Kenapa setiap keluarga perlukan RM100ribu TUNAI?

Setiap keluarga perlu ada minimum RM100K tunai atau 10 kali GANDA GAJI TAHUNAN ketua keluarga (ayah, ibu). 

Contoh gaji ayah RM3ribu sebulan, maka si ayah perlu pastikan sebanyak RM360K perlu disediakan kepada anak isteri jika kematian sebelum waktu terjadi padanya.

UNTUK APA?? 

FAMILY SURVIVAL / Kelangsungan hidup anak isteri yang di tinggalkan

-Pampasan ini boleh diHIBAHkan terus kepada keluarga secara TUNAI terus tanpa melalui faraid

-Boleh guna untuk perbelanjaan, pendidikan anak dan lain lain

-Boleh pastikan anak anak membesar dengan baik, tanpa terabai 

-Tidak menyusahkan penjaga anak anak kita nanti. Mereka tolong tengokkan anak kita, duit makan minum, kita sudah sediakan. 

-Anak anak lebih terbela, tak bebankan pasangan. 

DEBT SETTLEMENT / Di gunakan untuk membayar segala hutang piutang si mati semasa hayatnya.

-Majoriti hari ini berhutang seperti hutang rumah, kereta, personal dan lain lain

-Kita tak nak bebankan keluarga kita dengan tinggalan hutang.

-Dengan pampasan ini, dapatlah kita gunakan bayar hutang kita. 

-Ada pinjaman bila dah mati, hutang setel. Tapi ada juga hutang yang tak setel selepas kita mati. 

-Amalan tergantung hutang tak setel. 😭😨

HADIAH/UMRAH/HAJI

-Pampasan ini dapat lah guna buat badal haji kita nanti. 

-Boleh berikan hadiah kepada mak ayah kita untuk mereka buat haji/umrah. 

AMAL JARIAH

-Boleh rancang untuk bina masjid contohnya sebagai saham akhirat kekal yang berterusan sebagai saham dalam kubur nanti /  Wakaf 

KEY MAN POLICY

-Penting untuk cover hutang business

-Bila meninggal, harta kita akan beku. Dengan adanya hibah tunai ini,  waris boleh guna tunai untuk tujuan business termasuk yang business individu/ share partner. 

TEMPOH BAYARAN PENDEK

-Tak perlu kepada komitmen caruman yang terlalu lama. Hanya 5 tahun sahaja tapi cover sehingga umur 70/80 tahun

-Tidak apa yang rugi bila apply pelan ni sebab jika umur pendek, dapat pampasan RM1JUTA contohnya. Jika umur panjang, boleh dapatkan nilai saving yang tinggi.

Anda berminat? Boleh hubungi agent insurans / takaful masing masing atau jika masih tiada agent, boleh hubungi kami.sampul raya

Advertisements

Tentukan masa dan pendapatan kita

Untitled-AdJika di imbau pada masa lalu, mungkin pada zaman persekolahan, kerjaya #AgentInsurance mungkin tak pernah terlintas langsung untuk di jadikan sebagai cita cita.

Kita sama jika anda juga tak pernah angkat tangan bagitau cikgu, yang cita cita anda nak jadi #AgentInsurance

Pinjam kata kata dari Professor di Raja Ungku Aziz yang di petik dari akhbar Mingguan Malaysia

Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda iaitu industri insurans

Perkongsian tatacara menjadi seorang agent insurans ataupun agent takaful

Terdapat banyak perkongsian di internet bagaimana kerjaya sebagai #AgentInsurance ini menjadi antara kerjaya yang memberi pendapatan yang antara tertinggi di Malaysia.

Kalau ada mana mana kenalan / sahabat / saudara dalam bahagian pungutan cukai, cuba rujuk kepada mereka ini, bukan biasa biasa bayaran cukai agent insurans kena bayar.

JR Seven Group sedia kongsi pengalaman sedekad kami dalam industri ini kepada generasi baru.

