Siapa yang boleh jadi agent insurance?

Semasa di zaman kanak kanak, rajin betul cikgu menanya, apa cita cita kamu? maka ramai lah kanak kanak pada zaman tu yang menjawab, nak jadi doktor, nak jadi cikgu, nak jadi askar, nak jadi jurutera, dan macam macam kerjaya profesioanl lain lagi, Yang saya pasti pada waktu tu, tak ada seorang pun yang menjawab nak jadi ejen insurans.

Cita cita saya dan anda sebenarnya  sama,

kita tak pernah bercita cita nak menjadi ejen insurans,

tak pernah terlintas langsung dalam ingatan saya untuk menjadi ejen insurans, sepenuh masa pula tu.

Siapa yang patut jadi ejen insurans, siapa yang boleh? Tak semua orang boleh, tapi kebanyakkan orang layak untuk menjadi ejen insurans, walaupun kebanyakkannya layak, tapi tak semua orang boleh. Namun selagi belum mencuba kita tak akan tahu samada kita boleh atau tidak, walaupun kita layak.

Di dalam agency kami, walaupun tak sebesar mana, berbagai latar belakang pendidikan kami ada, ada yang dari jurusan kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrikal, kejuruteraan telekomunikasi, yang pernah bekerja di pelantar pelantar minyak, yang menjadi pensyarah di universiti, yang menjadi pengurus di syarikat syarikat, yang suka menganalisa, yang lulus SPM, yang menjadi mekanik, yang menjadi pemungut hutang, yang bekerja sendiri membuka kedai kedai makan , yang pernah bekerja di bank bank dan macam macam lagi. Sebenarnya semua orang layak, cuma sebahagian saja yang boleh, yang boleh menjadi ejen ini mempunyai satu persamaan.

Walaupun kami berbeza latar belakang, kami mempunyai satu persamaan.

Kami mempunyai cita cita dan impian yang besar

yang kerjaya lama kami tak mampu untuk sediakan. Kami sanggup bersusah susah dulu untuk jangkamasa pendek ( 3 ke 6 tahun ) sebelum menikmati hasil yang berbaloi selepas itu, kerana kami percaya yang

hardwork always pay-off later, laziness pay-off now

dan

Big dream needs big effort

dan

Doing the same thing and hoping to get different result is INSANITY

Jika anda mempunyai persamaan dengan kami, anda boleh tinggalkan nama, emel dan comment anda di ruang di bawah, mungkin anda juga boleh menjadi sebahagian dari keluarga besar kami, keluarga ejen insurans. Kita boleh berjumpa dan berbincang untuk mengetahui samada anda boleh atau tidak menjadi ejen insurans walaupun anda sebenarnya layak.

2016 photo.001

Peserta yang ke 17,  ke 27, ke 37, ke 47 dan yang ke 59, yang menghantar kesemua butiran di atas dengan lengkap sebelum 31hb Ogos pukul 3 petang akan menerima hadiah misteri daripada kami.

7 cara untuk berjaya sebagai ejen

Bila kita buat something, kita kena buat betul betul, baru boleh berjaya. Alhamdulillah, sepanjang bersama dengan Prudential sebagai agent dulu mahupun sebagai leader sekarang, saya begitu yakin 7 cara ini yang membantu saya berjaya samada sebagai “salesperson”, dulu , mahupun sebagai “recruiter” sekarang ni.

Yang pertama, tak penting secantik mana atau sebagus mana “presentation” anda, selagi prospek / customer tak percaya, memang chances untuk anda “close case” memang tak ada. Untuk ni, anda kena ambil masa “rapport” dengan prospect, kenali prospek. Tanya apa yang mereka nak, walaupun kadang kadang mereka sendiri tak tahu apa mereka nak, tak tau apa mereka nak soal kepada anda.. Cuba leads dan guide prospek untuk dapat tahu apa keperluan dan kehendak mereka.

