Titik Mula Eng. ke Ent.- Versi 7.01

Latar Belakang Eng. ( Eng. merujuk kepada Engineer )

Nama yang diberi ialah Nor Hisyam Bin Abu Hasan. Selepas 4 tahun di Jepun dengan mendapat ijazah di Bidang Kejuruteraan Elektrikal & Eletronik, saya kembali ke Malaysia untuk memasuki alam pekerjaan sebagai seorang jurutera elektrikal. Dengan kelebihan bahasa Jepun yang saya kuasai, pengalaman pekerjaan saya di rasakan banyak membantu saya untuk mendaki apa yang dipanggil sebagai “corporate ladder“. Walaupun ramai rakan rakan saya suka dengan “lompat lompat kerja” , saya lebih suka fokus kepada satu tempat, mungkin juga saya jenis yang “loyal“, ataupun mungkin juga majikan saya memang pandai “mengikat” pekerjanya. Selama 10 tahun saya berkhidmat di syarikat tersebut, pada suatu hari, saya disuruh oleh isteri untuk mencari kerja lain, alasannya saya tiada kehidupan lain, selain kerja. Pagi seawal 7 pagi keluar ke tempat kerja, balik ke rumah paling cepat 8~9 malam, setiap hari selama bertahun tahun. Kadang kadang Sabtu / Ahad juga, saya merasakan saya perlu ke ofis / kilang. itu kehidupan saya suatu ketika dulu.

Bagaimana saya mengenali Prudential ?

Pada waktu itu juga kawan lama saya ketika belajar untuk ke Jepun dulu muncul ( rezeki Allah, jodoh pertemuan, ajal maut dari Allah ), datang berjumpa dengan saya untuk menyuruh saya mengambil satu plan perlindungan insurans dengan syarikat Prudential. Sekali pertemuan itu sahaja , di telah “closed deal” dengan saya, dengan bayaran RM350 sebulan kerana saya sedar akan kepentingan insurans ( tiada orang yang approach saya ). Itulah kali pertama, saya mengenali Prudential. Sebelum itu, pada tahun pertama saya bekerja, saya ada juga mengambil plan insuran dengan syarikat lain, tapi itu hanya bertahan setahun sahaja (dengan bayaran tahunan), mungkin kerana tiada “servicing” dari agent tersebut untuk “collection” tahun kedua.
Selepas pertemuan kali kedua dengan agent insurans saya (rakan lama saya tadi , En Fakhrul Anwar Abd Aziz), saya memberitahunya, yang saya akan berhenti kerja, tetapi belum tahu nak buat apa lagi selepas berhenti kerja (walaupun pada masa itu sebenarnya, memang saya AKAN mendapat kerja baru sebagai Jurutera Pengajar di sebuah universiti di Melaka). Jadi mungkin atas sebab dia juga hendak merekrut saya, dia mengajak saya untuk datang ke perjumpaan mingguan kumpulan insurans dia, ( dalam cerita saya lepas ini, pertemuan sebegini di panggil Synergy Meeting )

Bagaimana saya mengenali Khalifah Group & terlibat dengan kerjaya baru ?

Saya terima pelawaannya, dan menghadirkan diri, dan seterusnya saya mencuba untuk melakukan secara part time, sambil menunggu hari hari terakhir berkhidmat di syarikat Jepun sebelum ke Melaka memulakan tugas sebagai tenaga pengajar di sana. Walaupun saya melakukan secara part time, saya rasakan yang saya mampu melakukan tugas agent ini, apatah lagi bila saya mendapat tahu, yang menjadi agent ini bukan selama lamanya, jadi agent untuk 3 ke 4 tahun sahaja, kemudian kita boleh bina agensi (maksudnya kita sudah boleh menjadi ahli perniagaan), itulah apa yang di terapkan di dalam Khalifah Group. Itu yang saya pegang, kami namakan ini sebagai Formula Triple Three (333).

Kenapa saya memilih kerjaya ini ?