Klik dan register untuk kita berkongsi

Kerjaya Masa Kini

Hibah Takaful … keperluan atau keinginan?

1700W-Front

Pernah terfikir yang sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, kita sebenarnya umpama “Auto Teller Machine” / mesin keluar duit bagi keluarga kita?

Menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab, berkahwin, dan kemudian di kurniakan zuriat, menjadi seorang ayah, akan menjadi keinginan atau rasa semulajadi untuk dia menyediakan yang terbaik bersesuaian dengan kemampuan dia kepada zuriat atau anak yang dia sayangi. Jika pada waktu ini kita tanyakan soalan padanya, setakat mana sayangkan anak? Pasti jawapannya, sayang yang sampai sanggup buat apa sahaja untuk si anak tadi.

Itu sewaktu nyawa di kandung badan… andai kata, sudah tak bernyawa lagi, macam mana? Pernah terfikir?

Apa akan jadi kepada nasib si anak, andaikata si ayah di jemput Sang Pencipta sebelum si anak tadi sempat bersedia… maksud saya si anak belum sampai waktu di mana dia mampu untuk menguruskan dirinya secara sendiri.

Adakah sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab akan menyerahkan kepada takdir semata mata, tanpa ada usaha dari dirinya langsung?

Di sini peranan Hibah Takaful boleh di gunakan. Hibah Takaful boleh di gunakan untuk menyediakan satu dana yang betul betul cemas kepada si anak atau keluarga yang di tinggalkan oleh si ayah pada waktu si anak dan keluarga tadi belum bersedia.

Berlainan dengan wang simpanan secara biasa, yang di simpan di bank bank, yang di simpan dalam bentuk unit amanah , saham atau sebagainya, Hibah Takaful ini tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraidh andaikata si ayah tadi tiada lagi di dunia ini. Ia boleh di berikan secara terus, tanpa perlu menunggu semua urusan harta pusaka di selesaikan ( yang selalunya akan mengambil masa yang bukan sekejap )

Klik  Lebih lanjut mengenai Hibah Takaful

Konsep takaful yang di gunakan mendapat kelulusan panel shariah dan Bank Negara Malaysia.

 

The “Best Gift” for our kids is the best “retirement life” for ourself

IMG_0429 2

Semua mak ayah ingin memberikan yang terbaik kepada anak anaknya, ada yang ingin memberikan pelajaran terbaik, perlindungan diri yang terbaik, tempat tinggal yang terbaik, pakaian, makan minum yang terbaik tetapi bolehkah kalau kita katakan hadiah yang terbaik yang kita boleh berikan pada anak anak kita, jika betul kita sayangkan mereka adalah :

hadiah terbaik dari seorang ayah atau ibu kepada anak anak meraka adalah persediaan terbaik untuk memasuki zaman pencen

Kenapa?

Bayangkan kalau satu satu pasangan berkahwin dan mendapat anak pada umur 30tahun, 25 tahun selepas itu, pasangan tersebut akan mencecah usia 55tahun, dan si anak tadi akan mencapai umur 25 tahun, pada umur sebegini, anak tersebut akan memulakan kehidupannya sendiri, mula bekerja, mula untuk mengenal dunia yang sebenar.

Bayangkan jika pada waktu itu, usia si anak 25 tahun, usia orang tuanya sudah mencecah usia untuk pencen, usia di mana tiada lagi pendapatan. Jika si ayah tadi tidak menyediakan satu plan “persaraan” yang terbaik untuk dirinya dan pasangannya, apa akan jadi? Pastinya pasangan ayah dan ibu tadi akan terpaksa bergantung pula kepada si anak yang baru nak memulakan kehidupan. Bukan untuk saya mengatakan yang si anak tak patut membantu ayah atau ibu, tapi jika ayah dan ibu tadi telah menyediakan satu plan persaraan terbaik ( maksud saya dari segi dana persaraan ), pastinya si anak dapa memberi tumpuan sepenuhnya untuk kehidupan yang dia yang baru nak bermula.

