendapat bola, beliau hanya akan mengelecek di tengah tengah padang sahaja. Apa jadi dengan permainan tersebut? sudah tentu menjadi perlawanan yang teramat membosankan. Tambah buruk lagi kalau kesemua pemain tiada sasaran, apa akan jadi? orang di sekeliling mereka, jurulatih, pengurus malah penonton pun akan kecewa dengan mereka.

Menetapkan sasaran penting untuk setiap kehidupan

Begitu juga dengan ejen, sasaran ejen adalah untuk “close case”. Jika ejen tiada sasaran untuk “close case” , apa perasaan orang di sekeliling anda, anak bini… sama seperti perasaan penonton yang menonton perlawanan bolasepak yang pemainnya tiada sasaran untuk menjaringkan gol… bosan kan??

Jadi pertemuan bulanan kami ini adalah untuk menetapkan sasaran “close case” masing masing.

Bagaimana menetapkan sasaran dan menjadikan sasaran yang di tetapkan itu penting, itu semua kami kongsikan pada setiap pertemuan bulanan kami.

Kami kongsikan semua ini pada setiap Isnin dan Rabu. Kepada yang berminat jangan segan silu, hubungi kami samada secara telefon atau secara email.

 

Berdikari atau pentingkan diri?

Di dalam kita mengejar impian dan cita cita, ada kalanya kita sampai pada suatu masa untuk kita membuat satu keputusan yang besar. Satu keputusan yang mungkin akan di bahaskan samada keputusan yang di buat hanya untuk kepentingan diri sendiri atau sebaliknya.

Hari ini secara rasminya JR Seven & Associates berdiri di atas kaki sendiri untuk mengharungi suatu masa yang panjang untuk mengejar cita cita kami. Keputusan untuk berdikari bukan keputusan untuk pentingkan diri semata mata. Terima kasih kepada Khalifah Group yang sebelum ini memang tersangat banyak membantu dalam membangunkan JR Seven & Associates sehingga menjadi seperti apa yang ada sekarang ini. Terima kasih kepada leader leader hebat, agent agent yang superb yang terus membantu dan memberi galakan dan semangat kepada kami.

Keputusan untuk menjadi “Independent agency” adalah dengan tujuan untuk kami “grow” menjadi suatu agency yang hebat, suatu agency yang pada masa akan datang akan membanggakan anda semua. Asas asas yang hebat yang kami dapat sepanjang bersama Khalifah Group akan menjadi asas untuk kami pergi lebih jauh.

Keputusan untuk berdikari ini adalah untuk menjadikan pemangkin untuk kami, JR Seven & Associates menjadi lebih berani lagi di masa masa akan datang, kami percaya untuk menjadi berjaya sebagai suatu agency yang hebat, kami perlu berani. Berani membuat keputusan, dan bertanggungjawab untuk memastikan keputusan itu adalah keputusan yang tepat. Pendekkata, keputusan yang dibuat bukan kerana “pentingkan diri” tetapi lebih kepada untuk berdikari.

Pinjam kata kata orang bijak,

Make a decision and then make it right.

Doakan kami berjaya.