Johan Setia & Korea – Usahawan Berjaya – Versi 7.05

Saya nama penuh, Mohd Adib Bin Mohd Yazid. Anak kelahiran Klang, Selangor. Pendidikan awal di sebuah tadika di Sri Muda Shah Alam. Kemudian bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Johan Setia. Melanjutkan pengajian sekolah menengah rendah di Sekolah Agama Menengah Hishamudin, Jalan Tepi Sungai, Klang. Mendapat tawaran memasuki MRSM pada tahun 2003 dalam aliran Perakaunan.

Tahun 2005 mendapat biasiswa JPA melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan pada September 2005 tapi sebelum itu membuat persediaan bahasa di International Education College, Shah Alam. Mempunyai sijil bahasa Korea (Level I hingga level terakhir; Level VI) – bercakap dan menulis dengan fasih dalam bahasa Korea.

Menyambung pendidikan diploma di Dongyang Technical College di Gecheok-Dong, Seoul dalam pengajian Diploma in Mechanical System. (Sekarang sudah bertukar nama ke Dongyang Mirae University) Setelah tamat pengajian selama dua tahun, mengambil keputusan untuk menyambung ke peringkat ijazah di University of Ulsan (perjalanan dari Seoul sejauh 5 jam) dalam bidang Mechanical & Automotive Engineering. Menghabiskan pelajaran pada bulan Februari 2011 dengan cemerlang, antara kumpulan pertama pelajar Malaysia bergraduasi dalam bidang Mechanical & Automotive Engineering.

Siapa Saya Dalam Dunia Insurans/Takaful di Malaysia Ini?

Saya adalah usahawan / ejen sepenuh masa, dan saya bersama Prudential. Saya memulakan kerjaya saya dalam bidang Insurans/Takaful ini sejak Oktober 2012 secara separuh masa hanya selama enam bulan sahaja. Melihat industri ini satu peluang yang hebat, saya berhenti dari jawatan Senior Engineer di kilang Jepun dan mengorak langkah ke hadapan, bersama kumpulan Khalifah Group (salah satu agensi di bawah Prudential).

Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar tentang teknik-teknik dan selok belok dari pelbagai sifu-sifu, mentor-mentor dan pelbagai seminar atau kelas mengenai insurans/takaful, saya dikurniakan pelbagai kejayaan dalam industri ini. Saya juga membantu ramai ejen-ejen baru mahupun lama melalui perkongsian idea-idea secara tidak langsung membantu mereka membina jualan yang lebih baik.

Saya juga dalam proses membantu sesiapa yang hendak mengubah nilai kehidupan ke arah yang lebih baik, dengan mengenalkan industri ini kepada mereka. Insha Allah. (Nota: Hanya yang betul-betul serius nak ubah kehidupan sendiri)

Bagaimana Mengenali Nama Prudential

Pada tahun terakhir di Ulsan, Korea – saya telah dikejutkan satu kejadian kemalangan jalan raya oleh kawan rapat saya. Disebabkan kejadian itu, saya faham mengenai kepentingan insurans – jika terjadi keadaan yang kita tidak ingini dan kurang sumber kewangan.

Itu adalah peristiwa kenapa saya perlu mempunyai insurans setibanya saya mula bekerja di Malaysia. Bila pulan ke Malaysia pada 27 haribulan Februari, baru saya tahu ada banyak syarikat insurans, termasuklah takaful! Nature saya, sebelum saya memberi komitmen (memiliki insurans / takaful adalah komitmen besar saya), saya perlu faham dan ‘study’ mengenai beberapa perkara.

Ketika itu saya diperkenalkan oleh ibu saya, mengenai Prudential BSN Takaful. Setelah 20 hari saya fahamkan mengenai apakah itu insurans dan takaful, bulan 4 adalah bulan pertama saya mempunyai polisi takaful sendiri – permulaan dengan caruman RM200 sebulan. Itu adalah permulaan bagaimana saya tahu mengenai nama Prudential.

Bagaimana tahu mengenai kerjaya dalam Insurans / Takaful

Pada tahun 2011, ketika itu saya pelik kenapa ada ejen-ejen insurans / takaful bersungguh ‘approach’ orang di pasaraya atau di depan bank-bank. Soalan saya tanya adalah; ‘Kenapa mereka beria-ia melakukan kerja ini?’

Lalu saya tanyakan kepada ejen saya dan ejen saya mengajak saya ke pejabat beliau di TTDI Jaya, Shah Alam. Kali pertama saya masuk pada Oktober 2011, saya telah diterangkan mengenai potensi pendapatan yang boleh dijana – dan saya terkejut! Sekarang saya tahu apakah sebab ejen-ejen tadi bersungguh-sungguh mendapatkan pelanggan!

Akan tetapi, saya belum terbuka hati lagi hendak menjadi ejen. Saya merasakan saya perlu bekerja sebagai seorang jurutera, dan rasa masih perlu gunakan ilmu-ilmu saya pelajari dalam dunia kejuruteraan.