Formula triple Three ( 333 ) ini, adalah suatu perjalanan kerjaya saya sebagai agent insurans, maksudnya, saya akan bekerja sebagai agent insurans selama 3 tahun sahaja. Pada 3 tahun pertama ini , saya di mestikan bekerja bersungguh sungguh sebagai agent insurans, mencari orang untuk membeli insurans, mengumpul dan menguatkan “networking” saya. itu yang saya lakukan, mulai tahun 2009 sehingga ke 2012, saya mengumpul, membuat dan menguatkan “networking” saya. Pada tahun 2013, seperti yang di gariskan di dalam Formula Triple Three (333) , saya akhirnya melayakkan diri saya untuk di naikkan ke fasa kedua di dalam Formula Triple Three ( 333 ). Fasa kedua , di mana saya mula membangunkan agensi saya, “duplicate you in your agency – make your new agent same as you or better than you“, ini fasa kedua.
Insyaallah fasa kedua ini akan berakhir pada tahun 2016 ini dan saya akan melayakkan diri untuk ke fasa ketiga di dalam Formula Triple Three (333). Formula Triple Three (333) ini yang telah menarik minat saya untuk terlibat di dalam karier ini.
Dengan Formula Triple Three (333), saya akan mencapai apa yang kebanyakkan orang inginkan dari kerjaya mereka.
  1. MASA – masa yang fleksibel, memang saya akui, pada fasa pertama, kebanyakkan masa saya di peruntukkan untuk kerjaya saya. tiada istilah cuti bagi saya. Saya mesti menggunakan masa tiga tahun yang ada untuk mengumpul, membuat dan menguatkan “networking” saya. Pada waktu itu, alhamdulillah, walaupun terpaksa saya rasa, isteri saya berkorban menjaga perihal rumahtangga (anak , makan minum, semuanya di uruskan oleh isteri). Memang sebagai agent insurans, saya mempunyai masa yang fleksibel, tetapi bagi saya, walaupun fleksibel, keutamaan saya pada waktu itu adalah untuk karier saya. Saya berkorban masa, tenaga dan apa yang ada untuk kelangsungan ke fasa kedua. Di dalam fasa kedua, saya mula mendapat MASA ini menjadi betul betul fleksibel untuk saya, dan saya yakin di dalam fasa ketiga nanti, TIME freedom yang selalu orang perkatakan akan menjadi milik saya.
  2. INCOME – pendapatan yang sangat berbaloi dengan kerja keras saya. Dulu sewaktu bekerja , setiap tahun, saya sentiasa menunggu kenaikan gaji bulanan, kini kenaikkan tersebut saya boleh lakukan setiap bulan. Usaha kita menentukan kenaikan pendapatan kita. Menarik lagi, di dalam fasa kedua Formula Triple Three (333) ini, saya menumpukan untuk mendapatkan apa yang dulunya saya panggil sebagai “Annual Income” menjadi saya punya “Monthly Income“.
  3. KEDUDUKAN – Pengiktirafan, kerjaya yang menjanjikan “rewards” yang pelbagai. Bukan sahaja berbentuk wang ringgit, melalui kerjaya ini juga, saya mendapat peluang untuk melihat dunia luar – Oversea Holiday setiap tahun ( selepas ini di panggil Star Club Incentive Trip ), di hadiahkan gadget gadget yang paling terbaru di pasaran.
  4. KEPUASAN – Sememangnya pada waktu awal penglibatan saya, saya kurang merasa KEPUASAN ini, tetapi kini, setelah banyak tuntutan pelanggan yang saya dapat tunaikan, itu antara kepuasan yang saya boleh dapat. Selain itu, di dalam fasa kedua ini, KEPUASAN yang saya dapat ialah apabila melihat agent agent saya mencapai STAR CLUB, mendapat bonus dan yang paling terbaru, seorang agent saya (Ihsansubhi) akan memasuki fasa keduanya bermula tahun ini, beliau akan di “promote” menjadi Unit Manager pada tahun 2016 ini. Ini juga satu KEPUASAN bagi saya, melihat orang yang kita bawa masuk ke dalam kerjaya ini semakin berjaya.

