Kenapa LOTUS EVORA 400 tiada iklan dalam tv?

Lotus EVORA 400 model terbaru daripada Lotus. Baru baru berpeluang menghadiri majlis pelancaran dan “test drive” kereta power ni? memang hebat.

Walaupun kereta ni kereta sport mewah, tapi tak ada nampak langsung iklannya dalam tv? Dulu saya pernah dengar ada satu pepatah orang kaya, kalau anda bercita cita nak beli Lamborghini , Ferrari ataupun Lotus EVORA ni, jangan nantikan iklannya dalam tv, kerana syarikat syarikat ni tidak akan membazir duit iklan depa buat iklan dalam tv.

Syarikat syarikat ini tahu, orang yang tengok tv sebenarnya tidak akan beli kereta ni. Jadi kalau anda bercita cita nak memiliki kereta kereta mewah ini, berhenti buang masa anda menonton tv! Tak perlu AS*RO . Selagi anda terus membuang masa menonton tv, peluang untuk memiliki kereta kereta mewah ini semakin tipis atau tiada langsung. Kereta mewah memang tiada iklan di tv. Kalau anda memasang impian untuk memilikinya, anda perlu lakukan perubahan.

Buat benda/ perkara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza, itu dipanggil kerja gila.

Semenjak saya bertukar kerjaya dan memulakan business sendiri, saya kurangkan masa menonton tv, buang AS*RO, dan alhamdulillah saya juga memiliki kereta dari syarikat yang tidak buat iklan dalam tv. Ramai di kalangan kami di Khalifah Group ataupun di JR Seven & Associates memiliki kereta yang tiada iklan di tv.

 

Advertisements

Kuasa Impian Kuasa Tindakan

Tak lewat untuk bercakap berkenaan dengan azam, cita cita, impian dan matlamat. Bila bercakap berkenaan azam , kita tak boleh lari dari bercerita berkenaan menetapkan sasaran dan matlamat, dan rata rata dari kita memang telah pernah mendengar betapa pentingnya menetapkan sasaran dan matlamat untuk mencapai apa yang kita cita citakan dan kita impikan samada melalui radio, seminar, buku buku ataupun melalui percakapan kawan kawan.

Ada yang bila di tanya, apa cita cita di tahun baru, akan berkata, saya nak menjadi orang yang berjaya, ada juga yang berkata saya nak capai cita cita tahun lepas yang belum tercapai. Tak salah bercita cita macam tu, tetapi kebanyakan yang bercita cita demikian tidak akan berjaya! terukkan kenyataan saya ni?

Alhamdulillah baru baru ni, kami berjaya sebagai satu kumpulan mengadakan sesi menetapkan matlamat kami untuk tahun 2016 ini, kami di ajar impian mesti S.M.A.R.T dan kita perlu guna teknik 4P < Positif . Perinci . Penting . Peristiwa > dengan mengambil kira 4K4L ( AKAL ) dalam menetapkan matlamat kita.

Sapa nak belajar cara untuk mencapai cita cita dengan betul, boleh join kami.

JR Seven & Associates mensasarkan jualan tahunan sebanyak 4Million TPC pada 24hb Disember 2016.

if you can DREAM it, you can do it – Walt Disney

.

Hormati setiap impian yang anda miliki, kerana dari impian itu semangat akan terbentuk untuk menjadikan impian menjadi kenyataan

 

Unlearn & Relearn

IMG_4487 (1)IMG_4489Belajarlah sehingga ke negeri China.. Saya teringat suatu quote yang di keluarkan oleh seorang yang hebat, seorang pengasas @ ceo @ managing director @ owner iaitu KONOTSUKE MATSUSHITA, orang yang menghasilkan suatu company yang di kenali bukan sahaja di negara kelahirannya, Jepun tetapi di seluruh dunia. Syarikat yang lebih dikenali dengan nama barunya PANASONIC, dulunya MATSUSHITA.

anda boleh belajar dari setiap benda yang ada di sekeliling anda – apa sahaja yang ada di sekeliling anda merupakan “sifu” anda – belajarlah darinya

Kekadang apa yang kita selalu dengar, kita rasakan kita telah mengetahuinya, tapi pada hakikatnya, kita hanya mengetahui secara luarannya sahaja, bukan kesemuanya, menyebabkan kita tidak mengambil peduli lagi tentang sesuatu perkara yang kita selalu dengar itu, ini kita panggil sebagai syndrom familiarity. Pernah dengar statement macam ni , ” nampak familiar, tapi kat mana ya???” ni kes yang sama dengan ilmu/ skill / knowledge / idea..