Mentaliti saya – saya seorang pelajar oversea, tak sesuai buat kerja begini. Tidak standard.

Peluang kedua muncul semula

Setelah hampir 1 tahun setengah berada dalam dunia kejuruteraan – dari segi pendapatan tidak memberangsangkan apatah lagi, saya kena berada di kilang saya bekerja seawal 7.30 pagi sehingga larut malam – 8 malam adalah awal, boleh terlajak sehingga 2 pagi.

Saya terfikir untuk melakukan kerja lain, untuk menambah pendapatan melalui bisnes.

Lalu, pada tahun 2012 saya terlibat dengan menjadi guru tuisyen bahasa Korea untuk syarikat yang memerlukan atau pelajar-pelajar yang menginginkannya. Saya juga terlibat dengan menjual pakaian-pakaian seperti designed T-shirt pada tahun yang sama. Tapi saya merasakan model bisnes begini agak tough, kena sentiasa up-to-date. Manakala mengajar bahasa Korea memang hanya berdasarkan demand & supply, dan sangat terhad kerana yang mengajar bahasa Korea adalah saya seorang sahaja.

Saya terfikir semula peluang untuk buat duit melalui insurans / takaful.

Siapakah yang memperkenalkan kerjaya ini?

Pada Jun 2012, saya berada di kilang sibuk dengan hal mesin baru masuk. Saya duduk di smoking room pejabat, menghilangkan penat sambil menghisap rokok (ketika itu saya seorang yang heavy smoker).

Ketika itu saya telah ditanya oleh rakan seangkatan tapi dari department lain, Ihsansubhi. Beliau bertanya satu soalan kepada saya – ‘Ang nak jadi ejen insurans tak? Jual kat orang Korea.’ Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Waktu itu memang saya ada niat nak tanya peluang untuk menjadi ejen insurans / takaful lebih komited sebelum ini. Lalu, pada hujung minggu itu, saya dibawa bertemu dengan leader saya hari ini, Norhisyam telah membuka perspektif baru mengenai karier ini.

Saya masih ingat ketika itu, saya dengan berpakaian uniform kilang tengah makan Maggi goreng telur mata, kelaparan kerja di hari Ahad teruja dengan potensi besar karier baru ini.

Kenapa Saya Memilih Kerjaya Ini?

Kerjaya ini, bukan semata-mata hanya berkisarkan duit sahaja. Malah lebih dari itu. Itu apa yang saya faham melalui apa yang diceritakan pada kali pertama saya berjumpa Norhisyam.

Saya yakin, hari ini kalau anda ingin memilih syarikat anda bekerja untuk memulakan kerjaya, anda akan memikirkan 4 perkara ini, sekurang-kurangnya:

  • T – time, masa. Adakah ianya fleksibel atau sesuai dengan apa yang anda mahu. Tiada paksaan kerja pada hujung minggu.
  • I – income, pendapatan. Tak kisah samada daripada gaji bulanan atau bonus tahunan. Jika boleh menampung komitmen anda, itu cukup baik.
  • P – position, kerjaya itu sendiri. Tanya diri anda, adakah anda mahu berada di takuk yang sama – misalnya, adakah saya mahu menjadi seorang Senior Engineer untuk 10 tahun akan datang?
  • S – satisfaction, kepuasan. Ini adalah subjektif. Anda kena tanya diri anda, adakah apa yang anda buat, pencapaian yang anda dapat atau layanan daripada syarikat anda bekerja memuaskan anda.

Begitu juga dengan saya, saya melihat 4 potensi yang hampir serupa dalam bisnes ini.

  • Potensi pendapatan – ada dua sumber pendapatan yang akan dapat diperolehi, iaitu dari komisyen melalui penjualan insurans / takaful Kedua, melalui bonus tahunan – ini adalah perkara yang menarik minat saya paling besar. Hari ini ada sumber pendapatan ketiga – RGB. Retirement Gratituity Benefit – anda akan mendapat wang pencen seperti KWSP.
  • Potensi kerjaya – anda bukan dilatih untuk menjadi ejen insurans / takaful semata-mata seumur hidup. Anda bakal dilatih menjadi seorang entrepreneur yang mempunyai sifat kepimpinan, seterusnya ada kebolehan membina agensi sendiri.
  • Potensi bebas masa, contoh melancong ke luar negara – anda akan diberi peluang bercuti tanpa memikirkan hal kerja, di tempat-tempat terbaik di seluruh dunia.
  • Potensi kepuasan, contoh ganjaran gadget sebagainya – anda berpeluang untuk mendapatkan gadget yang anda selama ini tidak terfikir untuk membelinya.

Apakah halangan dan cabaran saya dalam dunia insurans / takaful? 