Bukankah kita selalu sebut :

What we focus is what we will get

benda yang sama akan berlaku kepada si anak tadi, apa yang si anak tadi foku, itulah yang akan dia dapat. Jika si anak boleh memberikan tumpuan untuk memajukan kehidupan dia, itulah yang akan dia dapat.

Apa option plan persaraan terbaik yang kita ada?

Plan persaraan yang terjamin bersama Prudential

Mungkin bukan ini saja jalan untuk mendapat plan persaraan terbaik, tapi apa salahnya untuk anda ambil tahu, apa yang ada , apa yang tidak dalam plan ini. Walaupun saya baru satu dekad bersama Prudential, bermula pada 13 April tahun 2009, saya merasakan sangat bersyukur dengan plan yang ada, bermula dengan idea “Formula triple three“, di mana usaha saya selama sedekad ini boleh memberikan satu jaminan persaraan yang kebanyakan orang idamkan.

Ramai orang pada waktu usia anak remaja, melalui zaman persekolahan, menginginkan untuk cepat membesar , lulus dalam setiap peperiksaan dan ingin mula bekerja. Apa yang menjadi persamaan antara ramai orang di sini adalah, apabila mula bekerja, ada yang merasakan ingin bercuti, kalau boleh ingin bercuti dengan lama…tapi hakikatnya tidak boleh. selagi kita bekerja, selagi itu kita tidak boleh bercuti sesuka hati kita. Pada waktu itu, mula merasakan ingin nak merasa hidup macam orang pencen, walau tak bekerja, tapi ada pendapatan.

Persoalannya , bolehkah??? dan jawapannya ,  mestilah tak boleh untuk kebanyakan orang.

Kerana apa? atas sebab apa , sesetengah golongan boleh menikmati persaraan awal, sesetengahnya pula tidak boleh?

Salah satu sebabnya adalah, kerana kita tidak “memilih diri” kita untuk berada dalam kalangan yang boleh?

Terdapat 4 jenis punca pendapatan secara amnya di dunia ini,

  1. Bekerja makan gaji -> ada boss yang memberi gaji kepada kita
  2. Bekerja sendiri -> sendiri jadi kuli, sendiri jadi boss
  3. Berniaga -> mengusahakan sesuatu sehinggan mempunyai kakitangan yang bekerja di dalam organisasi kita
  4. Pelabur -> mempunyai banyak hasil kekayaan, duit di gunakan untuk bekerja untuk dirinya. kata lainnya, guna duit untuk buat duit

Jenis 1 & 2 , memang tidak akan mampu untuk bersara awal, kerana kita akan terikat dengan masa. Masa kita akan di tukar dengan pendapatan.

jenis 3 & 4 , sangat berpotensi untuk mendapat persaraan awal, ataupun kata lainnya, dapat menikmati kehidupan umpama bersara.

Sedekad bersama Prudential, alhamdulillah di tunjukkan jalan kepada jenis 3, saya sedia berkongsi dengan anda semua, dan kemudian anda buatlah keputusan.

KLIK

Cara menikmati kehidupan umpama bersara

Life is about option

What we choose is what we get

Hakikat “Flexible time” dan “time freedom”

flexible-working-time-itce

Walaupun apa namanya, “time freedom”, “flexible time” atau apa saja, selagi kita bergerak secara berkumpulan, selagi itu tiada istilah ini untuk kita. Bergerak secara berkupulan ni mungkin bermakna kita dalam satu organisasi, kita mungkin dalam satu jabatan. “Freedom of Time” hanya terjadi jika anda “sendiri” an di muka bumi ini atau anda seorang yang tak berkawan, tak mahu mempunyai kawan dalam hidup anda.

