Boss anda tak bagi jawapan untuk soalan berikut.

# Adakah anda berpuashati dengan kerjaya anda sekarang?

# Adakah anda bekerja kuat untuk mendapatkan pendapatan bulanan anda, dan kehilangan “life balance”, terutamanya masa bersama keluarga dan orang yang sayangi?

# Adakah anda rasa tertekan setiap kali bangun, memikirkan anda terpaksa pergi ke tempat kerja anda?

# Adakah anda berpuas hati dengan pendapatan anda? Apakah pendapatan SEBENAR yang anda inginkan?

# Adakah yang menghalang anda daripada meletak jawatan di tempat kerja  anda sekarang, adakah berkaitan dengan benefit yang anda terima?

# Adakah pendapatan anda sekarang penting atau sangat penting?

ADAKAH ANDA BERHARAP MEMPUNYAI CARA LAIN UNTUK MENDAPATKAN PENDAPATAN ANDA?

Sebenarnya ada cara lain untuk mendapatkan pendapatan anda. Mungkin anda “berasa” anda pernah mendengar, tapi tak pernah mencuba, mungkin juga anda “berasa” anda tahu, kerana pernah melihat, mungkin juga anda “berasa” anda tak yakin disebabkan kawan anda pernah mencuba dan gagal.

Kami mempunyai “real proven system” untuk berjaya. Boleh rujuk https://jr7groups.com/category/agent-bank-profile/

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Jika anda merasakan “tak ada yang datang dengan MUDAH”, Ya anda betul. Sangat betul. Anda perlu berusaha, tapi saya janjikan dengan system yang kami ada, anda boleh berjaya.

Cukuplah berangan untuk mendapatkan #lifebalance , #betterlife . Ambil TINDAKAN sekarang.

Wishing a different result by doing the same thing over and over again is INSANITY – Albert Einstein

The worst people to serve are the poor people – Jack Ma, Founder of  Ali Baba

Advertisements

Memaafkan tidak akan mengubah masa lalu, tetapi akan memudahkan masa depan

2016 tahun yang sangat laju, 2 hari lagi untuk kita berada di dalam QUARTER PERTAMA tahun 2016, dalam apa juga bidang kerjaya anda, saya percaya anda mempunyai SOP yang sama dengan saya, di awal tahun, anda merangka dan membuat perancangan untuk anda mencapai target anda untuk sepanjang tahun 2016 ini.

Kini masa terbaik untuk anda, menilai sejauh mana pencapaian anda terhadap perancangan yang anda lakukan. ( Kenyataan ini adalah untuk saya juga ). Sepatutnya pencapaian anda mestilah satu per empat daripada target yang telah anda sasarkan, di sebabkan masa yang 1/4 daripada keseluruhan masa di tahun 2016 sudah berlalu.

Di mana pencapaian anda? saya pasti hampir keseluruhan daripada anda termasuk juga diri saya, pencapaian yang kita perolehi tidak menepati langsung dengan sasaran yang kita harapkan. Kalau kita mencari alasan di atas kegagalan , terlalu banyak alasan yang kita boleh keluarkan. Mungkin 10, mungkin 20 dan mungkin 30 alasan kita dapat keluarkan?

Keluarkan sebanyak mungkin alasan di atas kegagalan anda mencapai seperti yang anda sasarkan, dan MAAFkan kesilapan anda. Orang yang bijak dan bertanggungjawab tidak akan melakukan kesilapan untuk kali kedua, dan meminta maaf untuk kesilapan yang sama. Pastikan selepas  detik ini, tiada lagi kesilapan yang sama yang akan anda lakukan demi untuk mencapai sasaran anda.

Maafkan kesilapan anda yang lalu memang tidak akan mengubah apa apa keputusan pencapaian anda hari ini, tetapi ianya akan memudahkan anda membuat tindakan di masa sekarang dan masa depan.

Memaafkan tidak mengubah apa yang berlaku di masa lalu, tetapi ianya memudahkan di masa depan.

Sentiasa fokus kepada “Big Picture”

Hidup penuh dengan cabaran, setiap cabaran yang kita tempuhi adalah untuk menjadikan kita lebih berdaya saing.

we don’t grow when things are easy, we grow when we face challenges.