Ramai yang ingat industri ini adalah senang dan mudah dilakukan. Ya, boleh jadi senang dan mudah jika ada ilmu yang betul dan mentor yang bersedia untuk membimbing anda melakukan yang terbaik – barulah dapat hasil yang memberangsangkan.

Saya mengambil ujian pada bulan 7 2012, dan rasminya menjadi ejen pada bulan Oktober 2012.

Halangan pertama saya adalah bagaimanakah saya mahu bermula. Terus terang saya katakan, saya bermula pada umur 25 tahun. Di mana rata-rata kawan saya baru mula bekerja setahun dua tahun. Tambahan, saya baru pulang ke Malaysia setelah sekian lama merantau – market saya terlalu kecil. Apatah lagi, keluarga saya bukanlah dari golongan yang mampu untuk memiliki insurans / takaful peribadi. Sepatutnya, untuk ejen yang baru bermula, perlulah bermula dari hot market dan warm market. Tapi tidak pada saya.

Nak, tak nak kena mulakan menegur stranger. Saya mulakan di tempat kerja saya.

Halangan besar saya adalah meninggalkan kerjaya jurutera. Di mana ibubapa saya amatlah berat membenarkan saya berada dalam dunia insurans / takaful. Selepas saya 6 bulan bergelar part-time, saya membuat keputusan untuk terus menjadi full-time pada bulan 4 2013. Saya tidak memberitahu kepada ibu saya bahawa saya sudah berhenti, dan hanya beritahu selepas 2 minggu saya sudah bergelar full time.

Apakah strategi utama untuk berjaya dalam kerjaya ini?

Dalam dunia ini ada jatuh bangun. Ada waktu saya bergerak begitu perlahan, ada waktu saya laju melakukan kerja. Saya percaya untuk berjaya perlukan formula tertentu. Saya yakin dan berpegang pada formula ini ;

Apakah perubahan hidup saya?

Banyak perubahan yang saya telah alami sepanjang saya berada dalam bidang ini. Bagi saya ini adalah transformasi yang sangat mendadak. Perubahan saya banyak berlaku dari pelbagai aspek – kewangan, kesihatan, sahsiah diri, spiritual, dan pelbagai lagi.

Dulu saya apabila saya masuk ke bidang ini, fokus utama saya adalah kewangan – sudah pasti kewangan saya lebih baik daripada waktu saya bekerja sebagai jurutera. Saya mampu mempunyai rumah, kereta dan simpanan tersendiri.

Segi kesihatan, saya mempunyai masa untuk bersenam di waktu pagi dan hujung minggu, 3 kali seminggu itu pasti. Dulunya, untuk bersenam apabila saya dapat cuti sahaja.

Sebelum ini saya seorang yang pesimis, suka memperlekehkan orang lain. Senang cerita, seorang yang negatif. Tapi bila anda berada dalam bidang perniagaan, tingkahlaku positif; kata-kata, perasaan, pendengaran dan perlakukan perlulah dalam keadaan positif baru lahir hasil dan keputusan yang positif.

Melalui transformasi kehidupan saya yang positif, saya telah mencapai:

Pencapaian 2013

  • Prudential Wealth Planner 2013
  • Angpow Prosperity Challenge 2013
  • Do It, Cash It in 10 Days 2013
  • Raining Cash June 2013
  • Star Cruise Qualifier 2013 (Singapore – Phuket – Langkawi Island)
  • Ipad Mini 3G Contest 2013

Pencapaian 2014

  • Apple Macbook Air Challenge 2014
  • Angpow Prosperity Challenge 2014
  • Fuel Up N Go Challenge 2014 (Maximum)
  • Gold Rush Coin September 2014
  • Go Pro Challenge 2014
  • Prudential Wealth Planner 2014
  • Star Club Qualifier 2014 – Green Horn Los Angeles

Pencapaian 2015

  • Konichiwa Osaka Qualifier 2015
  • Ipad Air Contest 2015
  • High 4 Beijing Quarter 1 Qualifier 2015
  • Cash Bonanza September 2015
  • Ferrari 3-5-8 Challenge (Ferrari Watch) 2015
  • Go Korea Crazy Week 2015

Pencapaian di dalam Khalifah Group

  • KG Prudential Wealth Planner 2013
  • KG Monthly Toppers – Second, January 2014
  • KG Monthly Toppers – Winner, October 2014
  • KG Tasik Banding Challenge 2014
  • KG Prudential Wealth Planner 2014
  • KG Star Club Achiever Los Angeles 2014
  • KG F1 Night – Second, August 2015

Jemputan Menjadi Speaker Undangan

Build Your Business 1st

Build Your Business 2nd

 

Impian dan perancangan selepas ini?

