Sentiasa fokus kepada “Big Picture”

Hidup penuh dengan cabaran, setiap cabaran yang kita tempuhi adalah untuk menjadikan kita lebih berdaya saing.

we don’t grow when things are easy, we grow when we face challenges.

Sebagai seorang agent insurance ada masanya kita menghadapi masa masa yang tiada satu pun “sales” yang dapat kita “closed” kan. Kita tidak mendapat “new business” dalam bahasa yang selalu kami tuturkan. Saya juga menghadapi masa masa yang serupa semasa “zaman” sebagai agent dulu.

Hidup umpama roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.

Semasa kita berada di atas, ingat kawan kawan yang berada di bawah, pada masa ini, dalam konteks kejayaan, kita kena kekalkan selama mungkin untuk kita berada di atas, jika kita berada di bawah, ambil tindakan SEGERA untuk pastikan masa di bawah kita tidak lama, cuba bangkit secepat mungkin dan kembali ke atas.

Masa kita berada dibawah ini, adalah masa kita tidak mendapat “new business” dalam diari seorang agent insurance. Segala yang kita buat serba tak kena. Apa yang penting ketika ini adalah kita hendaklah sentiasa terus melakukan apa yang kita dapat “control” / kawal. Kena sentiasa yakin, yang ” Closed Sales” bukan kuasa kita yang tentukan, bukan di dalam “control” ataupun kawalan kita, ia adalah daripada keizinan yang Maha Kuasa.

Apa yang kita boleh kawal dan mesti terus lakukan adalah, mencari dan melakukan sesi perjumpaan dengan kenalan baru setiap hari, lakukan tugas kita sebagai agent insurance.

Tugas agent adalah, berjumpa dengan kenalan baru dan lama, “membuka mulut” mengenai insurance dan takaful. Dalam keadaan ini, adalah amat penting untuk kita nampak apa “BIG PICTURE” kita. Sentiasa fokus kepada “BIG PICTURE”, bukan kepada masalah masalah atau cabaran cabaran yang kita hadapi.

Berjumpa dengan mentor anda, beri kepercayaan kepada mentor anda untuk membantu anda, walaupun kadang kadang, apa yang akan di cakapkan oleh mentor anda, anda rasakan anda sudah mengetahuinya.

Terbang Tunduk – Fynn Jamal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s