Walaupun kebanyakan agent “claim” time freedom, tapi pendapat saya, selagi kita bergerak secara berkumpulan, kita masih juga perlu mengikat/ mengikut masa yang ramai setuju, atau masa yang telah di persetuju..itu baru bermakna kita berada dalam kumpulan tu…

IMG_2122

Saya ambil contoh, JR Seven Group, kami merancang beberapa pembaharuan pada tahun ni, seperti masa untuk “hiking” / masa beriadah kami secara berkumpulan yang kami tetapkan pada setiap hari rabu pagi. Secara tak langsung, walaupun agent seperti saya mengatakan “time freedom” , sebenarnya itu susah nak berlaku. Satunya kerana, kami ramai ramai dah setuju, nak buat “hiking” ni, yang kami namakan #hikingberjemaah”, dan kami juga dah setuju untuk lakukan pada hari rabu…so, sebagai agent yang penuh dedikasi seperti saya, pastinya saya akan aturkan juga masa saya supaya boleh ikut “time table” ni. Bagi saya, masa yang agent katakan “time freedom” ni tidak akan wujud selagi kita berada dalam sesuatu organisasi.

Yang mungkin wujud adalah “time flexible”. Sedikit sharing jadual waktu agency kami.

time table

Ada “column” kosong yang kami boleh isi dalam jadual mingguan kami sebagai agent di JR Seven Group, antara time kosong pada pagi rabu, itu sebab kami isikan dengan #hikingberjemaah dengan tujuan untuk cuba dapatkan keseimbangan antara kerja dan masa riadah. “Column” kosong lain, dalam masa “flexible” untuk agent agent isi dengan kerja mingguan mereka yang lain, jumpa dengan rakan rakan baru, “servicing client” lama, kerja kerja admin yang lain, aktiviti persatuan yang lain dan juga masa bersama keluarga. Pilih masa, tulis dan buat. Insyaallah jika anda mampu buat seperti apa yang anda tulis (dengan guidance dari #JR7G), kami jamin kejayaan anda sebagai agent bersama kami.

APW – #Scoreyourgames

“New year is nothing , New YOU is everything”

IMG_7174Tahu baru 2018 bermula dengan satu target baru, dengan “contest” dan “reward” baru dari Prudential. Star Club untuk tahun ni adalah percutian mewah ke Lisbon Portugal dan Malaga Spain. Hampir 4500 orang agent Prudential dari seluruh Malaysia menghadiri new year Kick Off Conference ini.

Selepas selesai ber konferens , #JR7G terus mengadakan APW 2018, dengan tema #Scoreyourgames … ambil sempena tahun Worldcup 2018, dan new rules dari Bank Negara, untuk mengukur KPI setiap agent bagi menjamin sikap profesional setiap agent dalam industri insurans dan takaful.

#JR7G APW, kali ini di adakan di House of Sen, Pahang untuk jangkawaktu 2hari1malam, dengan di hadiri oleh semua agent agent #JR7G. Permulaan tahun dengan penetapan matlamat baru, perancangan perubahan baru dan  tindakan baru untuk sama sama mencapai matlamat baru masing masing.

Rata rata ahli menetapkan matlamat untuk lebih berusaha dalam memberi kesedaran tentang kepentingan takaful dan insurans dalam masyarakat. Insyaallah sama sama kita doakan semoga perancangan ini dapat di capai dengan cemerlang.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan APW 2018 ini, Leader leader unit Baha dan Junaidi, Prosperous Agency Leader Fakhrul Anwar, Tetamu jemputan, Abd Rahim Che Ani, rakan dari AD team Pruddential terutama, Amanda Yap, Joyce dan Firdaus, pihak yang menguruskan perjalanan, Puan Siti Ruhaiza, agent agent yang di hormati, Afiq , Azian, Azfeera, dan Muiz dan seluruh rakan rakan dalam #JR7G.

Semoga APW ini memberi manfaat dam memberi impact baru kepada kita semua dan seluruh alam. Insyaallah.

 

Event = Outcome ???