Impian utama dan visi saya adalah menjadi seorang Agency Manager. Sebelum itu, misi saya pada tahun 2016 adalah:

  • Membantu 200 orang dalam memiliki polisi takaful sendiri. Impian saya adalah keluar di suratkhabar.
  • Mempunyai pendapatan 5 angka secara konsisten.
  • Bekerjasama dan mempunyai 10 orang potensi ‘leader’ yang bersikap proaktif.
  • Dari 10 orang ini, 5 daripada mereka adalah berstatus ‘full time’.
  • Grup pasukan ini mencatatkan jualan 500,00o TPC.

Tema saya pada tahun ini adalah #MassiveActionMassiveResults, iaitu dari segi recruitment pula dalah #FirstEleven iaitu mencipta agensi sendiri dari 11 orang termasuk saya.

Penyesalan selama ini

Saya menyesal kenapa saya tidak meneruskan niat pada tahun 2011 untuk menjadi ejen. Things happen for good reason. Kalau saya teruskan niat pada 2011 mungkin saya tidak bernaung di bawah Khalifah Group. Jalan cerita saya mungkin berbeza kalau saya menjadi ejen pada tahun 2011.

Penyesalan lain, adalah saya hanya memfokuskan pada diri sendiri sahaja – iaitu pencapaian diri sendiri. Saya tidak bersungguh-sungguh mengajak rakan lain untuk turut sama berjaya dalam bidang ini.

Terus terang saya katakan, pasaran 2012 dan pasaran hari ini 2016 adalah sangat berbeza. 2012 adalah waktu, insurans / takaful adalah perkara yang bukan serius dan boleh dibuat main-main atau diperlekehkan. Hari ini, insurans / takaful adalah keperluan utama dalam profil kewangan mereka hari ini.

Nasihat saya, terutama golongan muda

Ada dua nasihat utama saya kepada golongan muda (antara 23 hingga 35 tahun).

Bukalah mata anda, milikilah sekurang-kurangnya sebuah insurans / takaful untuk diri sendiri. Kurangkan kebergantungan hanya pada insurans / takaful syarikat anda bekerja semata-mata.

Kedua, lihatlah bidang insurans / takaful sebagai lubuk anda mengasah bakat bisnes anda dari segi cara menjual, cara mengurus dan cara memperbesarkan bisnes. Risiko memulakan bisnes di insurans / takaful adalah minima berbanding anda melakukan bisnes lain; kedai makan, pusat tuisyen dan lain-lain lagi.

Saya yakin anda seorang yang pandai dan bijak. Keluaran kolej-kolej, atau universiti-universiti yang bagus. Seorang yang pandai bijak, apabila diberi satu idea, tidak akan tolak secara mentah-mentah. Tapi sudi mendengar dan menilai adakah itu baik untuk diri anda, atau sebaliknya.

Dalam dunia ini ada 3 golongan berbeza; berada di bawah minda kurang dari kebiasaan. Kedua, minda biasa-biasa. Hanya ikut apa yang disarankan  dan dilakukan oleh kebanyakan. Ketiga, adalah insan  yang luar biasa. Buat lebih dari apa yang biasa orang lakukan.

Sebab itu hasil mereka luar biasa!

Saya yakin anda yang sedang membaca adalah insan luar biasa!

‘MassiveActionMassiveResults’

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Titik Mula Eng. ke Ent.- Versi 7.01

Latar Belakang Eng. ( Eng. merujuk kepada Engineer )

Nama yang diberi ialah Nor Hisyam Bin Abu Hasan. Selepas 4 tahun di Jepun dengan mendapat ijazah di Bidang Kejuruteraan Elektrikal & Eletronik, saya kembali ke Malaysia untuk memasuki alam pekerjaan sebagai seorang jurutera elektrikal. Dengan kelebihan bahasa Jepun yang saya kuasai, pengalaman pekerjaan saya di rasakan banyak membantu saya untuk mendaki apa yang dipanggil sebagai “corporate ladder“. Walaupun ramai rakan rakan saya suka dengan “lompat lompat kerja” , saya lebih suka fokus kepada satu tempat, mungkin juga saya jenis yang “loyal“, ataupun mungkin juga majikan saya memang pandai “mengikat” pekerjanya. Selama 10 tahun saya berkhidmat di syarikat tersebut, pada suatu hari, saya disuruh oleh isteri untuk mencari kerja lain, alasannya saya tiada kehidupan lain, selain kerja. Pagi seawal 7 pagi keluar ke tempat kerja, balik ke rumah paling cepat 8~9 malam, setiap hari selama bertahun tahun. Kadang kadang Sabtu / Ahad juga, saya merasakan saya perlu ke ofis / kilang. itu kehidupan saya suatu ketika dulu.

Bagaimana saya mengenali Prudential ?