Sebagai seorang agent insurance ada masanya kita menghadapi masa masa yang tiada satu pun “sales” yang dapat kita “closed” kan. Kita tidak mendapat “new business” dalam bahasa yang selalu kami tuturkan. Saya juga menghadapi masa masa yang serupa semasa “zaman” sebagai agent dulu.

Hidup umpama roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.

Semasa kita berada di atas, ingat kawan kawan yang berada di bawah, pada masa ini, dalam konteks kejayaan, kita kena kekalkan selama mungkin untuk kita berada di atas, jika kita berada di bawah, ambil tindakan SEGERA untuk pastikan masa di bawah kita tidak lama, cuba bangkit secepat mungkin dan kembali ke atas.

Masa kita berada dibawah ini, adalah masa kita tidak mendapat “new business” dalam diari seorang agent insurance. Segala yang kita buat serba tak kena. Apa yang penting ketika ini adalah kita hendaklah sentiasa terus melakukan apa yang kita dapat “control” / kawal. Kena sentiasa yakin, yang ” Closed Sales” bukan kuasa kita yang tentukan, bukan di dalam “control” ataupun kawalan kita, ia adalah daripada keizinan yang Maha Kuasa.

Apa yang kita boleh kawal dan mesti terus lakukan adalah, mencari dan melakukan sesi perjumpaan dengan kenalan baru setiap hari, lakukan tugas kita sebagai agent insurance.

Tugas agent adalah, berjumpa dengan kenalan baru dan lama, “membuka mulut” mengenai insurance dan takaful. Dalam keadaan ini, adalah amat penting untuk kita nampak apa “BIG PICTURE” kita. Sentiasa fokus kepada “BIG PICTURE”, bukan kepada masalah masalah atau cabaran cabaran yang kita hadapi.

Berjumpa dengan mentor anda, beri kepercayaan kepada mentor anda untuk membantu anda, walaupun kadang kadang, apa yang akan di cakapkan oleh mentor anda, anda rasakan anda sudah mengetahuinya.

Terbang Tunduk – Fynn Jamal

Anda adalah VIP.

VIP … Very Important Person.

Siapa mahu jadi VIP? rata rata mahu jadi VIP, sebenarnya jika di teliti, setiap kita adalah VIP, orang paling penting dalam keluarga kita.

Anda mungkin seorang ibu, atau seorang ayah, atau mungkin juga hanya seorang anak…apa pun title yang anda pegang, sebenarnya anda adalah VIP dalam keluarga anda.

Baru baru ini, saya menghantar anak saya ke MRSM, mengikuti pengajian di sana, di Kuala Kangsar. Ketiadaan seorang anak saya memang sangat di rasakan oleh saya dan keluarga. itu baru menghantar “seorang” anak ke MRSM, bagaimana jika satu keluarga itu menghantar ayah atau ibu ke satu tempat yang lain? satu tempat yang dia tak mungkin boleh kembali lagi.

Jika anda adalah ketua keluarga di dalam keluarga anda, anda merupakan orang yang penting dalam keluarga itu, anda seorang VIP. Tanpa anda akan “cacatlah” keluarga itu. jika sebelum ini, anda mempunyai rutin keluar pergi dan balik ke tempat kerja, dan apabila cukup masanya, anda di berikan imbuhan/gaji, dengan gaji tersebut anda menyara keluarga , memberikan yang terbaik kepada keluarga anda, cuba bayangkan kali ini anda ke tempat kerja, dan tak kembali lagi? Dimana keluarga anda akan bergantung harap? di mana keluarga anda akan mendapatkan wang…betul wang bukan segala galanya, tapi pada dunia hari ini..

Duit bukan segala galanya, tetapi segala galanya memerlukan duit.

Jika anda mahu jadi VIP, jadilah VIP yang bijak. VIP yang bijak membuat persediaan untuk waktu terburuk jika berlaku.