It’s not what you say, it’s about what prospect believes

Yang kedua, jangan pergi jumpa prospek selagi anda tak tahu apa yang anda hendak “close case” dengan mereka, sama juga jangan buat phone call kepada mereka jika anda tak tau apa yang anda nak dari mereka. Sebelum jumpa dengan prospek , anda sepatutnya sudah bersedia, apa yang anda nak cerita / “present” dengan mereka, berapa nak “close case” dengan mereka, Apa “product” dan sebagainya. Anda kena “rehearse” dalam minda bagaimana anda “close case” dengan prospek anda.

Never go into sales call not knowing how you are going to close the sales

Yang ketiga, elak jadi “firefighting” semasa melakukan sales atau recruitment. Maksud “firefghting” ni, masa saya kerja di Panasonic dulu pun , selalu Factory Manager saya guna, jangan jadi “firefighting”, buat kerja sekadar ikut flow saja, ada api menyala padam, bukan nak cari jalan supaya tak ada api menyala atau tiada benda yang terbakar.

Maksud “firefighting” kat sini pula, ada prospek, call, then pi  jumpa, appointment, handle objection, close case, then cari prospek baru pulak untuk call. Anda patut ada sistem yang sistematik, yang boleh bagi anda prospek, walaupun semasa anda handle objection, walaupun semasa anda close case, maksudnya tak putus putus ada prospek untuk call, untuk jumpa, untuk close case

Dedicated time set aside daily or weekly to do prospecting

Yang keempat, percaya apa yang anda lakukan adalah yang terbaik dan dapat membantu ramai orang. Percaya bahawa insurans atau takaful boleh membantu anda. Ia bermula dengan polisi anda sendiri, kalau anda nak bercerita kenapa perlu buat #hibah anda sendiri perlu anda polisi #hibah, jika nak bercerita pasal polisi besar, anda sendiri kena ada polisi besar, kita akan lebih yakin kalau kita bercerita pengalaman kita sendiri.

Believe in yourself, confident and what you are doing is to help your prospect

Yang kelima, sentiasa “follow up”, self discipline  memang sangat penting. Ada ketika, waktu anda approach, masa tidak sesuai, jadi anda kena sentiasa ada masa untuk follow up dengan prospek anda. Buatkan satu sistem, bila, berapa lama sekali untuk follow up.

Show up and show up on time

Yang keenam, kena tahu apa kebolehan anda, berapa call anda buat untuk dapatkan satu satu appointment, berapa presentation anda kena buat untuk dapatkan satu satu “close case”. Untuk permulaan , boleh guna statistik yang “universal” pakai.

Know your numbers

Yang terakhir , yang ketujuh, sentiasa bersedia dengan jawapan. walaupun anda tak mungkin tahu semua jawapan kepada semua soalan, anda kena tahu cara untuk menjawab. Contoh , bila buat “phone call” untuk dapatkan appointment, dah sediakan jawapan untuk objection yang selalu prospek bagi.

Get ready for objection

Jangan lemah pada diri

Pada saat kita merasakan tiada masa, cuba renungkan cerita ini.

Cerita tentang seorang lelaki cina yang menjadi model pada umur 79 tahun, Beliau mengatakan apa yang ada pada beliau hari ini adalah usahanya selama 60 tahun dulu, beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada usia 24tahun.

Ketika berusia 44tahun, beliau mula belajar bahasa Inggeris, mula sukan olahraga pada usia 57 tahun, mula memasuki gym pada usia 70tahun, pada usia 79tahun mula ke pentas model, tahun ini beliau berusia 80 tahun. Pada usia 80 tahun ini beliau mengatakan masih ada yang nak di tuju.

Percaya yang potensi kita boleh di bangkitkan, pada saat kita merasakan sudah terlambat, berhati hatilah, mungkin itu hanyalah alasan untuk kita meyerah kalah, tidak ada orang lain yang boleh menghalang potensi sebenar kita kecuali diri kita sendiri.

2016 JR Seven New Life Chapter One.001

Percaya pada diri sendiri, jangan terlalu berlembut dengan diri sendiri. Keluar dan bangkitkan potensi sebenar kita.