Pada waktu itu juga kawan lama saya ketika belajar untuk ke Jepun dulu muncul ( rezeki Allah, jodoh pertemuan, ajal maut dari Allah ), datang berjumpa dengan saya untuk menyuruh saya mengambil satu plan perlindungan insurans dengan syarikat Prudential. Sekali pertemuan itu sahaja , di telah “closed deal” dengan saya, dengan bayaran RM350 sebulan kerana saya sedar akan kepentingan insurans ( tiada orang yang approach saya ). Itulah kali pertama, saya mengenali Prudential. Sebelum itu, pada tahun pertama saya bekerja, saya ada juga mengambil plan insuran dengan syarikat lain, tapi itu hanya bertahan setahun sahaja (dengan bayaran tahunan), mungkin kerana tiada “servicing” dari agent tersebut untuk “collection” tahun kedua.
Selepas pertemuan kali kedua dengan agent insurans saya (rakan lama saya tadi , En Fakhrul Anwar Abd Aziz), saya memberitahunya, yang saya akan berhenti kerja, tetapi belum tahu nak buat apa lagi selepas berhenti kerja (walaupun pada masa itu sebenarnya, memang saya AKAN mendapat kerja baru sebagai Jurutera Pengajar di sebuah universiti di Melaka). Jadi mungkin atas sebab dia juga hendak merekrut saya, dia mengajak saya untuk datang ke perjumpaan mingguan kumpulan insurans dia, ( dalam cerita saya lepas ini, pertemuan sebegini di panggil Synergy Meeting )

Bagaimana saya mengenali Khalifah Group & terlibat dengan kerjaya baru ?

Saya terima pelawaannya, dan menghadirkan diri, dan seterusnya saya mencuba untuk melakukan secara part time, sambil menunggu hari hari terakhir berkhidmat di syarikat Jepun sebelum ke Melaka memulakan tugas sebagai tenaga pengajar di sana. Walaupun saya melakukan secara part time, saya rasakan yang saya mampu melakukan tugas agent ini, apatah lagi bila saya mendapat tahu, yang menjadi agent ini bukan selama lamanya, jadi agent untuk 3 ke 4 tahun sahaja, kemudian kita boleh bina agensi (maksudnya kita sudah boleh menjadi ahli perniagaan), itulah apa yang di terapkan di dalam Khalifah Group. Itu yang saya pegang, kami namakan ini sebagai Formula Triple Three (333).

Kenapa saya memilih kerjaya ini ?

Formula triple Three ( 333 ) ini, adalah suatu perjalanan kerjaya saya sebagai agent insurans, maksudnya, saya akan bekerja sebagai agent insurans selama 3 tahun sahaja. Pada 3 tahun pertama ini , saya di mestikan bekerja bersungguh sungguh sebagai agent insurans, mencari orang untuk membeli insurans, mengumpul dan menguatkan “networking” saya. itu yang saya lakukan, mulai tahun 2009 sehingga ke 2012, saya mengumpul, membuat dan menguatkan “networking” saya. Pada tahun 2013, seperti yang di gariskan di dalam Formula Triple Three (333) , saya akhirnya melayakkan diri saya untuk di naikkan ke fasa kedua di dalam Formula Triple Three ( 333 ). Fasa kedua , di mana saya mula membangunkan agensi saya, “duplicate you in your agency – make your new agent same as you or better than you“, ini fasa kedua.
Insyaallah fasa kedua ini akan berakhir pada tahun 2016 ini dan saya akan melayakkan diri untuk ke fasa ketiga di dalam Formula Triple Three (333). Formula Triple Three (333) ini yang telah menarik minat saya untuk terlibat di dalam karier ini.
Dengan Formula Triple Three (333), saya akan mencapai apa yang kebanyakkan orang inginkan dari kerjaya mereka.
  1. MASA – masa yang fleksibel, memang saya akui, pada fasa pertama, kebanyakkan masa saya di peruntukkan untuk kerjaya saya. tiada istilah cuti bagi saya. Saya mesti menggunakan masa tiga tahun yang ada untuk mengumpul, membuat dan menguatkan “networking” saya. Pada waktu itu, alhamdulillah, walaupun terpaksa saya rasa, isteri saya berkorban menjaga perihal rumahtangga (anak , makan minum, semuanya di uruskan oleh isteri). Memang sebagai agent insurans, saya mempunyai masa yang fleksibel, tetapi bagi saya, walaupun fleksibel, keutamaan saya pada waktu itu adalah untuk karier saya. Saya berkorban masa, tenaga dan apa yang ada untuk kelangsungan ke fasa kedua. Di dalam fasa kedua, saya mula mendapat MASA ini menjadi betul betul fleksibel untuk saya, dan saya yakin di dalam fasa ketiga nanti, TIME freedom yang selalu orang perkatakan akan menjadi milik saya.
  2. INCOME – pendapatan yang sangat berbaloi dengan kerja keras saya. Dulu sewaktu bekerja , setiap tahun, saya sentiasa menunggu kenaikan gaji bulanan, kini kenaikkan tersebut saya boleh lakukan setiap bulan. Usaha kita menentukan kenaikan pendapatan kita. Menarik lagi, di dalam fasa kedua Formula Triple Three (333) ini, saya menumpukan untuk mendapatkan apa yang dulunya saya panggil sebagai “Annual Income” menjadi saya punya “Monthly Income“.
  3. KEDUDUKAN – Pengiktirafan, kerjaya yang menjanjikan “rewards” yang pelbagai. Bukan sahaja berbentuk wang ringgit, melalui kerjaya ini juga, saya mendapat peluang untuk melihat dunia luar – Oversea Holiday setiap tahun ( selepas ini di panggil Star Club Incentive Trip ), di hadiahkan gadget gadget yang paling terbaru di pasaran.
  4. KEPUASAN – Sememangnya pada waktu awal penglibatan saya, saya kurang merasa KEPUASAN ini, tetapi kini, setelah banyak tuntutan pelanggan yang saya dapat tunaikan, itu antara kepuasan yang saya boleh dapat. Selain itu, di dalam fasa kedua ini, KEPUASAN yang saya dapat ialah apabila melihat agent agent saya mencapai STAR CLUB, mendapat bonus dan yang paling terbaru, seorang agent saya (Ihsansubhi) akan memasuki fasa keduanya bermula tahun ini, beliau akan di “promote” menjadi Unit Manager pada tahun 2016 ini. Ini juga satu KEPUASAN bagi saya, melihat orang yang kita bawa masuk ke dalam kerjaya ini semakin berjaya.