Apa yang kita perlu buat ialah, kita kena belajar untuk “UNLEARN” semua yang kita pernah belajar, dan kosongkan balik memori dalam kepala kita, analogy nya, kalau “suatu gelas dah penuh, dan kita tidak kosongkan ia, mana mungkin kita dapat isi air yang baru”

Dalam konteks belajar pun sama, apa yang kita rasa kita tahu, tak mungkin sama dengan apa yang rakan/ orang lain tahu, jadi belajar kosongkan minda, ” UNLEARN”, dan kemudian RELEARN dari orang lain pula, isikan tempat memori yang kosong itu dengan input input yang baru…ini kita panggil sebagai UNLERN then RELEARN.

nak berjaya kita kena banyak mendengar, daripada bercakap, sebab tu ada pepatah mengatakan, Allah jadikan kita dengan 2 telinga, dan satu mulut…banyak dengar daripada bercakap.

Alhamdulillah semakin ramai rakan niaga JR Seven & Associates yang di iktiraf sebagai trainer di dalam kumpulan besar kami, Khalifah Group. Tahniah Ammar dan Redzuan , kemunculan pertama, malam ini sebagai trainer baru. Share apa yang kita ada, semakin banyak kita share, semakin banyak yang kita dapat.

The more you give, the more you get.

What you give is what you get

Kami, rakan rakan di JR Seven & Associates memang komited untuk melahirkan lebih ramai orang yang berjaya melalui industri yang kami ceburi ini.

7 perkara orang kaya lakukan

Semalam kita bercerita mengenai kaya dan mengapa perlu menjadi kaya. jom periksa apa orang kaya lakukan untuk mereka menjadi kaya.

#1 Orang kaya langgar peraturan – peraturan di buat oleh manusia berdasarkan kesesuaian masa dan kehendak ketika peraturan itu dibuat. ada masanya peraturan / aturan cara yang di buat dulu tidak sesuai lagi pada masa kini. Orang kaya sentiasa mempunyai / mencari cara baru dalam melakukan sesuatu, orang kaya sentiasa kreatif / mencari jalan yang lebih kreatif untuk melakukan sesuatu. Ini di panggil

Continuous And Never ending Improvement Individual – CANii

#2 Orang kaya mencari persamaanorang kaya atau orang bersumber mengetahui yang mereka perlukan bantuan. Untuk mendapatkan bantuan, orang kaya juga mengetahui yang orang yang tidak kaya tidak dapat membantu mereka, jadi orang kaya sentiasa mencari persamaan untuk bersama dengan orang kaya yang lain untuk mendapatkan bantuan. Agak kucar kacir “statement” ini bukan? tapi saya rasakan anda boleh faham juga selepas anda membaca 7 kali.

looks for the common goods

#3 Orang kaya tidak meminta maaf terhadap perkara yang tidak patutorang kaya memang bersedia untuk melanggar peraturan, dan sudah menjadi biasa bagi orang kaya melanggar peraturan. Orang kaya hanya meminta maaf pada perkara yang betul betul salah, dan tidak akan meminta maaf atas kejayaan mereka.

Easier to ask for forgiveness than permission

#4 Orang kaya sentiasa terdesakOrang kaya sentiasa jadikan mereka berada di dalam keadaan terdesak, seumpama tiada lagi PLAN B, yang ada hanyalah satu PLAN sahaja iaitu PLAN A. Apa pun yang orang kaya buat, mereka akan memastikan PLAN A mereka berjalan seperti yang mereka rancang. Orang kaya akan buat PLAN A mereka sehingga berjaya.

RICH people burns their ship

#5 Orang kaya guna cara murah – Orang kaya sentiasa menerima dan menggunakan pengalaman orang lain untuk menjadikan mereka orang kaya. Mereka tahu pengalaman adalah mahal jika mereka merasainya sendiri. Pengalaman bagaimana orang lain mendapat dan menghadapi cabaran.

