Nak kata semua, mungkin satu pembohongan, tetapi sepanjang saya berada di dalam bidang business ini, saya banyak melihat dan mendengar, kebanyakkan orang orang yang berjaya di dalam perniagaan lebih yakin bahawa rezeki memang dari Allah swt.
Bila kita berniaga, yang saya tahu, berniaga insurans dan takaful, kita hanya boleh buat apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang peniaga atau sebagai agent, berjumpa dengan orang baru atau kenalan baru, ambil tahu cerita kenalan baru kita sambil bercerita tentang kepentingan insurans dan takaful, itu sahaja yang mampu kita lakukan dengan sehabis baik, selebihnya, samada kenalan baru itu nak terima atau tidak adalah dengan kuasa Allah swt. Dia sahaja yang boleh gerakkan hati kenalan baru kita untuk menerima atau menolak.
Jika anda menjadi agent bersama sama kami, kita akan sama sama belajar untuk lebih yakin dengan rezeki Allah swt.