Apakah Halangan & Cabaran Saya Di Dalam Dunia Insurans / Takaful Ini ( Kerjaya Ini ) ?

Saya akui, ianya tidak mudah tetapi ianya tidak mustahil. Tetapi selagi kita belum mencuba dan memberikan seratus peratus komitmen kita , kita tidak akan tahu keupayaan kita yang sebenarnya. Kalau dulu sewaktu bekerja saya boleh memberikan komitment yang tak berbelah bagi , antara yang “loyal” kepada syarikat, kenapa di dalam kerjaya ini saya tidak boleh memberikan komitmen yang serupa. Antara halangan yang saya hadapi adalah untuk konsisten. Kerjaya ini melibatkan hubungan dengan manusia, berkaitan “mood” atau perasan suka atau tidak seseorang terhadap kita. Di dalam saya mengharungi halangan ini, saya belajar sesuatu yang amat penting, “jika saya menjaga hubungan saya dengan PENCIPTA manusia, hubungan saya dengan manusia menjadi senang”. Percaya dengan semua rezeki datang daripadaNYA, saya buat apa yang sepatutnya, yang lain semua serahkan padaNYA. Buat bersungguh sunguh tanpa putus asa. sebagai manusia biasa, ada masa saya juga merasa “down”, pada waktu itu, mesti berhubung dengan “mentor” atau paling kurang “buddy” saya ( credit  kepada antara “buddy” yang saya selalu berhubung, En Hamizi Mohd Noor )  Setiap pakej KEJAYAAN mesti ada KESUSAHAN. Saya rela merasa susah pada waktu tenaga saya masih kuat itupun untuk 3 ke 4 tahun sahaja, dan merasa senang untuk selama lamanya, yang paling susah adalah dalam fasa pertama Formula Triple Three (333).

Apa Strategi Untuk Berjaya Di Dalam Kerjaya Ini ?

Tiada strategi rahsia yang saya gunakan, cuma setiap kali kita jatuh, cepat bangun. Yakin pada PENCIPTA manusia, banyakan berdoa kepadaNYA. Ikut apa yang “mentor’ buat, kerana kalau dia boleh buat kenapa tidak saya, selalu bagitau pada diri sendiri impian dan target kita.

Apakah Perubahan Hidup Saya ?

Perubahan pada diri saya terlalu banyak, kalau dulu saya seorang yang cepat marah, tetapi sekarang ini, alhamdulillah perangai buruk itu dapat saya kurangkan, inipun selepas di beritahu oleh isteri saya, katanya ” abang dulu, kalau macam ni dah marah dah ni, tapi sekarang ni tak pulak, apa yang apa belajar?” Saya pun tak perasan dengan perubahan ini, tapi mungkin juga , bila kita sentiasa melihat, kadang kadang memaksa diri untuk fokus kepada yang positif sahaja, mungkin inilah hasilnya. Antara perubahan lain ialah saya berani untuk mempunyai cita cita yang tinggi, kerana sehingga ke hari ini, alhamdulillah, satu persatu impian dan cita cita saya mula menjadi kenyataan.
Saya juga mempunyai masa untuk balik ke kampung melawat emak dan ayah paling kurang sebulan sekali. Kalau dulu, mungkin masa boleh di cari, tapi untuk pulang ke kampung, dari Shah Alam ke Alor Setar bukan hanya masa di perlukan, duit juga perlu. Alhamdulillah makin senang untuk melawat emak dan ayah.

Apakah Pencapaian Saya Di Sepanjang Karier Ini ?