IMG_5556

Formula yang kebanyakan orang sudah tahu, cuma tak tahu/ tak mahu mengaplikasikanya kearah yang di kehendaki.

E : Event ataupun takdir kejadian yang memang sesuatu yang kita tak boleh nak pilih, yang mungkin dah ditulis untuk terjadi kepada kita.

Sememangnya, ramai kita termasuk juga saya, dalam keadaan tertentu, bila terjadi sesuatu kejadian yang tidak dikehendaki, ataupu takdir kurang baik yang “cuba” menghalang kita daripada mendapat sesuatu yang kita kehendaki, selalunya begitu mudah kita cuba mencari salah siapa? Bila mula mencari “salah siapa” ni, selalunya, kita mencari salah orang lain, salah pihak lain, salah kejadian itu, itu yang menyebabkan kita tidak boleh mendapat apa yang kita kehendaki.

Teruskan membaca

Suka kerja waktu yang lain bercuti dan suka cuti waktu yang lain bekerja

Ramai inginkannya, tapi tak ramai yang betul betul usahakan untuk mendapatnya.

2017 sudah sampai ke garis penamatnya, untuk yang hendak berfikir, mungkin boleh gunakan masa masih ada ni untuk melihat kembali apa yang telah kita capai sepanjang tahun 2017, adakah ianya menuju kepada target atau matlamat jangkapanjang kita atau tidak?

Gunakan masa cuti ini untuk muhasabah diri, menilai untung rugi perjalanan kita di sepanjang tahun 2017. Adakah kita masih hendak teruskan perjalanan yang sama, atau kita nak berubah kepada yang lain? Ramai yang tidak mampu berubah.

“Perubahan memang sukar”

Ramai tahu, tanpa perubahan, hasilnya tetap sama.

“Doing the same thing over and over and expecting different result is insanity” – Einstein

tahun demi tahun, buat benda yang sama, bangun pagi, pukul 8, 8 setengah ,9 pagi masuk kerja , pukul 5, pukul 6 balik rumah dan harapkan satu hari nanti dapat “time freedom”, boleh manage “own time”. Tapi apa yang di lakukan adalah sama, tahun demi tahun. anda boleh jangkakan sendiri keputusan akhirnya nanti…kalau anda mengambil formula Eistein ni, jawapannya adalah INSANITY.

Perubahan memang sukar. Nak ubah perlukan satu keazaman yang sangat kuat, dan bukan semua orang boleh berubah, tapi selagi kita belum mencuba dengan sungguh sungguh, selagi itu kita tak tahu. Tak boleh berubah secara keseluruhan, ubah sikit sikit.

“Small Changes BIG EFFECT”

Kadang kadang ada perubahan kita yang sikit, mungkin perubahan yang dulu, sebelum ini, ada orang mengajak menjadi insurans agent, menjadi takaful agent, anda perlekehkan, anda buat endah tak endah, dengar tak dengar, apa kata uabh sikap, dari tak mahu ambil tahu, kepada ambil tahu..daripada tak nak mencuba, kepada nak mencuba, kami JR7 Group tak mengatakan semua orang boleh berjaya dalam kerjaya kami ni, tapi selagi anda tak mencuba, anda tak akan tahu.

Tahun 2018 kami JR7 Group akan memberikan peluang untuk anda ambil tahu kerjaya ini…mana tahu, anda juga boleh bersama kami dan capai matlamat anda.

“Suka kerja waktu yang lain bercuti dan suka cuti waktu yang lain bekerja”

Antara percutian tahun depan, dengan izinNya.

28/01~06/02 : Hokkaido

CityPicture_18011__DSC4257

11/02~14/02 : Star Cruise Klang ~ Phuket

09/04~14/04 : Drive of the year , D.O.T.Y

IMG_6063

18/04~05/06 : Star Club Budapest and #7CScJR7G ( Percutian ke 7 negara dengan JR7 Group )

images

July 2018 : JR7G ke Krabi ( Tarikh belum di kenalpasti )

IMG_6062

JR7 Group secara berkumpulan akan merealisasikannya. Jika anda berminat untuk bersama kami, jangan segan, jangan malu, hubungi kami.