RICH people turn challenges into advantages

#6 Orang kaya bermain lebih dari 2 tanganOrang kaya sentiasa mempunyai peta lengkap ke destinasi yang mereka hendak pergi. Orang kaya akan mempunyai lebih dari dua plan untuk sampai ke destinasi yang mereka hendak pergi.

RICH people working on multiple plans

#7 Orang kaya selalu meminta – Ini tips paling senang untuk di lakukan, tetapi hanya orang kaya yang selalu melakukannya. Orang kaya akan “buka mulut” dan minta apa yang mereka perlukan. Dengan meminta tersebut, walaupun ada masanya mereka orang kaya tidak mendapat apa yang mereka kehendaki, tapi akan membuka peluang yang baru untuk mereka mendapat sesuatu yang lain.

if the road doesn’t take you exactly where you plan to, it can often lead to other great places

Saya adalah orang kaya.

Rakan Niaga JR Seven adalah orang kaya.

IMG_3771

 

Jika ada mesin masa…semuanya berkenaan dengan 7

Kaya adalah subjektif, mungkin kaya dengan pengaruh, kaya dengan kuasa, kaya dengan kesihatan, kaya dengan ilmu, kaya dengan pengalaman, kaya dengan kasih sayang dan mungkin juga kaya dengan wang ringgit.

7 nilai kekayaan ini adalah merupakan sumber sumber kekayaan bagi seseorang yang hendak menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain, semakin kaya dirinya , semakin dia mempunyai pilihan yang banyak untuk bermanfaat pada orang lain, semakin ramai beroleh manfaat daripadanya.

Siapa yang tak suka memberi manfaat kepada orang lain? persoalan yang teruk kan? tiada orang yang waras yang akan menjawab “Ya” untuk soalan tadi. Cuma apa yang kita lihat tak ramai dapat memberi manfaat kepada orang lain kerana diri sendiri tidak kaya.

Saya mempunyai jalan untuk kaya, dan saya mahu berkongsi ilmu untuk menjadi kaya ini dengan sesiapa yang berminat untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain dengan menjadi kaya,  mempunyai pendapatan yang tiada limitnya, melalui perniagaan di dalam bidang insurans dan takaful.

Kepada anda yang bekerja sekarang, bayangkan 5 ke 10 tahun akan datang, di mana anda akan berada, ramai yang mengetahui, tiada jalan lain untuk kita tahu kedudukan kita 5 ke 10 tahun akan datang dengan tepat, yang pertamanya :

kita tiada mesin masa untuk pergi ke masa depan untuk melihat kedudukan kita, tetapi kita punya “senior” , kita punya ” boss ” di tempat kerja kita, yang mungkin telah bekerja 5 tahun lebih awal dari kita, yang mungkin telah bekerja 10 tahun lebih awal daripada kita. Lihat pada mereka ini, inilah yang akan terjadi kepada kita 5 ke 10 tahun akan datang, jika kita suka dengan apa yang mereka alami, teruskan. jika tidak, inilah masanya untuk anda bertindak!

jangan bazirkan masa anda untuk merasai sendiri pengalaman tersebut, orang bijak belajar melalui pengalaman orang lain untuk dia memperbaiki cara dan mendapat hasil yang lebih baik.

Saya boleh mengajar anda dalam masa 7 tahun dari sekarang untuk anda mendapat pendapatan tahunan anda sekarang.IMG_4258

Untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain , anda perlu menjadi kaya, Kaya adalah SUMBER, orang yang kaya adalah orang yang berSUMBER.

Saya ada cara, anda buat pilihan.

Mencipta Rangkaian Perniagaan Besar

IMG_4336Semua mengetahui, peluang untuk mendapatkan segala yang kita impikan adalah melalui perniagaan, peluang mendapat pendapatan yang banyak ( melebihi RM500ribu setahun ), masa yang fleksibel, kepuasan ( tanpa rungutan dan umpatan kepada orang atasan ) bekerja.