2009 :
1. Prudential Wealth Planner
2. Rookie Taiwan Star Club
2010 :
1. Prudential Wealth Planner
2011 :
1. Prudential Wealth Planner
2. San Francisco Star Club
2012 :
1. Prudential Wealth Planner
2. Munich Star Club
2013 :
1. Promoted to Unit Manager
2. Menubuhkan JR Seven & Associates
3. 1st Runner Up Unit Manager In Khalifah Group
2014 :
1. Promoted to Unit Manager 2
2. 4 dari 13 agent dari JR Seven & Associates mendapat Los Angeles Star Club.
3. One Million Dollar Agency
4. Los Angeles & San Diego Star Club
5. Top Unit Manager In Khalifah Group
2015 :
1. 4 dari 13 agent dari JR Seven & Associates mendapat London Star Club.
2. QL Challenge – Dubai Trip
3. Osaka – Tokyo Trip
4. Two Million Dollar Agency
5. London & Edinburgh Star Club
6. Beijing Trip
7. Top Unit Manager In Khalifah Group

Impian dan Perancangan Selepas Ini 

Tahun 2016, saya mendapat hasil jualan peribadi saya berjumlah 150 ribu dan hasil jualan JR Seven & Associates berjumlah RM4 Juta. 7 orang daripada 35 orang agent dari JR Seven & Associates mendapat pengiktirafan sebagai Executive Wealth Planner.
Tahun 2017, menyaksikan saya memasuki fasa ketiga Formula triple Three (333). Mendapat 6 digit pendapatan bulanan secara konsisten. Mempunyai 7 orang Unit Manager atau Aspiring Unit Manager di dalam JR7 Groups dan mempunyai 13 orang direct agent yang sangat berkualiti. Mendapat hasil jualan baru 7Juta.
Pada tahun 2020, jualan JR7 Groups melebihi 20 Juta.

Penyesalan Selama Ini

Ada mengatakan menyesal kerana bermula agak lambat, kenapa tidak bermula sebaik sahaja pulang dari Jepun? Sebenarnya saya tidak menyesal, kerana saya percaya perancangan Allah yang terbaik.
Penyesalan saya kerana perbuatan yang saya lakukan pada tahun lepas ialah tidak bekerja dengan bersungguh sungguh, masa yang di peruntuk untuk bekerja tidak di gunakan sepenuhnya. Pada tahun 2016 ini, saya memasang niat untuk menebus kembali kesalahan saya itu dengan berubah ke arah lebih baik, dan saya berpegang kepada “Let’s Result Talk”, saya akan merekrut 12 direct agent berkualiti yang baru, membuat jualan peribadi melebihi 150 ribu dan memastikan jualan JR7 & Associates Melebihi 4 juta pada atau sebelum November 2016.

Nasihat Saya , terutama kepada golongan muda.

Yang pertama ,plan perlindungan insurans / takaful sudah menjadi kewajipan kepada semua, mulakan langkah pertama, hubungi saya atau mana mana agent insurans sepenuh masa yang anda kenal, tanyakan plan perlindungan yang sesuai untuk anda. Kewajipan anda yang pertama untuk tidak menyusahkan diri anda ketika berlaku sesuatu musibah dan tidak menyusahkan ibu ayah anda yang sememangnya sudah anda susahkan waktu anda kecil dulu.
Yang kedua, ramai dari golongan muda mula mengimpikan untuk berniaga, cuba jangan pandang sebelah mata tentang potensi perniagaan melalui insurans/ takaful. Perniagaan yang tidak memerlukan modal wang ringgit yang besar, apa yang di perlukan adalah modal komitmen dan kesungguhan anda untuk berjaya. Dapatkan pejelasan mengenai Formula Triple Three (333) dengan cara menghubungi saya melaui 019.227.6610 atau lawati http://jr7groups.com
Yang ketiga, gunakan waktu muda anda untuk bekerja bersungguh, cari karier yang boleh menjadi sebagai alat untuk membawa anda kepada cita cita dan impian anda. Saya menulis melalui pengalaman saya bekerja selama 10tahun lebih,
jika kita mula bekerja, dan kita hendak tahu, apa akan jadi pada kita 5 atau 10 tahun akan datang, lihat pada Senior yang satu tempat kerja dengan kita, atau lihat Boss di tempat kerja kita
Apa yang mereka pakai?, apa yang mereka buat? kehidupan yang macammana yang mereka alami
jika itu yang anda mahukan, teruskan, jika tidak, cari alternatif lain.
cerita Eng. kepada Ent.
( * Eng. Engineer ; Ent. Entrepreneur )

Rakan Niaga / Agent Bank Profile

Bank profil rakan rakan niaga di dalam agensi ini di buat dengan tujuan menyediakan suatu INPUT kepada anda yang di luar sana yang mencari karier baru. Seperti yang di ketahui, lazimnya apabila di tanya ketika anda dan saya di zaman persekolahan dulu, “apa cita cita anda?”, pastinya jawapannya, ” cikgu, jurutera, doktor, askar, polis, bomba” jawapan yang macam ini yang banyak kita dapati. Tidak salah mempunyai jawapan macam ini, cuma mungkin bila zaman persekolahan berubah, mungkin kita dapat dengar jawapan seperti ” hackers, programmer, astranaut ” dari mulut mulut anak anak sekarang ini… Apa pun jawapan anda, suatu ketika dulu, saya pasti jawapan kita adalah sama, ” kita tidak pernah bercita cita hendak menjadi “Agent Insurance“.