Ini yang kami di JR Seven & Associates lakukan, kami bukan berputus asa, kami hanya menyusun untuk bermula semula sebagai Juara. Paksa diri untuk berubah menjadi yang terhebat. Buat rekod yang orang lain tak mampu lakukan.

Kejayaan bukan di tentukan daripada keturunan, tarikh lahir, umur, jantina tetapi oleh sikap , mental dan cara kita berfikir.

13151928_1239889006028969_7023088345221597523_n

 

Perkara penting yang patut seorang agent buat.

gali-kubur-300x216

Semua pekerjaan bermula dari bawah ke atas, bermula dari kecil ke besar, bermula dengan kosong. Hanya penggali kubur sahaja yang kerjanya bermula dari atas. pernah seorang prospek saya bertanya ketika saya nak mula present tentang kerjaya insurans kepada dia, ” kenapa tulis dari bawah?” terima kasih kepada Nali kerana tanya soalan ni, at least ada orang yang memerhati apa yang saya buat. Dan jawapan saya … kalau nak gali kubur , boleh la start dari atas….

Saya hanya “copy paste” ilmu ilmu presentation ni dari leader leader sebelum saya, terima kasih Kamarudin Najri @ bain , Mizi dan lain lain di atas perkongsian ilmu selama ni. Kerja agent ni senang, “copy paste” saja, cuma yang membezakan agent berjaya dengan tidak berjaya, samada dia buat “copy paste” secara konsisten atau tidak. Itu saja. Tiada rahsia dalam business ni. Tak percaya?

Dalam JR Seven & Associates, kami jga telah berjaya melahirkan ramai agent agent hebat, yang boleh buat 200K ke 300K level, agent agent ini juga bermula dari bawah, belajar untuk “copy dan paste” segala ilmu yang di ajar. Dan kami akan memulakan kelas “copy paste” pertama kami pada 24hb ogos ni , jam 8malam di ofis kami., siapa rasa nak kerja mudah, bolehlah datang dengar.

Nak dengar percuma ja, cuma kalau nak “paste” nanti ada sikit bayaran kena buat. apa apa pun anda boleh daftar dulu kat bawah ni.

Kerja agent ni berbaloi kalau…

Di awal penglibatan saya dalam bidang insurans ni, waktu saya mula approach kawan kawan saya ni untuk “ambil” insuras dengan saya, ada beberapa orang kawan kawan saya mengatakan

“hang gila ka berhenti kerja, jadi agent”

,siap dia sambung lagi ayat dia,

“dah elok elok jadi manager, pi berhenti buat apa?”

Saya dah maafkan dia, malah saya jadikan kata kata dia tu sebagai satu cabaran untuk saya berjaya dalam bidang ini, kerana saya tahu, saya tak gila. Malah saya tau, kerja agent ni pasti berbaloi.

Setahun kemudian, dia call saya, katanya nak dengar balik pasal insurans yang saya approach dulu, sampai sekarang dia jadi kawan dan antara client setia saya. Terima kasih cochrane. ( kawan satu sekolah mesti kenal ), nama sebenar dirahsiakan.

Kenapa saya kata kerja agent ni berbaloi?

IMG_8487
Agent weekly planning vs actual

Kalau tengok ni, warna hijau dan kuning sebagai masa yang di gunakan untuk bekerja, dan masa warna merah/pink masa diri sendiri. Rata rata agent yang dah lebih dari 6 tahun akan ada masa macam ni. Berapa jam bekerja? berapa harga sejam bekerja sebagai agent? Figure ni biar rahsia di sini, kalau bersungguh nak tau, kena isi form di bawah dan tekan SUBMIT lah ya…

Anda tak akan malu jadi agent jika…

Antara halangan besar yang selalu saya dapat ketika mengajak seseorang jadi agent:

  1. malulah jadi agent, kena jumpa dengan orang.