Apakah Halangan & Cabaran Saya Di Dalam Dunia Insurans / Takaful Ini ( Kerjaya Ini ) ?

Saya akui, ianya tidak mudah tetapi ianya tidak mustahil. Tetapi selagi kita belum mencuba dan memberikan seratus peratus komitmen kita , kita tidak akan tahu keupayaan kita yang sebenarnya. Kalau dulu sewaktu bekerja saya boleh memberikan komitment yang tak berbelah bagi , antara yang “loyal” kepada syarikat, kenapa di dalam kerjaya ini saya tidak boleh memberikan komitmen yang serupa. Antara halangan yang saya hadapi adalah untuk konsisten. Kerjaya ini melibatkan hubungan dengan manusia, berkaitan “mood” atau perasan suka atau tidak seseorang terhadap kita. Di dalam saya mengharungi halangan ini, saya belajar sesuatu yang amat penting, “jika saya menjaga hubungan saya dengan PENCIPTA manusia, hubungan saya dengan manusia menjadi senang”. Percaya dengan semua rezeki datang daripadaNYA, saya buat apa yang sepatutnya, yang lain semua serahkan padaNYA. Buat bersungguh sunguh tanpa putus asa. sebagai manusia biasa, ada masa saya juga merasa “down”, pada waktu itu, mesti berhubung dengan “mentor” atau paling kurang “buddy” saya ( credit  kepada antara “buddy” yang saya selalu berhubung, En Hamizi Mohd Noor )  Setiap pakej KEJAYAAN mesti ada KESUSAHAN. Saya rela merasa susah pada waktu tenaga saya masih kuat itupun untuk 3 ke 4 tahun sahaja, dan merasa senang untuk selama lamanya, yang paling susah adalah dalam fasa pertama Formula Triple Three (333).

Apa Strategi Untuk Berjaya Di Dalam Kerjaya Ini ?

Tiada strategi rahsia yang saya gunakan, cuma setiap kali kita jatuh, cepat bangun. Yakin pada PENCIPTA manusia, banyakan berdoa kepadaNYA. Ikut apa yang “mentor’ buat, kerana kalau dia boleh buat kenapa tidak saya, selalu bagitau pada diri sendiri impian dan target kita.

Apakah Perubahan Hidup Saya ?

Perubahan pada diri saya terlalu banyak, kalau dulu saya seorang yang cepat marah, tetapi sekarang ini, alhamdulillah perangai buruk itu dapat saya kurangkan, inipun selepas di beritahu oleh isteri saya, katanya ” abang dulu, kalau macam ni dah marah dah ni, tapi sekarang ni tak pulak, apa yang apa belajar?” Saya pun tak perasan dengan perubahan ini, tapi mungkin juga , bila kita sentiasa melihat, kadang kadang memaksa diri untuk fokus kepada yang positif sahaja, mungkin inilah hasilnya. Antara perubahan lain ialah saya berani untuk mempunyai cita cita yang tinggi, kerana sehingga ke hari ini, alhamdulillah, satu persatu impian dan cita cita saya mula menjadi kenyataan.
Saya juga mempunyai masa untuk balik ke kampung melawat emak dan ayah paling kurang sebulan sekali. Kalau dulu, mungkin masa boleh di cari, tapi untuk pulang ke kampung, dari Shah Alam ke Alor Setar bukan hanya masa di perlukan, duit juga perlu. Alhamdulillah makin senang untuk melawat emak dan ayah.

Apakah Pencapaian Saya Di Sepanjang Karier Ini ?