 

Perubahan 5 tahun

Setiap tahun lebih 200ribu tenaga kerja baru yang kebanyakkannya lepasan universiti akan memasuki alam pekerjaan. ( sumber berita semasa ) Bagi anda yang telah berkhidmat lama dengan sesebuah syarikat, secara sedar atau tidak ini adalah satu lagi persaingan kepada anda untuk anda mendapatkan gaji yang lebih baik.

Cuba anda bayangkan anda mempunyai suatu syarikat yang besar, dan rata rata pekerja anda adalah pekerja yang lama berkhidmat, dan tentunya mereka ini anda TERPAKSA memberi kenaikan gaji, walaupun tidak memberi kenaikan pangkat, tetapi jika anda mempunyai sumber tenaga kerja baru, apa yang anda buat?

Tenaga kerja baru, gajinya murah…tenaga kerja sedia ada gaji dah mahal? Anda sebagai Pemunya Syarikat, apa yang anda akan buat?

Saya menulis daripada pengalaman saya bekerja hampir sebelas tahun, gaji permulaan sewaktu saya bekerja dulu, pada tahun 1998, gaji seorang yang “graduated dari oversea” berjumlah 2000, dan sekarang rata rata adik adik kita mendapat pendapatan yang serupa walaupun dah berbelas tahun. Ini kerana, sumber pekerja yang ramai di bandingkan dengan kekosongan kerja yang ada. Dan jika anda sebagai Pemunya Syarikat, tidak salah anda mengambil sumber pekerja yang gajinya murah, sebab anda membuka syarikat dengan tujuan untuk mendapat untung, bukan untuk menjadi badan kebajikan.

Apa yang saya cuba sampaikan, katakanlah dari dulu, setiap tahun 200ribu orang memulakan kerjaya, dan 200ribu orang ini, masing masing mempunyai impian untuk menjadi orang yang mendapat gaji yang paling tinggi, jawatan yang paling besar, agak agak berapa orang yang akan dapat jawatan, gaji itu sebelum mereka bersara?

perubahan.001

Bersempena dengan pengakhiran tahun 2017, yang sudah tak lama lagi (tinggal 31 hari saja lagi), mungkin ini masa yang terbaik untuk kita sama sama bermuhasabah, berlapang dada, menilai apa yang kita lakukan selama ini? dalam fasa 5 tahun mana kita berada? Tidak ada istilah ” aku dah terlambat untuk nak ubah? “, tiada istilah dan kata kata ” kau boleh la, aku susah “, tiada juga istilah, ” dah tua, ada peluang ka lagi ? ”

Selagi mana kita masih ada niat nak berubah, selagi itu akan ada peluang, selagi itu akan ada masa untuk kita belajar dari pengalaman orang yang sudah berjaya berubah.

 

 

#MatRempitBerinsuran & #DiKalaHariHujan antara hatchtag yang dia suka.

Nama penuh saya Mohamed Zaki Bin Mohamed Zakariah. Memulakan pendidikan menengah di MRSM Muadzam Shah Pahang pada tahun 2003~2004. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor di dalam bidang Kejuruteraan Kimia – Gas pada tahun 2006 ~ 2010. Memulakan pekerjaan sebagai seorang jurutera di Seagate Senai pada tahun 2010 sehingga 2013.

Bagaimana saya mula mengenali Prudential?

Pada tahun 2014, saya menyertai satu Superbike Convoy dari Johor ke Melaka, dan pada event tersebut saya berjumpa dengan Junaidi seorang agent insurance di Prudential. Secara tidak sengaja, saya berjumpa sekali lagi dgn Junaidi di hospital ketika melawat sahabat yg terlibat kemalangan. Bermula dari situ junaidi telah bercerita ttg kesedaran thadap kepentingan insuran. Sy sedar tentang perkara tersebut dan bersetuju utk mengambil satu polisi insuran dgnnya.