 

Ayat Power Agent Kepada Prospek Pelanggan

Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang alang jadi agent insurance biar sampai jadi MDRT

Alang alang dah masuk business insurance, biar sampai jadi jadi legend

Nak jadi Agent Power, kena berani cakap terus terang, kadang kadang prospek kita tak berapa faham “ayat berlapik” ni, kena ” straight to the point”.  Jadi antara ayat ayat power yang boleh anda guna adalah :

  1. Jika gaji bulan lepas adalah nafkah terakhir yang akan anda berikan kepada anak bini anda, berapakah jumlahnya?
  2. Jika anda ke pejabat anda semalam dan anda tidak pulang lagi ke pangkuan anak bini anda, dengan kata lain, anda meninggal semalam, adakah anda mahu tinggalkan duit atau hanya photo album?
  3. Dalam kehidupan kita, bila kita semua meninggal suatu hari nanti, kita akan diingati dengan 2 perkara, satunya, apa perkara paling baik kita pernah lakukan atau yang keduanya, apa perkara yang kita gagal?
  4. Pernah anda terfikir, 5 tahun selepas kematian mengejut anda, apa yang akan keluarga anda akan katakan / sembangkan tentang diri anda?
  5. Jika anda terlupa bernafas semalam, adakah pendapatan bulanan anda akan berterusan?
  6. Apa kegunaan ATM ( Autoteller Machine )? Siapa ATM ( Autoteller Machine ) keluarga anda?
  7. Dalam kehidupan kita, penyakit dan kemalangan adalah seperti “iceberg”, kematian dan menjadi tua adalah seperti “iceberg” yang anda tak boleh elak, bolehkah anda nafikan ianya tak akan berlaku kepada anda?

Saya memahami perasaan anda, hampir semua pelanggan saya mempunyai perasaan yang serupa dengan anda, sehingga mereka berjumpa dengan saya….

We are your best agent.

Korban Untuk Kejayaan ( K.U.K )

Nak kan sesuatu, kita perlu berkorban… pernah dengar kata kata ni?? sudah tentu ramai yang dah dengar, tapi kalau ramai yang pernah mendengar dan tahu, kata kata ini, kenapa ramai yang belum berjaya? kenapa ramai yang tidak berjaya?

Di dalam entrepreneur program Khalifah Group, kami sentiasa di tekankan dengan “Success have prices – Kejayaan ada harganya”, persoalannya berapa harga yang kita sanggup bayar untuk kejayaan kita? inilah yang dikatakan, pengorbanan yang perlu kita lakukan.

Sacrifice means spending less time on entertainment and more time on improving your life and family

Pengorbanan untuk kejayaan , mungkin dari :

Masa, kita perlu berkorban masa. di waktu waktu awal penglibatan saya di dalam entrepreneur program ni, banyak sangat masa yang saya korbankan, Hampir keseluruhan masa yang saya ada, saya peruntukkan untuk mencari jualan yang baru, melakukan perkhidmatan kepada pelanggan, mesyuarat dengan leader leader, mencari dan menambah bilangan prospek untuk dihubungi, belajar dan berlatih skill skil baru, yang saya boleh katakan, hampir keseluruhan masa yang saya ada pawa ketika itu, saya terpaksa gunakan untuk urusan menguatkan business saya. Ad setengah leader yang berjaya pernah berkata, untuk success dalam business ini, anda umpama “berkahwin” dengan business ni.

Melabur, banyak juga wang ringgit yang perlu di laburkan, mungkin pelaburan dalam bentuk mendapatkan ilmu, menghadiri seminar ( selain masa yang diperlukan, ada juga seminar yang perlukan bayaran ), mungkin wang ringgit di gunakan untuk “service” pelanggan, wang ringgit juga perlu di korbankan untuk kos kos “travel outstation”.

The first business asset you should invest in is yourself – Orrin Wordward

Pengorbanan perasaan, ini antara pengorbanan yang pada mulanya sukar sangat untuk saya lakukan, saya korbankan perasaan takut kehilangan kawan, perasaan risau kawan mengatakan saya akan mempergunakan mereka, perasaan malu nak merendahkan diri, seolah olah saya meminta minta, perasaan takut orang tak layan, perasaan takut kena “reject” atau takut gagal dan segala macam perasaan yang hanya saya yang “membuat andaian” yang belum tentu orang atau kawan yang saya “approach” akan lakukan.

what people say is not important, what we think about what people say is much important

Jika kita dah sayang dengan apa yang kita lakukan, pastinya kita akan berkorban untuknya.

Love is not possible without sacrifice and sacrifice is not possible without love