Semua mengetahui, tetapi tidak semua yang dapat, bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana tidak buat. Tahu sahaj , tidak mencukupi, kita perlu tahu dan yang paling penting kita buat. Ada orang pernah berkongsi idea dengan saya, katanya : KNOWLEDGE is not enough, KNOWLEDGE + ACTion = POWER ”

Jadi , peluang ini akan hadir sekali lagi pada bulan ini, di bawakan khas oleh Khalifah Group bersempena dengan hari cuti tahun baru cina nanti, pada 6hb Feb 2016, bertempat di Prudential Training Academy, Ukay Perdana, jam 9.30 pagi sehingga 12tgh, rajinkan diri anda untuk mendengar intipati peluang ini, yang akan di sampaikan oleh seorang yang saya sangat hormati, En Zakaria Idris, Agency Manager yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun di dalam industri ini. Dengar bagaimana dia bermula dan membina rangkaian besar perniagaan beliau.

testimoninya pula daripada seorang yang bergelar pensyarah daripada Unisel, En Zaidi. Dengar dan lihat perkongsian beliau, bagaimana mengatasi halangan halangan di tahun awal penglibatan beliau.

IMG_4335

Saya melakukannya pada 23hb Januari yang lepas, mungkin 6hb Feb 2016 nanti adalah peluang untuk anda pula.

Pastikan :

  1. Tenangkan diri
  2. Beri peluang kepada diri
  3. Hadirkan diri untuk mendengar
  4. Jangan tolak mentah mentah
  5. Jangan terima bulat bulat
  6. Fikirkan samada ianya memberi manfaat kepada anda atau tidak
  7. Buat keputusan, ya atau tidak

 

Khalifah Group Annual Dinner & Award Night

30hb Januari 2016 bertempat di Armada Hotel Petaling Jaya, event tahunan anjuran Khalifah Group untuk meraikan semua “Achiever/ Qualifiers” sepanjang tahun 2015.

Bertemakan “Hitam dan Merah”, semua yang hadir seboleh mungkin menunjukkan “unity” dengan berpakaian serba merah dan hitam. Program yang bermula jam 8 malam ini, di mulakan dengan ucapan alu aluan daripada Khalifah Group founders, wakil wakil Prudential ( PAMB & PBTB ) serba sedikit sebelum makan malam bermula.

Sebaik semua selesai menjamu selera, masa yang dinantikan nantikan, majlis penyampaian dan pengiktirafan kepada semua pemenang di sepanjang tahun 2015. Bermula dengan :

  1. Prudential Wealth Planner award :
    1. Shaqeel Ishar
    2. Saiful Ammar
    3. Ihsansubhi
    4. Adib Yazid
    5. Mohamad Redzuan
    6. Muhammad Syahnon
    7. Mohamed Zaki
    8. Sahimin Basyri
  2. Executive Wealth Planner :
    1. Noor Junaidi
  3. Star Club Incentive Trip To London
    1. Noor Junaidi
    2. Ihsansubhi
    3. Muhammad Syahnon
    4. Mohamed Zaki

Alhamdulillah dengan usaha keras dan strategi tahun lepas yang menjadi, JR Seven & Associates menyenaraikan pemenang teramai di malam ini. Ini membuktikan Team Work and Fighting Spirit yang ada diantara kami membuahkan hasil.

Hasil team work ini menjadikan JR Seven & Associates unit pertama mendapatkan penganugerahan 2 Million Dollar Agency, ” Team work always win, but it begin with me “, semangat yang sentiasa ada pada setiap rakan niaga di dalam JR Seven & Associates.

Pada malam ini, kami menyaksikan seorang rakan niaga dari JR Seven & Associates, Ihsansubhi telah melangkah ke fasa kedua di dalam Program Triple Three ( 333 ) kami, di anugerahkan sebagai Unit Manager 1 mulai tahun 2016 ini. Tahniah dan semangat maju jaya kepada Ihsansubhi @ Baha.

Pada malam ini juga menyaksikan JR Seven & Associates merangkul gelaran untuk ke semua kategori :

  1. Top Recruiter Award
  2. Top Takaful Award
  3. Top Sales Award ( 2 MDA )

Alhamdulillah. Semua rakan niaga dari JR Seven adalah pemenangnya.

Program Triple Three kami, adalah untuk semua yang berminat untuk menjadi entrepreneurs seperti kami, kami mengajak anda untuk bersama memulakan program usahawan ini, tiada istilah lambat atau cepat anda bermula, samada seawal 20 tahun atau umur anda dah menjangkau 50 tahun, apa yang ada adalah ” hendak atau tidak “.

Jom jadi sebahagian daripada champion team bersama JR Seven & Associates.