2009 :
1. Prudential Wealth Planner
2. Rookie Taiwan Star Club
2010 :
1. Prudential Wealth Planner
2011 :
1. Prudential Wealth Planner
2. San Francisco Star Club
2012 :
1. Prudential Wealth Planner
2. Munich Star Club
2013 :
1. Promoted to Unit Manager
2. Menubuhkan JR Seven & Associates
3. 1st Runner Up Unit Manager In Khalifah Group
2014 :
1. Promoted to Unit Manager 2
2. 4 dari 13 agent dari JR Seven & Associates mendapat Los Angeles Star Club.
3. One Million Dollar Agency
4. Los Angeles & San Diego Star Club
5. Top Unit Manager In Khalifah Group
2015 :
1. 4 dari 13 agent dari JR Seven & Associates mendapat London Star Club.
2. QL Challenge – Dubai Trip
3. Osaka – Tokyo Trip
4. Two Million Dollar Agency
5. London & Edinburgh Star Club
6. Beijing Trip
7. Top Unit Manager In Khalifah Group

Impian dan Perancangan Selepas Ini 

Tahun 2016, saya mendapat hasil jualan peribadi saya berjumlah 150 ribu dan hasil jualan JR Seven & Associates berjumlah RM4 Juta. 7 orang daripada 35 orang agent dari JR Seven & Associates mendapat pengiktirafan sebagai Executive Wealth Planner.
Tahun 2017, menyaksikan saya memasuki fasa ketiga Formula triple Three (333). Mendapat 6 digit pendapatan bulanan secara konsisten. Mempunyai 7 orang Unit Manager atau Aspiring Unit Manager di dalam JR7 Groups dan mempunyai 13 orang direct agent yang sangat berkualiti. Mendapat hasil jualan baru 7Juta.
Pada tahun 2020, jualan JR7 Groups melebihi 20 Juta.

Penyesalan Selama Ini

Ada mengatakan menyesal kerana bermula agak lambat, kenapa tidak bermula sebaik sahaja pulang dari Jepun? Sebenarnya saya tidak menyesal, kerana saya percaya perancangan Allah yang terbaik.
Penyesalan saya kerana perbuatan yang saya lakukan pada tahun lepas ialah tidak bekerja dengan bersungguh sungguh, masa yang di peruntuk untuk bekerja tidak di gunakan sepenuhnya. Pada tahun 2016 ini, saya memasang niat untuk menebus kembali kesalahan saya itu dengan berubah ke arah lebih baik, dan saya berpegang kepada “Let’s Result Talk”, saya akan merekrut 12 direct agent berkualiti yang baru, membuat jualan peribadi melebihi 150 ribu dan memastikan jualan JR7 & Associates Melebihi 4 juta pada atau sebelum November 2016.

Nasihat Saya , terutama kepada golongan muda.

Yang pertama ,plan perlindungan insurans / takaful sudah menjadi kewajipan kepada semua, mulakan langkah pertama, hubungi saya atau mana mana agent insurans sepenuh masa yang anda kenal, tanyakan plan perlindungan yang sesuai untuk anda. Kewajipan anda yang pertama untuk tidak menyusahkan diri anda ketika berlaku sesuatu musibah dan tidak menyusahkan ibu ayah anda yang sememangnya sudah anda susahkan waktu anda kecil dulu.
Yang kedua, ramai dari golongan muda mula mengimpikan untuk berniaga, cuba jangan pandang sebelah mata tentang potensi perniagaan melalui insurans/ takaful. Perniagaan yang tidak memerlukan modal wang ringgit yang besar, apa yang di perlukan adalah modal komitmen dan kesungguhan anda untuk berjaya. Dapatkan pejelasan mengenai Formula Triple Three (333) dengan cara menghubungi saya melaui 019.227.6610 atau lawati http://jr7groups.com
Yang ketiga, gunakan waktu muda anda untuk bekerja bersungguh, cari karier yang boleh menjadi sebagai alat untuk membawa anda kepada cita cita dan impian anda. Saya menulis melalui pengalaman saya bekerja selama 10tahun lebih,
jika kita mula bekerja, dan kita hendak tahu, apa akan jadi pada kita 5 atau 10 tahun akan datang, lihat pada Senior yang satu tempat kerja dengan kita, atau lihat Boss di tempat kerja kita
Apa yang mereka pakai?, apa yang mereka buat? kehidupan yang macammana yang mereka alami
jika itu yang anda mahukan, teruskan, jika tidak, cari alternatif lain.
cerita Eng. kepada Ent.
( * Eng. Engineer ; Ent. Entrepreneur )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s