“family” bukan hanya berkaitan pertalian “darah” semata mata…

Ramai orang mengetahui kata kata ini,

9 dari 10 punca rezeki datangnya dari berniaga.

Ramai orang yang sedang mencuba, pernah mencuba, serik mencuba dan mungkin juga memang tak mahu mencuba, walaupun mengetahui tentang kata kata tadi dan kebenarannya.

Bila kita bincangkan tentang perniagaan, sudah tentu ianya akan melibatkan produk dan perkhidmatan, dan yang paling tidak boleh lari adalah urusan “jual dan beli” atau “terima atau tidak”. Rata rata orang yang mula berniaga akan mula berurusan dengan orang orang di sekelilingnya yang paling rapat dahulu, ini adalah perkara normal, dan mengharapkan orang orang di sekelilingnya akan membantunya memulakan perniagaannya.

Samada betul atau tidak, hanya kita sendiri sahaja yang tahu, apabila anda menjual kepada   kawan rapat atau kepada keluarga anda, tidak kisah berapa, dan apa yang ada jualkan, mereka selalu akan terfikir “berapa banyak keuntungan hasil jualan anda kepada mereka yang masuk ke dalam poket anda?” , tidak kira berapa murah anda menjual kepada mereka, mereka masih belum boleh dapat menghargainya.

Sentiasa akan ada golongan yang tidak kisah tentang masa, kos dan usaha anda, mereka lebih “rela” membiarkan orang lain “mengambil keuntungan” atas mereka daripada membiarkan anda (samada sebagai kawan rapat atau ahli keluarga mereka) mengambil keuntungan daripada mereka, di sebabkan di dalam hati dan fikiran mereka akan sentiasa ada

“berapa banyak keuntungan yang dia dapat daripada belian aku tadi?”

,tidak pula golongan ini cuba untuk berfikir yang sebaliknya,

“berapa banyak telah anda bantu mereka berjimat?”

Ini adalah contoh klasik mentaliti “orang miskin”.

family.001Macamana orang kaya menjadi kaya? satu sebab utama adalah mereka sentiasa bersedia membantu perniagaan kawan rapat dan keluarga mereka, menjaga satu sama lain, kerana mereka sentiasa percaya

“Lagi banyak mereka memberi, lagi banyak mereka akan dapat – Apa yang mereka beri , itulah yang akan mereka dapat”

jikalau mereka selalu memberi bantuan kepada perniagaan kawan rapat ataupun ahli keluarga mereka, suatu hari, di saat mereka memrlukan pertolongan, mereka juga akan mendapat bantuan itu.

Anda akan mula menjadi kaya, apabila anda mula memahami kata kata ini.

** Sebagai agent baru yang mula berjinak jinak dengan perniagaan ini, adakalanya anda akan berdepan situasi begini, lapangkan dada anda, fahami betul betul entri di atas, ianya adalah normal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s