2016 tahun yang sangat laju, 2 hari lagi untuk kita berada di dalam QUARTER PERTAMA tahun 2016, dalam apa juga bidang kerjaya anda, saya percaya anda mempunyai SOP yang sama dengan saya, di awal tahun, anda merangka dan membuat perancangan untuk anda mencapai target anda untuk sepanjang tahun 2016 ini.
Kini masa terbaik untuk anda, menilai sejauh mana pencapaian anda terhadap perancangan yang anda lakukan. ( Kenyataan ini adalah untuk saya juga ). Sepatutnya pencapaian anda mestilah satu per empat daripada target yang telah anda sasarkan, di sebabkan masa yang 1/4 daripada keseluruhan masa di tahun 2016 sudah berlalu.
Di mana pencapaian anda? saya pasti hampir keseluruhan daripada anda termasuk juga diri saya, pencapaian yang kita perolehi tidak menepati langsung dengan sasaran yang kita harapkan. Kalau kita mencari alasan di atas kegagalan , terlalu banyak alasan yang kita boleh keluarkan. Mungkin 10, mungkin 20 dan mungkin 30 alasan kita dapat keluarkan?
Keluarkan sebanyak mungkin alasan di atas kegagalan anda mencapai seperti yang anda sasarkan, dan MAAFkan kesilapan anda. Orang yang bijak dan bertanggungjawab tidak akan melakukan kesilapan untuk kali kedua, dan meminta maaf untuk kesilapan yang sama. Pastikan selepas detik ini, tiada lagi kesilapan yang sama yang akan anda lakukan demi untuk mencapai sasaran anda.
Maafkan kesilapan anda yang lalu memang tidak akan mengubah apa apa keputusan pencapaian anda hari ini, tetapi ianya akan memudahkan anda membuat tindakan di masa sekarang dan masa depan.
Memaafkan tidak mengubah apa yang berlaku di masa lalu, tetapi ianya memudahkan di masa depan.