Bila mana kita bertukar tempat.

policy document.001
Salam sejahtera, kisah “saya” sebagai polisi hayat anda.

Tujuan “saya” dan anda pembaca berada di dunia ini adalah sama. Anda mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia, mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, tugas anda sekarang ini adalah menyediakan semua keperluan keluarga bahagia anda, menyediakan tempat tinggal, makanan dan minuman, pakaian dan segala macam yang lain termasuk pelan pendidikan, pelan kesihatan demi mereka yang anda sayangi. Anda seorang yang bijak, walaupun ada ketikanya anda di provok oleh rakan rakan anda kerana turut menyediakan “saya”, polisi hayat anda, untuk berada bersama sama di dalam keluarga bahagia anda.

Ada ketikanya, anda mendengar, rakan rakan anda berkata, “buat apa sediakan polisi hayat, membazir duit sahaja, adalah lebih baik duit itu di gunakan untuk membeli barangan keperluan lain”, tetapi sikap dan cara pemikiran anda yang bijak tidak membenarkan kata kata mereka, anda tetap menjaga “saya”, polisi hayat anda, walaupun anda tahu, “saya” hanya terus “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda.

Di sebabkan sikap anda itu , “saya” mempunyai kepercayaan penuh terhadapa anda, dikala anda kesempitan wang sekalipun, anda tetap menjaga “saya”, polisi hayat anda ini. Anda tetap menggunakan sebahagian wang anda yang mungkin tidak sampai 10% daripada jumlah pendapatan anda untuk menjaga “saya”, dan “saya” terus “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda.

Ketika ini, di kala perjalanan kehidupan anda berjalan lancar, sememangnya, “saya” tiada gunanya untuk anda, “saya” terus “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda, sebagaimana “spare tyre” kereta, yang terus berada di dalam bonet belakang kereta, selagi tiada tayar yang rosak. Tetapi suatu hari nanti hanya Yang Maha Hidup saja mengetahui bila “saya” dan anda akan bertukar tempat.

Ajal maut, sihat sakit anda, hanya Allah mengetahui, di takdirkan anda kembali mengadap Yang Maha Hidup, di ketika itu anak anak anda , isteri anda akan merasai suatu pengalaman yang bukan sahaja sedih tetapi suatu pengalaman yang jika mereka tahu akan berlaku, sudah pastinya mereka akan menyuruh anda meng”duplicate”kan “saya” sebanyak mungkin, tetapi apakan daya, tiada siapa yang boleh tahu.

Di ketika anda di semadikan, “saya”, polisi hayat anda yang selama ini “lena” di dalam tempat simpanan dokumen anda akan “bangkit” dengan pantas untuk menyumbang dan melaksanakan tugas yang telah anda mulakan, “saya” polisi hayat anda akan menyambung kerja kerja anda untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan anak anda, dan keperluan lain keluarga yang anda sayangi.

Kebajikan keluarga anda tidak akan terhenti secara tiba tiba walaupun anda telah disemadikan, di ketika itulah “saya”, polisi hayat dan anda telah bertukar tempat.

Apabila tugas anda selesai ( anda disemadikan ), tugas “saya” akan bermula. Melalui “saya” anda boleh terus berbakti dan melalui “saya” juga cinta anda terhadap keluarga yang anda sayangi, akan terus menyerlah.

Setiap kali anda merasakan harga atau wang yang anda gunakan untuk membuatkan “saya”, polisi hayat anda terus bersama keluarga anda sesuatu yang membazir, cubalah ingat, bahawa “saya” akan melakukan lebih baik untuk keluarga anda di ketika mana anda sudah tidak mampu melakukannya lagi.

Jika anda melaksanakan tugas anda terhadap “saya” , pastinya “saya” akan melaksanakan tanggungjawab “saya”.

Ingatlah,

bilamana tugas anda telah selesai atau di percepatkan untuk selesai, di ketika itu tugas “saya” akan bermula.

Idea asal dari bacaan buku Dr Rizal Naidu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s