  2. Kalau nak jawab secara negatif, ni yang hang jumpa aku ni tak malu pulak? aku bukan orang ka? hang bagitau aku mana satu barang yang hang rasa hang boleh jual kat binatang, jual barang mesti kat orang bro… Tapi kalau cuba untuk jawab secara positif dan ayat membina, biasalah, mula mula memang malu, benda baru. Waktu kahwin nak tidur sebelah bini pun malu bro..ni lah yat paling positif yang aku cuba jawab.

Kali ni saya teringat satu post dalam Fb yang di tulis oleh salah sorang agent dari JR Seven & Associates, Sahimin Basyri, bagaimana dia nak hilangkan rasa malu.

Nak hilangkan rasa malu tak bertempat atau segan berjumpa orang ,saya amalkan beberapa perkara masa mula-mula jadi ejen.

+ selalu tegur orang dalam lif. Tak kisah bangsa apa. Nepal pun kita sembang.

+ tegur orang sebelah dekat hospital ke, klinik ke time tunggu giliran .

+ pegi masjid solat jemaah/jumaat sentiasa hulurkan tangan dengan orang sebelah.

+ join group sukan stranger. Futsal , bola, basketball etc. Kemudian start tegur, tegur sebab mintak pass bola. Lama-lama tak segan.

+ join group makanan, bisnes,komuniti , telefon orang buat bisnes makanan. order je apa-apa, popiah ke, ayam goreng, nasi kerabu . Dah deliver , ajak sembang. Lama-lama seronok. Dapat contact makanan sedap plak tu.

+ jual apa-apa barang yang tak diperlukan lagi (mainan anak, alat sukan, camera , kereta, rumah etc) dekat group,mudah dan sebagainya. Jumpa buyer, sembang lagi, lama-lama tak segan.

+ ringankan mulut ucap terima kasih kepada waiter antar air/makanan setiap masa.

+ call customer service , tanya je info apa-apa.

11539761_10205282798368204_8769251670688799045_n

Sebenarnya kalau anda tak akan malu jadi agent jika anda buat betul betul , bina empayar perniagaan yang sebesar besarnya dalam bidang ini.

Saya bangga untuk bagitau anda semua, saya adalah agent insurans dan takaful. Kerana dengan cara ini saya mendapat TIPS yang rata rata orang nak. TIPS saya adalah

T … time, I … Income, P … Position, S … Satisfaction.

Kalau dah dapat TIPS ni, dah tak malu dah… nak belajar cara dapatkan TIPS, isi form bawah ni dan tekan SUBMIT ya.

Insurans dan claim

Ibarat isi dan kuku, laut dan pantai, bulan dan bintang, macam itulah pertalian antara “claim” dan insurans.

Selalu saya katakan, daripada ayat senior senior saya yang dulu, beli insurans hari ini bukan untuk di gunakan pada hari ini, ianya kegunaan masa depan yang kita tak pasti.

Insurans ni barang pelik, beli pada waktu tak perlu, kalau dah perlu dah tak boleh beli.

Semua yang membeli insurans pada dasarnya, memang mengharapkan dapat “claim”, tak kira apa benefit yang dia ambil, dia memang mengharapkan untuk buat “claim”. Oleh kerana sebab ini, jadikan sebagai peringatan, beli insurans bukan kerana harga, belilah kerana reputasinya. Kenali agent anda, kenali insurans company anda, Jika company tu dah hampir seratus wujud, tak kan tak boleh percaya dengan “reliability” dia lagi. Prudential Assurance (M) Berhad dah wujud kat Malaysia sahaja semenjak tahun 1924.

Kenali agent anda, jika anda di datangi agent

A: agent sepenuh masa

B: agent separuh masa, mana satu pilihan anda. Kumpulan kami JR Seven & Associates penuh dengan agent sepenuh masa.

Jangan sembunyikan masalah kesihatan anda dari pengetahuan agent anda, pastikan segala masalah berkaitan kesihatan anda di “declare” oleh agent anda, semasa penghantaran borang permohonan, elakkan dari anda diberikan status “Non Disclosure”.