Bagaimana saya mengenali JR Seven Groups?

Semasa perkongsian mengenai kepentingan insurans oleh Junaidi, dia juga bercerita mengenai peluang untuk menjana pendapatan dengan cara menjadi seorang agent di Prudential. Dari siti saya mula mengenali JR Seven Groups dan mula sebagai agent part time.

Kenapa saya memilih kerjaya ini?

Saya mula menyedari potensi pendapatan yang saya akan perolehi di dalam bidang ini setelah melihat hasil yang saya lakukan dalam masa 6 bulan sebagai part time agent, dan saya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai jurutera dan melakukan kerjaya ini secara Full time dengan target untuk mendapat penambahan tambahan RM2,000 setahun, dan alhamdulillah saya mendapat seperti apa yang saya jangkakan.

Apakah halangan dan cabaran saya di dalam dunia insurans dan takaful ?

Sepanjang pembabitan saya dalam bidang, sehingga ke hari ini tiada halangan yang besar yang saya tempuhi, cuma pada waktu awal awal pembabitan saya, saya terpaksa “menahan telinga” dengan cakap cakap yang berbunyi “dah belajar sampai boleh jadi engineer, berhenti pulak”.

Apa strategi anda untuk berjaya di dalam kerjaya ini?

Apa sekalipun bidang yang di ceburi , ianya memerlukan strategi, dan saya mengetahui strategi yang perlu di buat untuk berjaya dalam karier ini, saya bukannya akan menjadi agent insurans sampai bila bila, saya sebenarnya perlu membina empayar saya sendiri melalui “networking” saya.

Apa perubahan hidup saya?

Perubahan yang pertama, industri ini mengajar saya untuk lebih positif terhadap rezeki, kadang kala kita dah berusaha, tapi kalau belum di tentukan rezeki untuk kita, tak menjadi juga, tapi kadang kala rezeki datang tanpa di duga, ada juga mesej yang masuk nak tahu berkenaan insurans.

Yang kedua saya dapat menambah kawan saya. Dengan cara “branding” yang saya lakukan di media sosial serta sokongan rakan rakan sedia ada, saya dapat menambah “networking” saya. Saya menjadi tempat rujukan apa saja berkaitan insurans dan takaful.

Apakah pencapaian saya sepanjang karier ini?

  1. Ipad Air , Ipad Air 2 & Ipad mini 4 ( 2014 & 2015 )
  2. Beijing Trip , Jan 2016
  3. Rookie Star , Disember 2014
  4. Prudential Wealth Planner 2015
  5. Ferrari Watch , Sept 2015
  6. Consistency Challenges 3-5-8, First & Second quarter 2016
  7. Experience Star Club Taiwan 2016 ( Incentive Trip )

Impian dan perancangan anda selepas ini ?

Saya bercita cita iuntuk mendapat gelaran “Executive Wealth Planner” serta layak mencapai “Star Club pada tahun 2017. Seterusnya saya menjadi Unit Manager 1 pada tahun 2018 dan mendapat pengiktirafan sebagai Million Dollar Agency (MDA) dengan 8 orang “direct agent” saya dan saya akan mempunyai seorang Unit Manager dari kalangaan direct agent saya pada tahun 2019, seterusnya mencapai cita cita untuk menjadi Agency Manager pada usia saya 34tahun.

Penyesalan saya selama ini ?

Saya tak pernah berjumpa dengan agent insurans sebelum Junaidi, dan tidak pernah tahu tentang industri insurans dan takaful.

Nasihat saya terutama kepada golongan muda.

15747842_10154029194846861_6358308884173263665_nSupaya memiliki insurans pada usia muda dan merancang kewangan dengan betul supaya tidak terjebak dengan bebanan hutang pada masa depan.