VIP … Very Important Person.
Siapa mahu jadi VIP? rata rata mahu jadi VIP, sebenarnya jika di teliti, setiap kita adalah VIP, orang paling penting dalam keluarga kita.
Anda mungkin seorang ibu, atau seorang ayah, atau mungkin juga hanya seorang anak…apa pun title yang anda pegang, sebenarnya anda adalah VIP dalam keluarga anda.
Baru baru ini, saya menghantar anak saya ke MRSM, mengikuti pengajian di sana, di Kuala Kangsar. Ketiadaan seorang anak saya memang sangat di rasakan oleh saya dan keluarga. itu baru menghantar “seorang” anak ke MRSM, bagaimana jika satu keluarga itu menghantar ayah atau ibu ke satu tempat yang lain? satu tempat yang dia tak mungkin boleh kembali lagi.
Jika anda adalah ketua keluarga di dalam keluarga anda, anda merupakan orang yang penting dalam keluarga itu, anda seorang VIP. Tanpa anda akan “cacatlah” keluarga itu. jika sebelum ini, anda mempunyai rutin keluar pergi dan balik ke tempat kerja, dan apabila cukup masanya, anda di berikan imbuhan/gaji, dengan gaji tersebut anda menyara keluarga , memberikan yang terbaik kepada keluarga anda, cuba bayangkan kali ini anda ke tempat kerja, dan tak kembali lagi? Dimana keluarga anda akan bergantung harap? di mana keluarga anda akan mendapatkan wang…betul wang bukan segala galanya, tapi pada dunia hari ini..
Duit bukan segala galanya, tetapi segala galanya memerlukan duit.
Jika anda mahu jadi VIP, jadilah VIP yang bijak. VIP yang bijak membuat persediaan untuk waktu terburuk jika berlaku.