2016 photo.001

 

Peniaga yang berjaya lebih yakin dengan rezeki Allah swt

Nak kata semua, mungkin satu pembohongan, tetapi sepanjang saya berada di dalam bidang business ini, saya banyak melihat dan mendengar, kebanyakkan orang orang yang berjaya di dalam perniagaan lebih yakin bahawa rezeki memang dari Allah swt.

Bila kita berniaga, yang saya tahu, berniaga insurans dan takaful, kita hanya boleh buat apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang peniaga atau sebagai agent, berjumpa dengan orang baru atau kenalan baru, ambil tahu cerita kenalan baru kita sambil bercerita tentang kepentingan insurans dan takaful, itu sahaja yang mampu kita lakukan dengan sehabis baik, selebihnya, samada kenalan baru itu nak terima atau tidak adalah dengan kuasa Allah swt. Dia sahaja yang boleh gerakkan hati kenalan baru kita untuk menerima atau menolak.

Jika anda menjadi agent bersama sama kami, kita akan sama sama belajar untuk lebih yakin dengan rezeki Allah swt.

Memberi untuk menerima

Walau sehebat mana kita sekalipun, ada masanya kita akan merasa “down”. Itu adalah perkara normal, tiada yang pelik. tapi untuk berjaya kita kena cari jalan untuk kembali lebih bertenaga. di dalam kumpulan kami, JR Seven Group, kami insyaallah akan sentiasa berISTIQAMAH berpegang kepada Golden Rules yang menjadi amalan kami “Encourage & willing to help new agents to get started in this business” – Khalifah Group Golden Rules. Benda baik kena teruskan.

Untitled 2.001

Santai santai training pun kadang kadang bagus juga, kalau kita tahu limitnya. terima kasih Aspiring Unit Manager Syahnon dan Korea Annyonghaseyo Qualifier Shahfri MT tolong bagi “energy”, tip tips sharing kepada New Iron Lady JR Seven Azian Neutron

The more you give the more you get

Melainkan anda membeli dengan tunai, anda tak perlu membaca isi kandungannya.

Rata rata kita yang bekerjaya, akan cuba untuk memiliki asset, sebagai contoh, sebuah rumah. Ada beberapa cara yang anda sebagai agent boleh gunakan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya insurans dan takaful dalam dunia hari ini, seperti yang di “share” kan oleh Dr Rizal Naidu.

Agent : adakah anda memiliki rumah?

Prospek : Ya

Agent : Di mana geran rumah tu?

Prospek : Bank

Agent : Siapakah yang boleh menuntut hak milik rumah tersebut, andaikata anda atau keluarga tidak mampu menjelaskan semua pinjaman anda?

Prospek : Bank

Agent : Tuan , ada kereta?

Prospek : Ada, baru beli.

Agent : Mana geran kereta tu?, sama juga, andaikata anda atau keluarga tidak mampu menjelaskan semua pinjaman anda, siapakah yang boleh menuntut hak milik kereta tersebut?

Prospek : Bank

Agent : ada tak, harta yang hak miliknya boleh di tuntut oleh isteri atau anak anak tuan?

Prospek : Tak da

Agent : Jika saya boleh tunjuk cara , satu pelan yang mungkin bayaran ansurannya lebih rendah dari ansuran rumah atau ansuran kereta yang anda bayar sekarang, dan paling penting pemiliknya adalah isteri anda, tuan minat tak? Mungkin kereta tuan, bayaran ansurannya RM1500 sebulan, tapi pemilik sebenar selagi belum semua pinjaman di jelaskan adalah bank, tapi kali ni, dengan bayaran sumbangan serendah RM200 ke RM400 sebulan, tuan akan di beri satu “geran” ( iaitu polisi ) dan paling penting pemiliknya adalah isteri atau anak anak tuan? dan tuan boleh simpan “geran” tu.

Ini baru harta tuan yang sebenarnya. Apa pandangan tuan tentang geran ni?

Rata rata orang akan bersetuju dengan kebaikkan “geran” ni. Anda?geran.001