Saya juga seperti anda, pada zaman sekolah rendah , saya bercita cita hendak menjadi askar, kerana pada masa tu “filem RAMBO” dan perasaan patriotik yang sangat tinggi, nak pegang senapang dan menembak.

Bila dah masuk sekolah menengah, cita cita saya berubah untuk menjadi seorang jurutera, pada waktu tu, siri MacGyver mula masuk, rasa nak mencipta suatu benda baru.

Di JR Seven & Associates, rakan rakan niaga kami mempunyai pelbagai latar belakang, yang mungkin ada persamaan dengan anda. Kenapa mereka mengubah cita cita mereka? Apa yang mereka cari? Apa yang mereka dapat? Apa perasaan mereka? Semua itu akan terjawab nanti . KLIK Di SINI

 

Mission 6016 – Massive recruitment

byb 9th jan 2016

Ramai yang mengatakan tahun 2016 akan menjadi suatu tahun yang penuh dengan cabaran, penuh dengan dugaan, perbelanjaan akan meningkat. Bersediakah kita? Apa persediaan yang mampu kita buat? ataupun apa persediaan yang mahu kita buat? dua soalan berbeza.

JR Seven & Associates sebagai rakan di dalam Khalifah Group ingin mempelawa anda yang mahu membuat persediaan untuk menghadapi tahun 2016 untuk datang buka minda dan dengar “Sharing daripada Khalifah Group, Founder sendiri , En Kamaruddin Najri” bagaimana kami dapat membantu anda di luar sana menghadapi tahun 2016 yang mencabar. Dalam perkongsian kali ini, bukan sahaja daripada orang yang memang sudah lama di dalam business ini, anda juga dapat menilai sambil mendengar perkongsian daripada salah seorang rakan niaga JR Seven & Associates yang baru mencebur diri , Muhammad Syahnon. Siapa dia sebelum bersama kami, apa yang membuatkan dia menceburkan diri, apa yang sedang dan sudah dia kecapi hingga ke hari ini.

Beri peluang  untuk diri anda untuk datang dan dengar, tiada paksaan. Cuma apa yang kami minta, jangan terima idea ataupun sharing yang kami berikan nanti bulat bulat, dan jangan tolak mentah mentah idea ini.

Orang bijak akan mendengar apa yang orang lain katakan, dan dia akan berfikir samada apa yang di cakapkan betul atau sesuai untuk dirinya atau tidak.

 

Botol, Masa & Kehidupan sempena tahun baru 2016

bottle

Masa itu emas…selalu pepatah ini kita dapat dengar.

Masa adalah suatu ruang yang kita isikan intipatinya.. Kalau dapat kita andaikan masa yang setiap seorang yang kita ada umpama botol, botol yang kosong ini kita andaikan harganya mungkin RM1, kalau kita isikan botol itu dengan air kosong, harganya mungkin hanya RM2, kalau kita isikan pula dengan madu, madu kelulut ataupun madu yang lebih mahal lagi, madu Yaman, harganya mungkin mencecah ratusan ringgit,kalau kita isikan pula dengan minyak minyak wangi , harganya mungkin boleh mencecah ribuan ringgit dan kalau kita isikan pula dengan air longkang ataupun air parit yang kotor, berapa pula harganya? mungkin bukan setakat tidak menjadi harga, malahan botol dan isinya sekali sudah tidak bernilai lagi.

Begitu juga dengan masa di dalam kehidupan kita ini, apa yang kita isikan itulah yang menjadi nilainya. Kalau kitaisikan dengan benda yang baik baik, insyallah kehidupan kita ini akan bernilai.

Saya tidak pasti berapa besar botol saya, begitu juga dengan anda, berapa lama masa yang kita ada, bersempena dengan tahun 2016 yang baru ini, mari kita ubah cara, ubah kepada yang lebih baik, isikan dengan benda yang baik baik, supaya kehidupan kita akan menjadi lebih bernilai.

2016 akan menjadi tahun yang bernilai untuk kita , jika kita isikan dengan nilai nilai yang baik, yang hebat.

Bernilai bukan sahaja kepada kita, malahan kepada orang orang di sekeliling kita. Jika kita isikan dengan baik, waktu tu … pepatah ” Masa itu emas ” boleh kita gunakan.