Susun semula untuk kebaikan anda?

Samada anda agent baru atau lama, anda tidak akan dapat lari dari menerima berbagai jenis bantahan atau objection bilamana anda sebagai agent cuba untuk “close”kan seseorang prospek. Antara “objection” yang selalu atau hampir pasti anda akan terima ialah “Saya memang tak mampu nak beli atau “contribute” dalam pelan insurans atau takaful ni?”

Adakalanya kita sebagai agent , bilamana kita menerima “objection” sebegini daripada prospek, kita merasakan memang prospek bercakap benar, dan sememangnya dia tak mampu lagi, lalu kita pun tutup buku dan terus balik.

Apakata, selepas ini, jika kita menerima “objection” sebegini, kita ajak prospek sama sama berfikir untuk susun semula perbelanjaan dia. Jika benar dia bercakap benar, pastinya dia mahu untuk menyusun semula perbelanjaan dia.

Cuba dengan dialog ini,

Agent : ok, aku rasa pun hang memang cakap betoi, tapi boleh atak aku tanya satu soalan kat hang?

Prospek : ok, apa dia?

Agent : hang ada berapa anak la ni?

Prospek : 2 orang.

Agent : Ada tak rasa rasanya hang akan dapat sorang lagi anak?

Prospek : Mungkin.

Agent : katakan macam ni lah, bini hang tengah sarat mengandung, dan memang harap kali ni dapat sorang lagi anak lelaki , menag syukur sangat lah..So , hang pun buat lah persediaan untuk menyambut sorang lagi anak lelaki, tiba hari bini hang nak beranak, tiba tiba hang dapat anak kembar. Selama ni hang hanya buat persediaan untuk seorang anak lelaki saja, apa tindakan hang pada ketika tu?

Agent : Adakah hang akan bagi sorang lagi baby tu kepada orang lain, sebab hang hanya buat persediaan untuk sorang saja, tapi bila bini hang bersalin dapat dua baby. Hang nak bagi pada orang ka? atau hang nak susun semula perbelanjaan hang, dan buat apa yang hang sediakan untuk sorang baby kepada dua.

Agent : Aku pasti, hang mesti akan susun semula, susun semua perbelanjaan hang untuk sesuaikan dengan kehadiran dua baby baru ni kan? Aku bukan nak minta setengah dari gaji hang untuk ambil pelan ni, aku cuma minta hang susun semula perbelanjaan hang, dan hanya letak antara 8~10% untuk pelan ni..Kalau hang tak kisah, jom sama sama kita buat, kita listkan perbelanjaan bulanan hang..

perbelanjaan.002

10% yang anda korbankan untuk pelan ini akan menggantikan 90~100% pendapatan anda bilamana anda tidak mampu lagi menjana pendapatan itu.

Perniagaan ini kalau kata senang adalah menipu, tetapi nak kata mustahil, ada ramai juga yang berjaya, tapi yang pasti, pulangannya sangat berbaloi. Teruskan usaha, “objection” yang sikit tak patut melemahkan semangat kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s