7 cara untuk berjaya sebagai ejen

Bila kita buat something, kita kena buat betul betul, baru boleh berjaya. Alhamdulillah, sepanjang bersama dengan Prudential sebagai agent dulu mahupun sebagai leader sekarang, saya begitu yakin 7 cara ini yang membantu saya berjaya samada sebagai “salesperson”, dulu , mahupun sebagai “recruiter” sekarang ni.

Yang pertama, tak penting secantik mana atau sebagus mana “presentation” anda, selagi prospek / customer tak percaya, memang chances untuk anda “close case” memang tak ada. Untuk ni, anda kena ambil masa “rapport” dengan prospect, kenali prospek. Tanya apa yang mereka nak, walaupun kadang kadang mereka sendiri tak tahu apa mereka nak, tak tau apa mereka nak soal kepada anda.. Cuba leads dan guide prospek untuk dapat tahu apa keperluan dan kehendak mereka.

It’s not what you say, it’s about what prospect believes

Yang kedua, jangan pergi jumpa prospek selagi anda tak tahu apa yang anda hendak “close case” dengan mereka, sama juga jangan buat phone call kepada mereka jika anda tak tau apa yang anda nak dari mereka. Sebelum jumpa dengan prospek , anda sepatutnya sudah bersedia, apa yang anda nak cerita / “present” dengan mereka, berapa nak “close case” dengan mereka, Apa “product” dan sebagainya. Anda kena “rehearse” dalam minda bagaimana anda “close case” dengan prospek anda.

Never go into sales call not knowing how you are going to close the sales

Yang ketiga, elak jadi “firefighting” semasa melakukan sales atau recruitment. Maksud “firefghting” ni, masa saya kerja di Panasonic dulu pun , selalu Factory Manager saya guna, jangan jadi “firefighting”, buat kerja sekadar ikut flow saja, ada api menyala padam, bukan nak cari jalan supaya tak ada api menyala atau tiada benda yang terbakar.

Maksud “firefighting” kat sini pula, ada prospek, call, then pi  jumpa, appointment, handle objection, close case, then cari prospek baru pulak untuk call. Anda patut ada sistem yang sistematik, yang boleh bagi anda prospek, walaupun semasa anda handle objection, walaupun semasa anda close case, maksudnya tak putus putus ada prospek untuk call, untuk jumpa, untuk close case

Dedicated time set aside daily or weekly to do prospecting

Yang keempat, percaya apa yang anda lakukan adalah yang terbaik dan dapat membantu ramai orang. Percaya bahawa insurans atau takaful boleh membantu anda. Ia bermula dengan polisi anda sendiri, kalau anda nak bercerita kenapa perlu buat #hibah anda sendiri perlu anda polisi #hibah, jika nak bercerita pasal polisi besar, anda sendiri kena ada polisi besar, kita akan lebih yakin kalau kita bercerita pengalaman kita sendiri.

Believe in yourself, confident and what you are doing is to help your prospect

Yang kelima, sentiasa “follow up”, self discipline  memang sangat penting. Ada ketika, waktu anda approach, masa tidak sesuai, jadi anda kena sentiasa ada masa untuk follow up dengan prospek anda. Buatkan satu sistem, bila, berapa lama sekali untuk follow up.

Show up and show up on time

Yang keenam, kena tahu apa kebolehan anda, berapa call anda buat untuk dapatkan satu satu appointment, berapa presentation anda kena buat untuk dapatkan satu satu “close case”. Untuk permulaan , boleh guna statistik yang “universal” pakai.

Know your numbers

Yang terakhir , yang ketujuh, sentiasa bersedia dengan jawapan. walaupun anda tak mungkin tahu semua jawapan kepada semua soalan, anda kena tahu cara untuk menjawab. Contoh , bila buat “phone call” untuk dapatkan appointment, dah sediakan jawapan untuk objection yang selalu prospek bagi.

Get ready for objection

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s